Boikot Barangan DAP

Boikot Barangan DAP

Tuesday, 30 September 2014

PAS AHLI NERAKA ?

SHAH ALAM 1 Okt - Menteri Besar Selangor Mohamed Azmin Ali berkata beliau akan mengadakan perbincangan bersama pemimpin tertinggi Pakatan Rakyat (PR) berhubung desakan sebuah badan bukan kerajaan (NGO) yang mahu PAS keluar daripada gabungan pembangkang itu.
    
Mohamed Azmin, yang juga Timbalan Presiden PKR, berkata perkara itu merupakan masalah dalaman parti dan berharap ia dapat diselesaikan segera.
 
"Itu kita akan bincang dalam PR, tanggungjawab saya kini adalah untuk perkukuhkan PR," katanya kepada pemberita di sini, semalam.
    
Terdahulu, sebuah NGO yang menggelarkan diri mereka sebagai Lensa Anak Muda Malaysia (Lensa) hari ini menyerahkan memorandum kepada PAS bagi mendesak parti itu keluar daripada pakatan pembangkang dengan mendakwa pemimpin PAS telah menimbulkan ketegangan dalam PR.
    
Memorandum itu diserahkan kepada wakil PAS di ibu pejabat parti itu di Kuala Lumpur kira-kira 10.45 pagi ini.

Itulah beritanya. Aku rasa sampai ke peringkat ini maknanya PAS berada pada tahap paling rendah, paling hina. PKR dan DAP akan memberi nyawa kepada PAS dalam Pakatan.
Aku yakin PKR dan DAP akan letakkan pelbagai syarat untuk PAS patuhi jika ingin terus bersama Pakatan. Maka PAS akan patuh walau terpaksa menjual apa yang selama ini kononnya perjuangkan.
PAS kehilangan maruah. PAS dah jadi parti yang dayus walaupun mereka akan menafikannya. Jika benar dayus akan menghalang seseorang daripada memasuki syurga Allah, maka secara pukal ahli dan pemimpin PAS yang bersubahat akan ternafi peluang untuk masuk syurga, nau'zubillah !

Pas liabiliti Pakatan?
   

Monday, 29 September 2014

GEMPAR !! POLIS CARI AZNIL KES DADAH !

GEORGETOWN - Polis sedang mencari seorang lelaki untuk memberi keterangan berhubung kes dadah di Mahkamah Sesyen di sini, 1 Oktober ini.
 Jurucakap Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah Timur Laut berkata, lelaki itu ialah Aznil Shamsudin (nombor kad pengenalan 921013-07-6087) dan alamat terakhir di 715B MK 13 Sungai Dua, Gelugor di sini.
  
Orang ramai yang mempunyai maklumat mengenainya boleh menghubungi pegawai penyiasat, Inspektor Jaswit Kaur Ranjit Singh di talian 016-5059590 atau 04-2181822. - Sinar

Puss semangat. Lega aku woo. Aku ingat Aznil Nawawee, pengacara tersohor tu. Rupanya Aznil lain. Aku ni peminat Aznil. Komitmen dan kesungguhan dia aku kagumi.

Dia idola ramai orang. Kalau buat benda tak baik, aku memang frustlah. Ini Aznil lain. Tapi aku frust jugak. Orang Melayu..




NIK AZIZ BALUN ANWAR DAN AZMIN GUNA PEPATAH INDIA !

Tak akan selesai konflik Selangor !














PAS MEMANG DAH TAK DE BENDA NIH !

" Hari ini adalah hari terakhir Persidangan Bahagian UMNO seluruh negara. Saya telah merasmikan Persidangan 34 Bahagian . Saya dapati
 ahli UMNO sangat sayangkan parti. Ahli UMNO sangat sayangkan Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak sebagai pemimpin kita "

Di atas adalah sedutan ucapan Datuk Seri Hishammuddin Hussein sewaktu berucap merasmikan Persidangan UMNO Bahagian Larut Di Perak.


Sumber- Utusan

Kemudian Datuk Seri Hishammuddin berucap lagi " Kami pemimpin yakin dan berani menghadapi pelbagai krisis seperti MH 370 dan MH 17. Kami mendapat keberanian dan keyakinan ini kerana kami tahu ahli UMNO dan rakyat menyokong kami ".

Ucapan ini sekali pandang biasa biasa sahaja tetapi jika dihayati ia sarat dengan makna tersirat betapa pemimpin dan ahli UMNO sekarang ini sedang berada dalam keadaan solid dan satu.

Apapun cabaran dan dugaan, apapun tohmahan UMNO tetap bersatu menyokong kepimpinan YAB Datuk Seri Najib selaku Presiden dan Perdana Menteri. Inilah punca UMNO dan Kerajaan menjadi kukuh dan kuat.

Sebenarnya benda inilah yang PAS dah tak de, dah hilang. Kasih dan hormat kepada pemimpin dan hancur. Tengoklah apa dah jadi kepada PAS sekarang.
Pemimpin tak lagi ditaati bahkan ada yang seakan akan meletakkan DAP dan Anwar Ibrahim sebagai pemimpin mereka.

UMNO jugak jangan leka. Jika kita tidak beringat, kita akan menghadapi perkara yang sama...


Sunday, 28 September 2014

RIBUAN RAKYAT HADIR DEMI JELITAWAN DAP!

Itulah harga Rara. Itu juga harga Dyana. Yang tak berapa nak jelita, usah mimpilah...

Jelitawan DAP Young Syefura Othman antara yang hadir dalamflash mob bagi menggesa aktivis Ali Abd Jalil dibebaskan daripada lokap selepas terus direman untuk siasatan bawah Akta Hasutan 1948.

Kumpulan kecil itu petang ini berkumpul di Masjid Jamek, KualaLumpur dengan membawa pelbagai plakad menolak akta kontroversi itu.

Antara kelihatan plakad bertulis “Merdeka 1957-Akta 1948-Sekarang 2014”, “Hon Tanda Setuju” dan “100% Merdeka”.

