Boikot Barangan DAP
Friday, 28 February 2014
HISHAMUDDIN VS HISHAMUDDIN , AMBIK KO !
Salah seorang tokoh yang terkenal selepas era Reformasi ialah Hishamuddin Rais.
Sejak zaman remajanya Hishamuddin Rais sarat dengan ' marah, dendam '. Jiwa menentangnya amat tinggi sehingga pernah lari dan menetap di luar negara.
Aku tak akan menyentuh soal soal peribadi HishamuddinRais . Apa dia suka buat, apa dia suka makan , apa minuman kegemaran dia, apa pandangannya tentang hidup dan hidup selepas mati. Itu hak dia.
Tapi aku akan bercakap tentang hak negara. Keamanan, ketenteraman,kesejahteraan.
Hishamuddin Rais sangat provokatif. Suka menghasut dan mengapi apikan. Memberontak sejak tahun 70an dan sentiasa menggoda orang lain untuk sama memberontak.
Beliau berada di barisan paling hadapan dalam setiap demonstrasi supaya gambarnya dapat dirakam.
Beliau mengajak anak muda meraikan kehancuran. Mesir, Syria, Thailand, Tunisia adalah contoh yang selalu disebutnya sebagai cara membakar semangat anak muda.
Setakat ini Hishamuddin Rais belum betul betul berjaya dan aku yakin dia tak akan puas hati selagi keamanan masih wujud di Malaysia. Matinya akan ' celik' jika negara masih aman.
Malang Hishamuddin Rais !
Tahun 2014 adalah tahun kebangkitan yang tidak disangka sangka.
" Selagi saya mentadbir Kementerian Pertahanan, saya tidak akan benarkan apa sahaja mengganggu keselamatan dan keamanan negara ".
" Saya tidak akan benarkan apa sahaja mengganggu gugat tiang tiang seri negara iaitu agama dan bangsa ".
Hishamuddin Tun Hussein pada tahun 2014 telah menyatakan komitmen Angkatan Tentera Malaysia untuk mempastikan kedaulatan negara dipertahankan daripada sebarang gugatan samada dari luar mahupun dari dalam.
Aku nampak Hishamuddin Hussein sangat serius. Sesiapapun tak boleh nafikan bagaimana Menteri ini sedang mengangkat semangat dan moral angkatan tentera.
Enam elaun ditambah, kemudahan dipertingkat, latihan bertaraf antarabangsa. Meningkatkan gred kediaman termasuk kemudahan untuk isteri dan anak anak anggota. Tentera sedang berada dalam keadaan ' syok ' untuk bekerja dan berkhidmat.
Hishamuddin Hussein pada pandangan aku sedang berada di depan dalam kariernya.Pedulikan masa lalu. Masa lalu adalah sejarah yang mendidik tapi tak akan berulang. Aku nampak kebijaksanaan Hishamuddin.
Mengangkat martabat ATM sebelum mengajak mereka berjuang.
Ayuh Hishamuddin Rais, TURUNLAH ! TURUN menjadi barah ! Kali ini ko dan kawan kawan ko akan bertemu ruas !
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Hang patutnya tak payah tulis pasal Tukar Tiub. Dia ni mana ada halal haram. Kalau aku tak mungkin aku tulis tentang dia, bagi publisiti macam Najib kata.
ReplyDeleteSaya setuju sangat ATM dinaik taraf. Hishamuddin Hussein telah beri wajah baru. Saya harap selepas ini peluang lebih banyak dibuka untuk tentera menyambung pelajaran
ReplyDeleteSekarang kita tunggu DAP nak kata apa. Dulu depa mahu ATM diperkecilkan. Kemudian depa cadang gugurkan ' Melayu '. La ni depa nak apa lagi?
ReplyDeleteMenyediakan pertahanan negara adalah sunnah. Tahniah Menteri Pertahanan kerana melaksanakan kewajipan ini dengan baik dan berkesan
ReplyDeleteSteady bro. Pergi mampuslah Tukar Tiub !
ReplyDeleteSalah satu sebab mengapa nama DS Najib begitu menonjol di masa dulu ialah kerana kejayaannya menjaga kepentingan ATM. Saya harap perkara yang sama akan berlaku kepada DS Hishamuddin Hussein.
ReplyDeleteMempertahankan kedaulatan negara adalah kewajipan semua warga negara. Sesiapa yang menggugatnya wajib dihapuskan !
ReplyDeleteKerajaan kena berani. Kalau di Singapura org mcm Hishamuddin Rais dah lama ke dalam
ReplyDeleteorang mcm HR ni kan...
ReplyDeletetau tak apa orang kedah akan cakap...
"BIAQ PI MAMPUIHHH...."