Boikot Barangan DAP

Boikot Barangan DAP

Thursday 11 September 2014

TUN MAHATHIR DESAK NAJIB LETAK JAWATAN ?


PETALING JAYA - Bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata beliau tidak pernah meminta Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak meletak jawatan sebagai Perdana Menteri.

Sebaliknya beliau hanya memberi contoh dirinya bahawa beliau akan meletak jawatan jika dilantik sekali lagi sebagai perdana menteri.

"Jika mereka melantik saya semula sebagai PM, saya akan letak jawatan kerana saya sudah melepasi masa...saya dah tua,” katanya kepada pemberita selepas melancarkan buku ‘#WahaiMelayu’ karya Anas Zubedy, di sini hari ini.

Dr Mahathir berkata demikian bagi mengulas laporan oleh sebuah portal berita semalam yang memetik beliau sebagai berkata bahawa beliau akan meletak jawatan jika menjadi perdana menteri pada hari ini, yang seolah-olah merujuk kepada Najib.

Dalam perkembangan lain, Dr Mahathir telah menasihatkan perwakilan Umno peringkat bahagian yang sedang mengadakan persidangan ketika ini supaya menegur pemimpin jika pemimpin tidak melakukan perkara yang betul.

"Kadang-kadang pemimpin perlu dikritik. Dalam bahasa Melayu kita panggil menegur. Apabila ada seseorang melakukan melakukan sesuatu yang anda fikir salah, anda perlu mempunyai hak untuk menyatakan ia bersalah,” katanya.

Ditanya jika beliau akan menghadiri Perhimpuann Agung Umno bulan hadapan, katanya beliau akan hadir sebagai ahli Umno.

Sementara itu, mengulas cadangan mengkaji dan menghapuskan Akta Hasutan 1948, Dr Mahathir berkata pelaksanaan akta itu dengan baik adalah penyelesaian kepada masalah.

"Memansuhkan akta itu bukan satu penyelesaian tetapi menggunakan akta itu dengan cara yang betul merupakan penyelesaian. Saya tidak tahu, terpulang kepada mereka...mereka yang melakukan pendakwaan, bukan saya,” katanya.

Terdahulu dalam ucapannya, Dr Mahathir berkata masyarakat Melayu hari ini kurang beramanah dan tidak tahu menguruskan kewangan dengan baik.

Keadaan itu telah menjadi punca kenapa bangsa Melayu dilihat sebagai bangsa yang tidak berjaya kerana mereka juga tidak mempunyai perasaan malu bila gagal melakukan sesuatu perkara dengan baik.

"Kita perlu belajar untuk ikhlas...kalau kita jujur kita akan jadi baik," katanya.

Hadir sama pada pelancaran buku ‘#WahaiMelayu’ ialah isterinya Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali. - Bernama

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...