Bagaimanapun sambutan orang ramai tidak menggalakkan dengan kebanyakan mereka hanya berhenti sebentar bagi melihat mesej yang disampaikan melalui plakad sebelum berlalu pergi.

Kumpulan yang diketuai aktivis Safwan Anang berarak ke Sogo selepas berkumpul kira-kira 15 minit.

Ali tetap kuat, walaupun dia masih di dalam (lokap), dia pesan teruskan perjuangan. Dan yang penting, kita bersama dengan kebenaran,” katanya.

Di pusat membeli belah terkenal itu mereka menyanyikan lagu-lagu yang sinonim dengan gerakan kiri di Malaysia seperti “Internationale” dan “Buruh Tani”.

Friday, 26 September 2014

LEPAS ROGOL NAK PINANG PULAK !

Saya dirogol bekas teman lelaki ketika menumpang tidur di rumah orang tuanya kira-kira dua bulan lalu. Saya mengenali teman lelaki menerusi laman sosial. Dari segi rupa, dia sangat sopan. Hampir setahun mengenali dia membuatkan saya percaya dia teman lelaki baik.
Perkara yang memikat hati saya mengenainya ialah setiap kali kami keluar janji temu, dia sering jaga solat serta menasihati saya untuk menjaga keselamatan diri. Namun, setelah dia merogol, segala kepercayaan saya hancur. 
Pada masa sama, dia merayu saya memaafkan di samping berjanji akan bertanggungjawab. Dia tidak akan tinggalkan saya dan memohon saya menerima dirinya kembali. Dia kesal tewas kepada godaan nafsu. 

Orang tuanya tidak tahu mengenai hal itu kerana dia merogol saya ketika ibu bapanya keluar menghadiri majlis di rumah saudara mereka. Kedatangan saya itu adalah untuk mengenali keluarga teman lelaki sebelum bertunang tetapi hal lain pula terjadi.

Hal itu belum sampai ke pengetahuan orang tua saya. Orang tua saya tidak sihat dan saya bimbang jika mereka tahu saya dirogol, mereka terkejut mahupun jatuh sakit. Sebahagian diri saya sukar menerima perkara dilakukan terhadap saya. Namun, bekas teman lelaki berusaha memujuk dan mencadangkan kami berkahwin masa terdekat.

Dia kata dia sayang dan berasa cukup hina dengan perkara terkutuk dilakukan terhadap saya. Dia akan bertemu keluarga dan meminang saya dalam tempoh terdekat sebagai tanda ikhlas dia mahu menebus dosanya. Malah dia sanggup berterus-terang dengan keluarga saya mengenai kesilapannya. 

Paling mengejutkan, dia sendiri menyarankan saya agar melaporkan hal itu kepada polis jika saya tidak percaya terhadapnya lagi. Saya pening benar-benar tersepit. Bantulah saya Dang Setia. 


NURYIL 
Lendu, Melaka
 

Kusut dan bersimpul. Begitulah keadaan Dang Setia boleh gambarkan mengenai masalah saudari ini. Tindakan perlu saudari ambil setiap satunya ibarat ‘ditelan mati emak, diluah mati bapak’. Sebaiknya saudari ambil tempoh bertenang serta memikirkan semasak-masaknya dalam isu ini. 

Dalam situasi ini, saudari harus nilai sejauh mana impak termasuklah untung rugi setiap langkah saudari ambil. Selain itu, tekad saudari untuk menghadapi konflik dihadapi jika keputusan diambil. 

Peluang adalah 50-50 dan hakikat setiap keputusan diambil perlulah disusuli dengan Istiqamah. Jika melihat daripada gambaran saudari mengenai sikap teman lelaki selepas kejadian, dia sedar kesilapan dan benar-benar ingin menebus kesalahannya. 

Pada sudut lain, tiada kompromi dengan kesalahan merogol dilakukan terhadap saudari. Lihat dalam situasi rumit, saranan Dang Setia kepada saudari ialah perlu teliti sejauh mana kehormatan saudari dilindungi. Adakah dengan melaporkan kes terbabit kepada polis menyelesaikan keadaan mahupun menjadikan bertambah rumit? 

Pilihan kedua iaitu memaafkan dirinya dan memberi peluang kedua terhadap bekas kekasih, adakah jalan terbaik? Keputusan terbaik masih terletak di tangan saudari kerana saudari lebih arif dengan latar belakang teman lelaki berbanding Dang Setia. Semuanya perlukan kekuatan dan rasionalkan fikiran dengan lebih optimis. Sekurang-kurangnya, bekas teman lelaki mengakui kesalahannya dan tidak meletakkan beban kehormatan tercalar itu terhadap saudari. 

Jangan terburu-buru serta fikirkan kesan setiap pilihan. Elakkan diri bertemu mahupun layan sebarang mesej atau panggilan bagi memberi saudari ruang untuk mem­buat pilihan. Harian Metro

GEMPAR !! PEMIMPIN UTAMA PKR LETAK JAWATAN !!


Tak taulah apa nak jadi kesudahannya. Kira dah selesai isu MB Selangor tiba tiba timbul berita yang menggemparkan ini. Tiga pemimpin tersebut ialah
1. Dr Wan Azizah bt Ismail
2. Nurul Izzah bt Anwar Ibrahim
3. Rafizi bin Ramli

Diberitakan bahawa ketiga tiga pemimpin ini tidak gembira apabila Azmin Ali dilantik sebagai Menteri Besar Selangor. Dan mereka baru sedar bahawa Anwar memang mahukan Azmin bukan Wan Azizah.
Nampak macam Anwar sedih ke?

Intim

Aku tak terkejut langsung. Bahkan kalau tanya kawan kawan lama Anwar semua tak heran. Anwar dan Azmin berpisah tidak...

Kita tunggu sehari dua ni. Aku jangka Azmin akan jadi MB paling ringkas dalam sejarah Selangor !


Thursday, 25 September 2014

LUPAKAN AMERIKA !


