Ujian dara wajib untuk jadi polis di Indonesia
HRW mendakwa, pemohon wanita di Indonesia perlu menjalani ujian dara sebagai prasyarat untuk menyertai pasukan polis.
JAKARTA, 20 November: Aktivis antarabangsa menggesa pihak berkuasa Indonesia memansuhkan ujian dara untuk wanita yang mohon menganggotai pasukan polis negara itu.
Human Rights Watch (HRW) berkata, prasyarat yang mewajibkan pemohon adalah anak dara dan belum berkahwin itu perlu dimansuhkan.
Menurut HRW, wanita Indonesia yang diwawancaranya, mengakui mereka terpaksa menjalani ujian bagi membuktikan mereka masih dara, sebagai syarat untuk menjadi anggota polis.
Ujian itu mewajibkan pemohon berbogel di depan sepasukan pegawai wanita yang kemudiannya menusuk dua jari ke dalam kemaluan mereka.
“Saya tidak mahu mengimbau kembali pengalaman pahit dan memalukan itu.
“Kenapa kami perlu berbogel di depan orang yang tidak dikenali. Ia harus dihentikan,” demikian menurut seorang pemohon berusia 19 tahun yang menjalani ujian itu di Pekan Baru, Sumatra.
Jurucakap HRW, Nisha Varia berkata, ujian ‘dua jari’ itu perlu dihentikan serta-merta, kerana ia mengaib dan menjatuhkan maruah wanita.
“Polis di Jakarta harus memansuhkan ujian ini dan mengambil tindakan susulan, untuk memastikan semua markas polis lain turut mengambil tindakan sama,” katanya. Rakyat Post
No comments:
Post a Comment