JK pusat PAS tak pernah setuju RUU hudud
Seorang anggota jawatankuasa pusat PAS berkata mereka tidak pernah bersetuju untuk membawa Rang Undang-undang Persendirian Kelantan berkaitan hudud ke parlimen.
Jawatankuasa pusat PAS sebaliknya dikatakan hanya bersetuju supaya Kelantan membincangkan perkara teknikal dengan kerajaan pusat pimpinan Umno.
Kerajaan Kelantan sepatutnya membentangkan kembali hasil perbincangan itu kepada jawatankuasa pusat PAS.
Anggota jawatankuasa pusat PAS Mujahid Yusof Rawa, Dr Hatta Ramli dan seorang lagi anggotanya yang enggan namanya disebut berkata, ia antara perkara yang sudah dipersetujui.
Hatta, yang juga anggota parlimen Kuala Krai, juga menolak kenyataan timbalan pesuruhjaya PAS Kelantan Datuk Mohd Amar Nik Abdullah bahawa mereka mendapat restu jawatankuasa pusat.

Memang telah diagak sejak bertahun2 dulu.... pas bukan nak buat hudud sangat, tapi hanya nak mempergunakannya sebagai senjata kempen semata2. Jika UMNO bersetuju, maka masaalah besar bagi pas... pertama mereka kena buktikan yang mereka betul2 nak buat hudud... benda ini akan menzahirkan segerombolan munafik dalam pas.
ReplyDeleteYang kedua ialah mereka akan kehilangan senjata berkempen yang paling ampuh.... persetujuan umno akan menyebabkan pas tidak lagi relevan kepada umat melayu.... pas dah boleh bungkus kain dan tutup kedai... masaalahnya siapa nak "bagi makan" para pemimpin pas lepas ni?.... jadi mau tak mau mereka terpaksa mencari2 isu agama yang lain yang umno kena tak setuju, baru mereka dapat bernafas semula .... payah tu!!!!