Sejak sehari dua ini semua kita dengar bagaimana Tentera Amerika Syarikat melancarkan serangan ke Syria dan Iraq. Atas nama menghapuskan Kumpulan Pemisah Negara Islam ( IS ) AS dengan bantuan Arab Saudi, Jordan, Mesir dan beberapa negara lagi melancarkan serangan udara bertali arus.

Mereka menggunakan peluru berpandu yang bukan sahaja meragut nyawa pemisah bahkan orang awam, wanita dan kanak kanak.

Dalam masa yang sama AS telah memberikan bantuan kepada Regim Kelima iaitu kumpulan pemberontak Syria. Matlamatnya ialah supaya perang saudara menjadi lebih meluas dan sebuah lagi negara Islam hancur jadi abu.

Aku rasa ini dah keterlaluan dan melampaui batas. Kerajaan kita pada pandangan aku secara perlahan lahan harus melonggarkan hubungan dengan AS. Kita kebetulan semakin rapat dengan China. Sekarangpun,
DS Hishammuddin Hussein sedang berada di China untuk menyelaras usaha mengesan MH 370.

DS Hishammuddin dikatakan disambut baik mewakili Kerajaan Malaysia. Selepas MH370 hubungan Malaysia China semakin akrab. China adalah kuasa baru dunia khasnya dalam bidang ekonomi. Mereka mempunyai keperluan tinggi terhadap getah dan sawit yang merupakan antara produk utama negara.

Kerajaan perlukan sedikit keberanian. Hubungan diplomatik yang terjalin erat selepas MH 370 perlu diperluaskan dalam bidang ekonomi.

Aku rasa rakyat Malaysia sudah mula muak dengan kekejaman AS dan aku bimbang muak itu berjangkit kepada kerajaan kita akhirnya..


Wednesday, 24 September 2014

INI SEBAB ORANG TAK HORMAT MELAYU...

Baca ni sat...di sini..

Isunya ialah kita tak mahu Akta Hasutan 1948 dihapuskan bahkan tak mahu digantikan pun. Tapi aku tak fikir kita harus lari fokus. Perjuangannya ialah membantu Kerajaan UMNO ini membuat keputusan yang tepat sesuai dengan kehendak rakyat.

Rakyat umumnya tidak mahu ISA dan Akta Hasutan dihapuskan. Tapi kita tidak pulak boleh memaksa orang berfikir macam kita. Tak mungkin.

Lebih dahsyat lagi apabila kita membuat kaitan kaitan yang langsung tiada faedah bahkan memalukan kita balik. Seolah olah kita berdengki pulak dengan kejayaan yang orang lain capai.

Aku sangat jelas. Perlembagaan mesti dipertahankan. Alat untuk mempertahankan perlembagaan antaranya ialah Akta Akta Pencegahan yang kita ada. Alat ini sangat berkesan dan kita rasa selamat dengannya.

Orang Melayu jangan berlaga kerana benda benda macam ini. Orang Melayu mesti rasional. Orang Melayu yang tidak rasional tidak akan dihormati...

Monday, 22 September 2014

MENTERI TANGKAP ULAR SAWA !

TUMPAT - Dalam kesibukan berkempen pada Pilihan Raya Kecil Dun Pengkalan Kubor, Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Abdul Rahman Dahlan menyertai pasukan Jabatan Bomba dan Penyelamat menangkap seekor ular sawa di Kampung Raja, Pantai Geting di sini.

Ular sawa sepanjang lebih tiga meter itu sedang menyusur dalam sebuah kedai makan ketika Abdul Rahman mengadakan sidang media dan ia disedari seorang pegawai jabatan bomba yang ternampak kelibat ular itu dalam semak berhampiran.

Turut menyertai Abdul Rahman ialah Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Kelantan, Azmi Osman.

Abdul Rahman dan Azmi bergegas meninggalkan sidang akhbar berkenaan untuk menyertai beberapa anggota Bomba dan Penyelamat menangkap ular sawa itu di kawasan semak kira-kira 10 meter dari kedai makan itu.

Ular sawa itu akhirnya ditangkap 10 minit selepas itu oleh beberapa anggota bomba dan tanpa rasa takut, Abdul Rahman turut memegang kepala ular sawa itu.

Seorang penduduk, Wan Ali Wan Stapa, 57, berkata, insiden tidak disangka itu akan diingatinya kerana ia merupakan kali pertama melihat seorang menteri bersama-sama menangkap ular.

"Bukan senang nak tengok menteri tangkap ular ni. Kalau bomba tu memang biasalah," katanya.

Seorang lagi penduduk Saadiah Awang, 50, mengakui keberanian Abdul Rahman itu dan berkata: "Berani weh menteri ruponyo tangkap ular. Kito pun gerun tengok."

Abdul Rahman kemudiannya terus menyambung kembali sidang akhbar yang tertangguh itu manakala ular sawa berkenaan dihantar ke Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan). - Bernama

Sunday, 21 September 2014

CAKAP SALAH TAK CAKAP SALAH !




KOTA KINABALU 21 Sept. - Bukan mahu menakutkan rakyat negeri ini namun maklumat daripada sumber risikan negara mendapati terdapat kumpulan militan Negara Islam Iraq dan Syria (ISIS) yang cuba mengubah landskap ancaman serta skop keselamatan di pantai timur negeri ini.

Ia didedahkan Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein yang turut menyatakan, kumpulan militan dari wilayah selatan Filipina, Pejuang Kebebasan Islam Bangsamoro (BIFF) dan Abu Sayyaf secara terbuka telah membuat kenyataan menyokong perjuangan ISIS.

Selain itu, katanya, usaha berterusan bekas Pengerusi Barisan Pembebasan Kebangsaan Moro (MNLF), Nur Misuari yang tetap bertegas mahu menubuhkan kerajaan Islam di wilayah selatan Filipina serta melakukan tuntutan terhadap Sabah turut dipengaruhi dengan model ISIS.

