Boikot Barangan DAP

Boikot Barangan DAP

Wednesday, 17 December 2014

SESUATU YANG BESAR SEDANG BERLAKU, UMNO JANGAN LEMBEK !!


Aku rasa ini masa ketikanya. PAS sedang bertungkus lumus menyudahkan sorak sorai mereka selama puluhan tahun iaitu melaksanakan hudud, buat masa ini di Kelantan.

Tanpa cakap banyak DS Najib menjadi PM pertama menyokong usaha ini. Tak ada banyak ding dong. Ini bermakna, pendirian UMNO ialah menokong pelaksanaan hudud di Kelantan. Mimpi ngeri kepada PAS sendiri. Terbaiklah.


Semalam pulak di Dewan Negara DS Hishammuddin telah memperkatakan dua perkara yang amat dominan. 1. Transformasi PLKN dan isu ancaman IS.

Aku anggap ini perkara besar. Korang bayangkan kalau Kerajaan UMNO/BN mahu menjadikan anak anak PLKN ini sebagai pengundi kita.Bukan perlu cakap partipun. Hanya cakap perkara benar. Cinta negara, jaga perpaduan, elakkan perpecahan dan kebencian. Ini semua seruan UMNO selama ini.



Perkara kedua ialah apabila Menteri bercakap tentang keganasan yang menggunakan agama sebagai alat. Isu ini isu keselamatan yang merupakan sesuatu yang ditangani dengan berjaya oleh Kerajaan.

Tak ada seorangpun pimpinan pembangkang mampu mengulas isu ini sekarang kerana hakikatnya pembangkang sedang sangat berkecamuk.

Timbullah persoalan, Kerajaan UMNO tidak berpolitik. Yang mampu menjadikannya bahan politik ialah UMNO. UMNO yang kena bergerak pantas menggunakan kedua dua isu ini secara berkesan untuk meraih undi.

Jika UMNO memilih untuk tunggu dan lihat, atau tunggu hanya kerajaan bekerja maka tentulah peluang baik ini akan terlepas. DAP sangat jelas agihan peranannya. Kerajaan Pulau Pinang dengan caranya, team parti mereka pula tidak berhenti meresap ke dalam masyarakat.

Aku yakin PAS dan PKR bukan lagi saingan UMNO. Sekarang kita bersaing sengit dengan DAP yang sangat laju bergerak.

9 comments:

  1. Setuju. Pakatan yang sedang bermasalah sekarang. UMNO kena rajinlah.

    ReplyDelete
  2. UMNO sngat leka saya rasa. Brgantung kpd kerajaan semata mata.

    ReplyDelete
  3. Saya menonton Datuk Hishamuddin. Jelas dan mantap respon beliau.

    ReplyDelete
  4. UMNO dah masuk perangkap yang dipasang Pakatan. UMNO jadi leka dan percaya akan menang padahal undi pembangkang tak lari.

    ReplyDelete
  5. Aku banyak kali ingatkan kawan kawan dalam umno. Jangan termakan mainan pakatan. Najib tidak seburuk yang disangka. Kita juga ada ramai pemimpin pelapis tapi bukan untuk melanggar.

    ReplyDelete
  6. UMNO MEMANG LEMBIK. BODEK KUAT. BILA ADA MASALAH NAJIB TERKONTENG KONTENG SEORANG.

    ReplyDelete
  7. Hakikat yang terpaksa kita akui. UMNO memang tidak berbuat apa apa. Tak de.

    ReplyDelete
  8. Seseorang perlu mengepalai gerakan memantapkan jentera umno. saya cadang datuk hisham.

    ReplyDelete
  9. Saya yakin percakaran dalam Pakatan tak ada kesan terhadap undi mereka. Yang penting Umno berusaha untuk tambah pengundi

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...