Boikot Barangan DAP

Boikot Barangan DAP

Sunday 21 September 2014

CAKAP SALAH TAK CAKAP SALAH !




KOTA KINABALU 21 Sept. - Bukan mahu menakutkan rakyat negeri ini namun maklumat daripada sumber risikan negara mendapati terdapat kumpulan militan Negara Islam Iraq dan Syria (ISIS) yang cuba mengubah landskap ancaman serta skop keselamatan di pantai timur negeri ini.

Ia didedahkan Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein yang turut menyatakan, kumpulan militan dari wilayah selatan Filipina, Pejuang Kebebasan Islam Bangsamoro (BIFF) dan Abu Sayyaf secara terbuka telah membuat kenyataan menyokong perjuangan ISIS.

Selain itu, katanya, usaha berterusan bekas Pengerusi Barisan Pembebasan Kebangsaan Moro (MNLF), Nur Misuari yang tetap bertegas mahu menubuhkan kerajaan Islam di wilayah selatan Filipina serta melakukan tuntutan terhadap Sabah turut dipengaruhi dengan model ISIS.

Jelasnya, semua ancaman berkenaan lebih besar berbanding isu penyeludupan dan penculikan yang berlaku di pantai timur Sabah, malah risikan mendapati kumpulan Abu Sayyaf disyaki melatih individu tertentu bagi dihantar ke Syria untuk berjuang bersama ISIS.
"Namun masih terdapat individu daripada parti pembangkang yang masih melaungkan usaha untuk membawa keluar Sabah dari Malaysia hanya kerana sentimen politik sempit dan ghairah merebut kuasa.

"Ada had batasan untuk kita berpolitik, jangan sampai menggadaikan hak dan masa hadapan anak bangsa. Pihak pembangkang jangan tunjuk pandai untuk bercakap hal perjuangan mempertahankan negara kerana di manakah mereka semasa kejadian di Lahad Datu?

"Batang hidung mereka pun tidak nampak malah sanggup menyatakan kejadian serangan pihak pengganas sebagai sandiwara," katanya dalam sidang akhbar, di sini hari ini.

Beliau sebelum itu merasmikan Persidangan Perwakilan UMNO Bahagian Penampang dan mengadakan pertemuan khas dengan suami salah seorang mangsa nahas MH17 yang merupakan jurutera kapal selam Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM), Leftenan Komander Ir. Lee Vee Weng.

Yang hadir sama timbalannya, Datuk Abdul Rahim Bakri; Ketua UMNO Bahagian Penampang, Datuk John Ambrose dan wakil Badan Perhubungan UMNO negeri, Datuk Wetroom Bahanda yang juga Ketua UMNO Bahagian Kota Marudu.
Mengulas lanjut, Hishammuddin berkata, setakat ini, 19 rakyat Malaysia telah ditahan sejak April lalu kerana disyaki terlibat dengan ISIS termasuk dua individu yang ditahan di Sandakan.

Katanya, kesemua yang ditahan itu disyaki direkrut oleh empat sel militan iaitu Khaed Al Waled, Bridged Al Jemaah, Daulah Islamiyah dan Arakan Daulah Islamiyah Arakan sebelum dihantar ke Syria.

Selain itu, kata beliau, pihak berkuasa negara turut memburu lima lagi militan yang kini disyaki bersembunyi di selatan Filipina manakala seramai 56 warganegara Indonesia telah dikesan terlibat dalam ISIS.

Jelasnya, individu yang berjaya pulang ke Malaysia, selatan Filipina dan Indonesia setelah berjuang di Syria serta Iraq akan mengembangkan model ISIS bagi diaplikasi di rantau ini termasuk di Sabah.

"Kumpulan itu dijangka bergabung dan menubuhkan kumpulan jihad baharu bagi menegakkan negara Islam melalui perjuangan bersenjata.
"Kerajaan memandang serius ancaman ISIS ini dan sedang mengambil langkah perlu bagi mengekang kegiatan kumpulan militan ini daripada menular ke negara ini khususnya di Sabah," tegasnya.

Ulasan

Berita seumpama ini  sebenarnya telah tersebar beberapa hari sebelum ini misalnya melalui kenyataan Panglima Angkatan Tentera Malaysia.

sini..http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/2014091804284020140918042840/Article/index_html
Pada ketika itu rakyat atau orang ramai tidak mengambil perhatian. Bila DS Hishamuddin mengeluarkan kenyataan, maka ada pihak melompat dan menyatakan Kerajaan menakut nakutkan rakyat Sabah.
Dulu masa DS Hishammuddin tidak mengeluarkan kenyataan dikatakan takut, berahsia, bila keluar kenyataan dikatakan mengugut.

Lawak kan, cara orang berfikir...

6 comments:

  1. Jangan peduli cakap orang. Rakyat diutamakan

    ReplyDelete
  2. Kami Sabahan mahu terus bersama. Anak saya belajar di Semenanjung. Adik saya berkahwin dan menetap di Kedah. Tiada beza saya rasa. Yang mahu Sabah keluar adalah orang yang gilakan kuasa

    ReplyDelete
  3. Ikut cakap pembangkang kita masuk longkang!

    ReplyDelete
  4. Aku suka kerajaan terus terang. Senang rakyat bersedia. Orang bodoh dan jahat je yang banyak sangat songehnya.

    ReplyDelete
  5. Pembangkang Malaysia paling teruk di dunia. Tak perlu dilayan.

    ReplyDelete
  6. Kerajaan ada peranan terhadap keselamatan rakyat. Harap DS Hisham bertegas dalam hal ini. Rakyat bersama Kerajaan

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...