Jelasnya, semua ancaman berkenaan lebih besar berbanding isu penyeludupan dan penculikan yang berlaku di pantai timur Sabah, malah risikan mendapati kumpulan Abu Sayyaf disyaki melatih individu tertentu bagi dihantar ke Syria untuk berjuang bersama ISIS.
"Namun masih terdapat individu daripada parti pembangkang yang masih melaungkan usaha untuk membawa keluar Sabah dari Malaysia hanya kerana sentimen politik sempit dan ghairah merebut kuasa.

"Ada had batasan untuk kita berpolitik, jangan sampai menggadaikan hak dan masa hadapan anak bangsa. Pihak pembangkang jangan tunjuk pandai untuk bercakap hal perjuangan mempertahankan negara kerana di manakah mereka semasa kejadian di Lahad Datu?

"Batang hidung mereka pun tidak nampak malah sanggup menyatakan kejadian serangan pihak pengganas sebagai sandiwara," katanya dalam sidang akhbar, di sini hari ini.

Beliau sebelum itu merasmikan Persidangan Perwakilan UMNO Bahagian Penampang dan mengadakan pertemuan khas dengan suami salah seorang mangsa nahas MH17 yang merupakan jurutera kapal selam Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM), Leftenan Komander Ir. Lee Vee Weng.

Yang hadir sama timbalannya, Datuk Abdul Rahim Bakri; Ketua UMNO Bahagian Penampang, Datuk John Ambrose dan wakil Badan Perhubungan UMNO negeri, Datuk Wetroom Bahanda yang juga Ketua UMNO Bahagian Kota Marudu.
Mengulas lanjut, Hishammuddin berkata, setakat ini, 19 rakyat Malaysia telah ditahan sejak April lalu kerana disyaki terlibat dengan ISIS termasuk dua individu yang ditahan di Sandakan.

Katanya, kesemua yang ditahan itu disyaki direkrut oleh empat sel militan iaitu Khaed Al Waled, Bridged Al Jemaah, Daulah Islamiyah dan Arakan Daulah Islamiyah Arakan sebelum dihantar ke Syria.

Selain itu, kata beliau, pihak berkuasa negara turut memburu lima lagi militan yang kini disyaki bersembunyi di selatan Filipina manakala seramai 56 warganegara Indonesia telah dikesan terlibat dalam ISIS.

Jelasnya, individu yang berjaya pulang ke Malaysia, selatan Filipina dan Indonesia setelah berjuang di Syria serta Iraq akan mengembangkan model ISIS bagi diaplikasi di rantau ini termasuk di Sabah.

"Kumpulan itu dijangka bergabung dan menubuhkan kumpulan jihad baharu bagi menegakkan negara Islam melalui perjuangan bersenjata.
"Kerajaan memandang serius ancaman ISIS ini dan sedang mengambil langkah perlu bagi mengekang kegiatan kumpulan militan ini daripada menular ke negara ini khususnya di Sabah," tegasnya.

Ulasan

Berita seumpama ini  sebenarnya telah tersebar beberapa hari sebelum ini misalnya melalui kenyataan Panglima Angkatan Tentera Malaysia.

sini..http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/2014091804284020140918042840/Article/index_html
Pada ketika itu rakyat atau orang ramai tidak mengambil perhatian. Bila DS Hishamuddin mengeluarkan kenyataan, maka ada pihak melompat dan menyatakan Kerajaan menakut nakutkan rakyat Sabah.
Dulu masa DS Hishammuddin tidak mengeluarkan kenyataan dikatakan takut, berahsia, bila keluar kenyataan dikatakan mengugut.

Lawak kan, cara orang berfikir...

Saturday, 20 September 2014

SEX ORANG GEMUK !

Gemuk memang sinonim dengan masalah tubuh. Malah, ada beranggapan kononnya hubungan seks antara pasangan gemuk adalah mustahil.
Pendapat ini mungkin datangnya dari individu yang bertubuh kecil. Namun, hakikatnya saiz tidak ada kaitan dengan ‘pelayaran’ yang menyeronokkan di dalam seks. 
Malah, dalam tamadun purba yang menganggap kegemukan suatu ketrampilan yang sinonim dengan kejelitaan dan keindahan. Melakukan hubungan seksual dengan pasangan gemuk pada waktu itu dikatakan amat menyeronokkan. 

Ini kerana, perkara penting dalam hubungan kelamin adalah kerjasama antara pasangan untuk menjaya dan menikmati hubungan seksual penetratif.

Memang ada yang membayangkan jika lelaki gemuk melakukan persetubuhan dengan wanita kurus mungkin wanita itu akan pengsan kerana ditindih jika pasangan lelaki mengambil posisi di atas. Tetapi, perkara ini tidak pernah berlaku.Pasangan akan tahu posisi sesuai apabila melakukan hubungan seks sama ada salah seorang iaitu wanita atau lelaki itu yang gemuk. 

Malah, jika kedua-dua adalah gemuk, melakukan hubungan kelamin juga bukan suatu yang mustahil. 

Mungkin ada yang berpendapat sukar bagi pasangan gemuk untuk melakukan hubungan kelamin kerana perut mereka saja yang dapat rapat dan yang lain tidak. 

Sebenarnya, posisi yang betul dapat menentukan kejayaan hubungan kelamin hingga berlakunya ereksi dan penetrasi. 

Tidak ada sebab individugemuk tidak dapat melakukan hubungan seksual penetratif kerana keadaan fizikalnya kecuali dia atau pasangannya yang memutuskan perkara itu. 

Sentuhan, pelukan, geselan dan urutan sebahagian daripada hubungan seksual intimasi yang boleh dilakukan sebagai pendekatan alternatif atau suatu pilihan jika gagal untuk melakukan hubungan seksual penetratif. 

Untuk mendapat cahaya mata, kedua-dua pasangan perlu berusaha supaya ada hubungan penetrasi faraj dan jika tidak, pasangan itu boleh berjumpa pakar untuk bimbingan dan tunjuk ajar.- Dr Ismail




PUNAH !! HUJAH HAJI HADI DISANGGAH, PAS BERPECAH !!

