BFFUMNO Salah Satu Usaha Berterusan UMNO Untuk Peremajaan Parti – Hishammuddin
KUALA LUMPUR, 23 Nov – Pendekatan UMNO melalui Bonafide Friends of UMNO (BFFUMNO) yang menjurus kepada peguam-peguam melalui Unit Perundangan Biro Perlembagaan UMNO ini merupakan pendekatan yang tepat dalam usaha untuk meremajakan UMNO serta menarik golongan profesional muda untuk bersama-sama dengan UMNO, demikian menurut Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Hishammuddin Hussein.
Menurut beliau, ini juga merupakan kesinambungan usaha peremajaan UMNO yang tidak pernah terhenti sejak dari dulu sehingga ke hari ini.
“Apabila kita bercerita tentang peremajaan UMNO, ingin saya katakan di sini ia merupakan langkah yang berterusan UMNO sejak dulu lagi dan kerana usaha peremajaan UMNO ini tidak pernah berhenti.
“Ini juga merupakan langkah berterusan UMNO untuk terus meremajakan parti ini dengan keterlibatan golongan profesional muda. Dan saya lihat sambutan yang diberikan amat memberansangkan
“Kita dapat lihat ramai pemimpin-pemimpin yang ada hari ini merupakan produk daripada hasil usaha peremajaan UMNO di mana dahulunya mereka bergerak sebagai golongan pemuda dan hari ini kita lihat mereka itu pun sudah memegang jawatan tinggi seumpama menteri ataupun menteri besar yang ada hari ini,” ujarnya selepas mengadakan pertemuan dan sesi soal jawab bersama peguam-peguam muda yang terlibat dalam Bonafide Friends Of UMNO di PWTC hari ini.
Sebagai contoh kata beliau, pemimpin seperti Datuk Seri Zamri Abdul Kadir yang kini menjadi Menteri Besar Perak, Datuk Mukhriz Mahathir yang kini menjadi Menteri Besar Kedah, Datuk Khalid Nordin yang kini menjadi Menteri Besar Johor, Khairy Jamaluddin yang ini menjadi Menteri Belia dan Sukan, Datuk Rahman Dahlan yang kini menjadi Menteri Perumahan dan Kesejahteraan Bandar dan lain-lain pemimpin lagi adalah lahir daripada hasil usaha ini.
“Mereka ini merupakan kepimpinan yang lahir dari usaha peremajaan UMNO tidak pernah berhenti sehingga ke hari ini. Nama-nama yang saya sebut tadi merupakan bukti hasil usaha peremajaan UMNO yang telah dilakukan sejak dari dulu lagi,”jelasnya.
Bagaimanapun beliau tidak menafikan masih banyak lagi perkara yang boleh dilakukan untuk melibatkan golongan muda khususnya golongan muda profesional untuk bersama-sama UMNO membangunkan negara.
“Sepertimana program hari ini yang melibatkan peguam-peguam muda melalui Bonafide Friends Of UMNO ini adalah salah satu contoh pendekatan-pendekatan terbaru yang dilakukan oleh UMNO dalam usaha peremajaan dan juga menarik golongan muda untuk bersama kita.
“Dan usaha kita ini tidak akan terhenti setakat golongan profesional muda dalam bidang undang-undang, tetapi kita juga akan terus mendekati golongan profesional muda Melayu daripada pelbagai bidang profesional yang lain.
“Kita akan buat program mendekati anak muda ini secara menyeluruh dan kita tahu tidak semua anak-anak muda kita menjadi peguam. Ramai juga yang terlibat dalam bidang-bidang profesional yang lain dan kita akan berusaha untuk terus mendekati setiap lapisan masyarakat muda tanpa mengira latar belakang dan bidang mereka,” ujarnya.-MediaUMNO
Alhamdulillah. Benda ni saya tunggu dah lama. Patutnya Pemuda atau Puteri yang buat, tapi tak pe lah. Asalkan UMNO
ReplyDeleteJangan lagi terperangkap dengan mainan persepsi pembangkang bahawa anak muda penyokong mereka. Terbukti ia tidak benar.
ReplyDeleteGood Job Datuk..
ReplyDeleteIni yang pertama. Harap tidak jadi yang terakhir
ReplyDeletePeremajaan UMNO mesti jadi satu proses. Bukan suka suka buat tak suka berhenti. UMNO bergantung kepada orang muda untuk menang PRU
ReplyDeletePemimpin umno ramai tapi yang nampak pulun Datuk Hisham dengan seorang berdua je. Yang lain mana. Masa pemilihan dulu bukan main aktif lagi
ReplyDelete