Boikot Barangan DAP

Boikot Barangan DAP

Thursday 13 February 2014

MEMANG NAJIB TAK PERNAH PEDULI !!


Ini kenyataannya. Suka atau tidak suka kita terpaksa terima kenyataan pahit dan melukakan ini. Pahit dan melukakan hati Pakatanlah, khasnya Anwar Ibrahim.


Aku dapat lihat dan rasakan perubahan cara bertindak Datuk Seri Najib Razak, PM kita khasnya pada tahun kuda ini. DS Najib langsung tak terganggu dengan pelbagai cabaran yang dicetuskan oleh Pakatan mahupun oleh para pendukung mereka.

Selepas BR1M diumumkan pembayarannya, semalam DS Najib mengumumkan pula program MyHome yang melibatkan peruntukan 300 juta ringgit. Program ini merupakan subsidi 30 ribu ringgit untuk membeli rumah kos rendah bagi golongan berpendapatan 3000 ringgit ke bawah.

Ini luarbiasa sebenarnya. Mana kita terfikir kerajaan akan bagi subsidi 30 ribu !

Terkangkang Anwar Ibrahim dan Mahfuz SPR ! Kalau benda lain bolehlah kata,
" Inilah yang pembangkang perjuangkan...". Yang ini mereka tak terbayangpun.

Anwar bertungkus lumus nak pastikan nyawa politiknya dapat dipertahankan, DS Najib berterusan memenuhi keperluan rakyat. Kawalan harga barang, penghapusan orang tengah dan beberapa tindakan lagi menampakkan keberkesanan kepimpinan DS Najib. Syabaslah !

Usah dilayan sangat seorang berdua yang mengkritik. Ada kalanya kritikan bagus jugak untuk menjadi faktor pengimbang. Aku harap DS Najib teruskan usahanya menyelesaikan keresahan rakyat khasnya orang Melayu. 

Dah sampai masapun. Cukuplah Cina ' beraja di mata bersultan di hati '. Ini masa umat Melayu pulak . 

Aku harap lepas ini DS Najib akan tengok pulak masalah guru. Macam macam bunyi dah. TS Muhyiddin nampaknya macam tak berapa nak berjaya, setakat ini...

Aku dah mula rasa syok nih ! Dah panas balik dah...aku suka sangat kalau kerajaan usah peduli langsung dengan Anwar Ibrahim. Biar dia ' keras beku' bersama kuncu kuncunya !


4 comments:

  1. Yang selalu memberi gambaran buruk pada kerajaan adalah penceramah-penceramah PAS/PKR/DAP yang cukup pandai memutar fakta. Tetapi yang bodohnya adalah pendengar ceramah tersebut sampai ternganga (lalat masuk pun tak sedar) yang mereka seronok adalah mengutuk kerajaan.Tetapi mereka tidak sedar bahawa mereka telah diperbodohkan.

    ReplyDelete
  2. Rakyat sentiasa membuat penilaian. Kepercayaan kepada fitnah bersifat sementara. Kerajaan perlu terus berkhidmat dan Allah sedang membuka pekung pembangkang biarpun mereka berwajah agama

    ReplyDelete
  3. Aku pernah diberitahu Najib amat berpengalaman dan luas pengetahuannya. Aku harap ini benar sebab aku rasa politik Malaysia ni dah melampau. Najib kena usahakan sesuatulah...

    ReplyDelete
  4. Pas tengah gila lagakan Najib dengan Tun M, tak terjejas Najib nampaknya. Saya harap Najib tak goyang dengan pelbagai isu yang sengaja ditimbulkan.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...