ULASAN GB

Ada banyak persoalan yang timbul dari ucapan penggulungan Presiden PAS.

1) Tak pelahap jawatan MB, tetapi nada yang begitu marah seolah-olah kecewa rancangan untuk "runtuhkan" kerajaan PR dan bekerjasama dengan 12 ADUN UMNO untuk kekalkan TSKI (ADUN Bebas) di Selangor gagal (?) Dan jika tak pelahap kenapa hantar juga nama ADUN PAS? 

2) Majlis Syura PAS menyokong TSKI sedangkan TSKI yang telah mengkhianati dan tidak mematuhi arahan partinya. Tidakkah Majlis Syura PAS "mengajar" ahli parti untuk mengkhianati dan tidak mematuhi arahan parti sendiri? Jangan salahkan ahli jika mereka mengkhianati parti kerana Majlis Syura yang mengajar begitu! 

3) Kes 2 orang ADUN dikatakan ada broker dan barua yang membeli mereka. Ada buktikan tuduhan berkenaan? Presiden nampaknya gemar untuk membuat tuduhan tanpa bukti seperti kes pil kuda dan komunis. Sementelah lagi, Lembaga disiplin pun belum bersidang untuk mendegar kesnya, mengapa Presiden telah "menghukum" lebih awal? 

4) Baiah - Wallahi, wabillahi wataalahi.... apa yang dibaiahkan? Kenapa tak habiskan isi-isi baiah untuk mempastikan kedua-dua ADUN tersebut telah melanggarnya?

5) Baiah dan SD - mana lebih uatama? Dua-dua itu adalah perjanjian (wa'adat). Cuma SD tak disebutkan nama "Allah". Ini kerana "baiah" terpakai untuk orang Islam sedangkan Statutory Declation adalah untuk semua, Islam dan bukan Islam, tetapi Allah Maha Tahu sekalipun tidak dimulakan dengan Wallahi Wabillahi Wataalahi, sebuah "perjanjian" itu tetap perjanjian dan pelanggarnya akan tetap terima hukuman. 

6) Parti rakan khianat dengan tahaluf siasi kerana mencuri ADUN PAS. Perbuatan memberi watikah untuk PAS bertanding di kawasan yang telah dipersetujui diberikan kepada parti rakan tidakkah juga khianat namanya? 

7) Pencalonan Wan Azizah dipertikaikan. Bukankah di dalam Mesyuarat AJK PAS Pusat kali pertama, Presiden sendiri yang mengusulkan dua nama, pertama Wan Azizah dan kedua Azmin Ali?

8 ) "di sana ada hukum syarak, jangan hukum akal sahaja" - Hukum syarak juga adalah untuk orang berakal, bukan untuk orang gila. Dalil Al-Quran, bukan di sana terdapat ayat-ayat afala taqqilun (apakah kamu ntidak menggunakan akal)? afala tatafakkarun (apakah kamu tidak berfikir)? Dalil hadith, Rasulullah SAW pernah bersabda: Maksudnya: “Tidak ada agama bagi orang yang tidak berakal.”

9) Jika hendak menggunakan hukum syarak untuk menuduh wanita tak boleh jadi pemimpin, mengapa tidak berterus terang? Kerana PAS sendiri ada pemimpin di alangan wanita seperti ahli parlimen, ADUN, exco dan sebagainya? 

10) Bagaimana Presiden boleh menggunakan kuasa veto dan mengkhinati mesyuwarah dengan AJK PAS yang telah membuat keputusan dua nama, Wan Azizah dan Azmin Ali sebagai calon MB Selangor? Kita bukan sistem khalifah yang keputusan ditangan seorang pemimpin. PAS adalah sebuah parti yang ada muktamar dan muktamar telah memilikh AJK PAS PUsat. AJK PAS Pusat itu diberi mandat oleh ahli-ahli parti, bukan Presiden seorang. Bukankah jelas arahan Allah:

Dan juga (lebih baik dan lebih kekal bagi) orang-orang yang menyahut dan menyambut perintah Tuhannya serta mendirikan sembahyang dengan sempurna; dan urusan mereka dijalankan secara bermesyuarah sesama mereka dan mereka pula mendermakan sebahagian dari apa yang Kami beri kepadanya. Surah Asy-Syura 38.

Dan bukankah Rasulullah saw pernah bersabda : “ المستشار مؤتمن ” “Orang yang bermesyuarat pasti akan disentosakan”. Mengapa pakai kuasa veto? 

11) Bagaimana kisah pertemuan di Manchester? Bagaimana dengan menantu sendiri menjadi ahli Majlis Syura? Bagaimana dengan ahli Majlis Syura dan kroni-kroni Presiden yang mendapat saham dengan nilai ratusan ribu ringgit yang lansung tidak diketahu oleh ahli-ahli PAS biasa? 

12) Tukang sorak menyambut gembira ucapan penggulungan Tuan presiden, memberi lampu hijau kepada kumpulan yang sama bersorak dan mengejek perwakilan. Apakah Tuan presiden ingin menyemarakkan budaya ini di dalam parti? 

Banyak lagi yang GB nak hujjahkan. Tetapi Tuan presiden silalah jawab kesemua di atas. Islam itu tertegak dengan hujjah, bukan dengan kuasa veto. Sedangkan Rasulullah sendiri boleh disanggah pendapatnya, takkanlah Tuan Presiden tak boleh dikkritik lansung? Sebelum ini GB pernah membawa kisah ini:

Sampai begitu sekali, tak boleh kritik Presiden, tak boleh kritik Majlis Syura Ulama. Mereka kononnya sebagai kumpulan makhluk suci yang tidak boleh disalahi. Ini amat pertentangan dengan ajaran Islam dimana Rasulullah sendiri berlapang dada apabila dikritik. Rasulullah pernah ditanya oleh seorang sahabat:

"Wahai Rasulullah, apakah kata-katamu itu wahyu dari Allah atau pendapatmu sendiri?”

"Oh Khabab. ia adalah pendapatku semata,”jawab Rasulullah.

"Wahai Rasulullah, jika aku boleh memiliki pendapat, menurutku tempat ini tidak strategis. Sebaiknya kita pindah ke tempat air yang paling dekat dengan musuh. Kita membuat markas di sana dan menutup sumur-sumur yang ada di belakangnya. Kita buat lubang-lubang dekat perkemahan dan kita isi dengan air hingga penuh. Dengan demikian kita akan berperang dan mempunyai persediaan air yang cukup. Sedangkan musuh tidak mempunyai persediaan air minum,'' jelas Khabab. 


Marahkah Rasulullah pendapatnya dibantah oleh salah seorang sahabatnya? Alih-alih murka dan memerintahkan “sahabat lancang” itu untuk menuruti perintahnya, setelah berpikir sejenak, seraya tersenyum senang Rasulullah malah berkata:

"Pendapatmu sungguh lebih baik dari pendapatku." Dan kemudian sejarah mencatat, strategi tersebut sangat ampuh dan menjadikan kaum Muslimin bisa memenangkan pertempuran atas orang-orang Quraisy Mekah.

Sedangkan Rasulullah saw sendiri berlapang dada untuk menerima pandangan "orang bawahan"... 


Sepertimana Ibnu Qayyim apabila dikritik kerana menyalahi pendapat gurunya Imam Ibnu Taimiyah, beliau berkata: Aku menyayangi Ibnu Taimiyah, tetapi kebenaran itu lebih aku sayangi daripada Ibnu Taimiyah.

Jadi dimana justifikasi Presiden dan ahli Majlis Ulama tidak boleh dikritik. Maksumkah mereka?


Dan tidakkah Tuan presiden perasan bahawa kesemua tindakan dan ucapan Presiden kini telah mendapat liputan meluas di media massa pro-UMNO/BN? Apa ertinya itu? Tidakkah Allahyarham ustadz Fadzil Mohd Noor pernah berpesan: Musuh bila dia sokong kita...mesti ada yang tak kena....

Dan selepas ini jangan haraplah PAS akan dapat meraih undi bukan-Islam/bukan-Melayu sebanyak yang telah diberikan semasa PRU-PRU/PRK-PRK sebelum ini. Mencari redha Allah bukan redha pengundi. Bagaimana untuk mendapat redha Allah jika redha manusia pun sudah tercicir? - Kelab Greenboc



Friday, 19 September 2014

PESERTA MAHARAJA LAWAK DI MUKTAMAR PAS !

Banyak sangat berdoa untuk hancurkan UMNO/BN akhirnya

 doakan kehancuran pemimpin sendiri..



Thursday, 18 September 2014

SEJUTA ?!!

RM1 juta untuk pendidikan anak kru kabin MH370, MH17

email
comments
RM1 juta untuk pendidikan anak kru kabin MH370, MH17
RM1 juta untuk pendidikan anak kru kabin MH370, MH17
GENTING HIGHLANDS: Eu Yan Sang dan Kumpulan Genting masing-masing berikrar untuk menyumbang RM500,000 kepada penubuhan Yayasan Pendidikan bagi anak-anak kru kabin Malaysia Airlines (MAS) penerbangan MH370 dan MH17.

Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein, yang dilantik sebagai penaung yayasan itu, memuji Eu Yan Sang kerana menubuhkan yayasan berkenaan dan melaksanakan usaha amal lain hingga dapat menambah baik kehidupan  golongan tidak bernasib baik di Malaysia.


"Hati saya tersentuh apabila mengenangkan keluarga (MH370 dan MH17) yang  terlibat. Kehilangan yang mereka alami adalah amat besar dan tiada kata-kata dapat mententeramkan mereka.


"Kita tidak boleh bayangkan kesengsaraan yang mereka lalui apatah lagi untuk memahami kesedihan mereka. Apa yang kita boleh lakukan ialah meneruskan usaha bagi memastikan setiap keluarga mendapat perhatian selain berdoa bagi mereka yang telah pergi tanpa mengira latar belakang agama atau kaum," katanya dalam ucapannya pada majlis makan malam sambutan ulang tahun ke-135 Eu Yan Sang di sini.


Dengan negara melalui kesukaran besar baru-baru ini, Hishammuddin berkata beliau gembira melihat adanya semangat tanggungjawab terhadap masyarakat dalam kalangan industri tempatan yang membantu mereka yang memerlukan.


"Ia menzahirkan aspirasi kerajaan untuk melihat lebih banyak organisasi swasta dan awam mengambil pendirian kukuh dalam program tangguungjawab sosial korporat mereka yang tertumpu kepada ideologi hormat-menghormati, kasih sayang dan amal.


"Pada masa akan datang, kami berharap untuk melihat lebih banyak entiti mempelopori falsafah ini ketika kita berusaha menjadi sebuah negara yang bukan sahaja berteraskan ekonomi malah bertanggungjawab daripada segi moral," kata beliau.


Pada majlis itu, Eu Yan Sang juga menyumbang RM1.26 juta kepada Yayasan Inisiatif Penyelidikan Kanser dan Pemegang Amanah Berdaftar Yayasan Joseph William Yee Eu.- Astro


Ulasan

Baca kenyataan DS Hishammuddin. Beliau bukan sekadar menjalankan tugas sebagai Menteri tapi seperti sama sama merasai kesedihan, kehilangan anggota kelurga terlibat.

Ini sesuatu yang amat istimewa. Sebab itu aku rasa beliau diangkat jadi penaung...

Monday, 15 September 2014

AKU MOHON POLIS SIASAT BUDAK YANG NAK JUAL BADAN NIH !

Bagus sangat bila kerajaan mula bertegas terhadap penggunaan media sosial. Cuma bukan hanya soal menghasut, mengganggu gugat keselamatan. Benda yang meruntuhkan akhlak budak budak pun kena diberi perhatian.


Benda yang menjatuhkan maruah macam ini jangan dibiarkan berleluasa. Ini pada aku dah melampaui batas. Siasat, tangkap dan jika sahih ambil tindakan menghukum.

Kalau tidak hancur lebur jugaklah orang Melayu.

Sunday, 14 September 2014

LELAKI MALANG DIROGOL SEWAKTU TIDUR !

Seattle: Seorang wanita Chantae Gilman, berdepan dengan tuduhan merogol selepas seorang lelaki mendakwa wanita berkenaan memecah masuk ke rumahnya pada tengah malam lalu menindih serta memperkosanya ketika dia tidur.
Mangsa yang berusia 31 tahun itu berkata, dia menghadiri satu majlis hari jadi pada malam berkenaan sebelum pulang dalam keadaan letih dan terus tertidur. 
Mangsa terjaga apabila menyedari tangannya ditekan di bawah kepala sementara suspek berada di atas badannya. Mangsa mendakwa tidak mengenali suspek tetapi tahu dia kenalan seorang lelaki lain dalam bangunan berkenaan. 
Sementara itu, wanita berkenaan memberitahu polis dia tidak kenal mangsanya atau mengingati memasuki rumah lelaki terbabit dan mengadakan seks dengannya. 
Laporan memetik, penyiasat sebagai berkata, suspek menghidap masalah mental dan gangguan bipolar dan psikosis. 

Baru-baru ini suspek memuat naik komen dalam laman Facebooknya dengan berkata, dia yang sudah mempunyai dua anak, mengandung dua bulan. - Agensi



                                          Suspek

WEIII !! UMNO SELANGOR, BACA NIH !

Kuatkan Semangat Juang Untuk Tawan Kembali Selangor – HIshammuddin

Pada aku DS Hishammuddin layak bercakap. Dia dah buktikan kemampuannya dalam menangani MH 370 dan MH 17. Dunia tahu kerja kuat beliau.
KUALA KUBU BHARU, 14 Sept – Anggota UMNO Selangor perlu meningkatkan iltizam dan punyai semangat juang yang tinggi selain optimis dalam usaha merampas kembali negeri itu pada pilihan raya umum akan datang.
Naib Presiden UMNO Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein turut mengingatkan anggota parti supaya tidak terlalu emosi atau terikut-ikut dengan senario politik yang kini melanda Selangor.
“Ada pihak yang mungkin cuba nak menuding jari kepada kita, tetapi setakat ini mereka tidak berjaya kerana masalah (pemilihan menteri besar baharu) itu bukan timbul daripada UMNO, ia datang daripada (masalah) dalaman parti mereka sendiri,” katanya.
Beliau bercakap kepada pemberita selepas merasmikan Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Hulu Selangor di sini hari ini.
Hishammuddin juga mahu melihat anggota parti merapatkan saf, memperkukuh kesetiaan, kejujuran, keikhlasan dan niat bagi meneruskan perjuangan parti.
Beliau berkata elemen itu penting untuk mempertahan warisan perjuangan UMNO terutama dalam membina bangsa dan negara.
Sementara itu, Ketua UMNO Bahagian Hulu Selangor Mat Nazari Ahmad Dahlan berkata pihaknya mengetengahkan pelbagai usul, antaranya menyeru semua pihak supaya tidak terikut emosi sehingga menghina institusi raja.


Saturday, 13 September 2014

CERITA SEBENAR JURURAWAT DIROGOL DALAM AMBULAN ...

Apapun laporan polis telah dibuat dan aku yakin polis kita cukup kepakaran untuk menyiasat perkara ini. Aku harap akhirnya kebenaran akan dapat ditegakkan.( Baca catatan di bawah- TQ Bro )

Ramai yang menyalahkan pemandu yang didakwa terlampau dalam kes rogol jururawat dalam ambulans di Mersing, Johor.

Bagaimanapun timbul satu cerita lain dimana ada yang mengatakan, ‘kesian driver tu..’. kerana dia dipercayai dianiaya oleh jururawat tersebut.

Kita pun keliru juga kenapa tiba-tiba ramai yang sebarkan cerita berkenaan, kenapa kasihankan pemandu ambulans pula? Sedangkan dalam laporan polis sebelum ini jururawat itu mendakwa dia dirogol oleh pemandu ambulans.

Hasil pencarian di media sosial mendapati, ‘cerita sebenar’ yang menjadi bahan bualan di media sosial agak mengejutkan, apatah lagi sekiranya dakwaan yang tersebar itu benar.

Anda boleh baca dibawah pendedahan cerita sebenar kes pemandu rogol jururawat dalam ambulans di bawah yang diperolehi dari laman mymediahubonline
[10:17PM, 10/09/2014] Kak Azlina: Saya baru dapat pengesahan dpd rakan di Mersing perkara ni memang benar terjadi dan dalam siasatan. Makluman awal yg kita dapat tepuk sebelah tangan tidak berbunyi berdasarkan statemen meragukan dan jururawat berkenaan memang ada nafsu yg tidak terkawal dan pemeriksaan lanjut sedang dijalankan oleh pakar perubatan HSI benar atau tidak ianya diklasifikasikan rogol atau telah lebih dpd seorg melakukan hubungan s3ks.

[10:18PM, 10/09/2014] Kak Azlina: [4:17PM, 9/10/2014] Kak Suyu Lr: Sn ni pon bukan terus report lepas kena rogol..semalam masih happy lagi pki uniform kerja..tu dah kena tu..org klu dir0g0l tentu trauma

[4:17PM, 9/10/2014] Kak Suyu Lr: Kes ni kalau tau background sn tu semua akan kesian kan driver tu..

[4:17PM, 9/10/2014] Kak Suyu Lr: Pg tadi sn ni dah di hadapkan ke matron foo..

[4:17PM, 9/10/2014] Kak Suyu Lr: Sn ni mmg dah pernah sekali dok lokap 1 mlm kes pojek ngan guard dlm wad

[4:17PM, 9/10/2014] Kak Suyu Lr: Kitaorg just tunggu dan lihat je lah..pakwe sn ni pon ppk suami org tp dah bercerai talak 3 dik sn ni punya hal..tp tak kawin kawin jgk..

Friday, 12 September 2014

UKRAINE DAN RUSSIA BERPAKAT...

Datuk Seri Hishammuddin Hussein berkata kerajaan Rusia memberi sokongan sepenuhnya bagi menegakkan keadilan untuk membela mangsa tragedi pesawat Malaysia Airlines MH17 yang ditembak di timur Ukraine pada 17 Julai.
Menteri Pertahanan itu berkata, reaksi itu dimaklumkan kepadanya hasil lawatan ke Keiv, Ukraine pada Isnin lalu, berjumpa dengan pihak terlibat dalam menyelesaikan masalah dihadapi pasukan penyiasat bagi memasuki tapak nahas MH17.
"Bukan mudah sebenarnya kita ingin adakan perbincangan bersama pihak tersebut. Ada negara ini (Ukraine dan Rusia) tidak boleh duduk bersama.

Dalam kenyataan medianya yang terdahulu, beliau bersama rakan sejawatnya dari Belanda, Jeanine Hennis Plasschert bersetuju dengan keperluan menyambung semula operasi carian, pemulihan dan siasatan di tapak nahas kemalangan tersebut. – 12 September, 2014.

Thursday, 11 September 2014

TUN MAHATHIR DESAK NAJIB LETAK JAWATAN ?


PETALING JAYA - Bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata beliau tidak pernah meminta Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak meletak jawatan sebagai Perdana Menteri.

Sebaliknya beliau hanya memberi contoh dirinya bahawa beliau akan meletak jawatan jika dilantik sekali lagi sebagai perdana menteri.

"Jika mereka melantik saya semula sebagai PM, saya akan letak jawatan kerana saya sudah melepasi masa...saya dah tua,” katanya kepada pemberita selepas melancarkan buku ‘#WahaiMelayu’ karya Anas Zubedy, di sini hari ini.

Dr Mahathir berkata demikian bagi mengulas laporan oleh sebuah portal berita semalam yang memetik beliau sebagai berkata bahawa beliau akan meletak jawatan jika menjadi perdana menteri pada hari ini, yang seolah-olah merujuk kepada Najib.

Dalam perkembangan lain, Dr Mahathir telah menasihatkan perwakilan Umno peringkat bahagian yang sedang mengadakan persidangan ketika ini supaya menegur pemimpin jika pemimpin tidak melakukan perkara yang betul.

"Kadang-kadang pemimpin perlu dikritik. Dalam bahasa Melayu kita panggil menegur. Apabila ada seseorang melakukan melakukan sesuatu yang anda fikir salah, anda perlu mempunyai hak untuk menyatakan ia bersalah,” katanya.

Ditanya jika beliau akan menghadiri Perhimpuann Agung Umno bulan hadapan, katanya beliau akan hadir sebagai ahli Umno.

Sementara itu, mengulas cadangan mengkaji dan menghapuskan Akta Hasutan 1948, Dr Mahathir berkata pelaksanaan akta itu dengan baik adalah penyelesaian kepada masalah.

"Memansuhkan akta itu bukan satu penyelesaian tetapi menggunakan akta itu dengan cara yang betul merupakan penyelesaian. Saya tidak tahu, terpulang kepada mereka...mereka yang melakukan pendakwaan, bukan saya,” katanya.

Terdahulu dalam ucapannya, Dr Mahathir berkata masyarakat Melayu hari ini kurang beramanah dan tidak tahu menguruskan kewangan dengan baik.

Keadaan itu telah menjadi punca kenapa bangsa Melayu dilihat sebagai bangsa yang tidak berjaya kerana mereka juga tidak mempunyai perasaan malu bila gagal melakukan sesuatu perkara dengan baik.

"Kita perlu belajar untuk ikhlas...kalau kita jujur kita akan jadi baik," katanya.

Hadir sama pada pelancaran buku ‘#WahaiMelayu’ ialah isterinya Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali. - Bernama

Wednesday, 10 September 2014

DIROGOL DALAM AMBULAN !

JOHOR BAHRU 10 Sept. - Seorang pemandu ambulans ditahan kerana disyaki merogol seorang jururawat sebuah hospital di dalam sebuah ambulans pada 4 September lalu.

Dalam kejadian pukul 12.45 malam itu, mangsa berusia 31 tahun mendakwa terlelap seketika di bahagian belakang van tersebut kerana terlalu penat bekerja setelah pulang dari sebuah hospital di bandar raya ini.

Sebaik sahaja tersedar, mangsa mendapati van yang dinaiki diberhentikan di kawasan gelap di belakang asrama hospital dengan pintu kenderaan berada dalam keadaan berkunci.

Disebabkan panik, mangsa cuba mencari sesuatu untuk membuka pintu ambulans tersebut dan tanpa disedari pemandu ambulans tersebut didakwa muncul dari belakangnya terus memeluk dan mengucup mulutnya.
Menurut mangsa, pemandu ambulans berusia 31 tahun itu kemudian menyelak pakaiannya sehingga berlaku pergelutan antara mereka sebelum dapat merogolnya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Mersing, Deputi Supritendan Zulkepli Hashim ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan kejadian itu.
"Laporan kes telah kita terima dan akan menjalankan siasatan. Lelaki itu telah kita tangkap untuk siasatan lanjut dan kes disiasat mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan," katanya.

Difahamkan lelaki terbabit kini direman selama tujuh hari hingga 16 September ini.- Utusan

Ulasan

Aku rasa benda macam ini akan memberikan kesan buruk kepada mangsa. Bayangkan kesukaran beliau menghadapi masyarakat dan masa depannya sendiri. Sebab itu Kementerian Kesihatan sepatutnya tidak ' mengarahkan jururawat berseorangan ' untuk kerja kerja luar. Pencegahan sebenarnya boleh dilakukan.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...