Boikot Barangan DAP

Boikot Barangan DAP

Monday, 10 February 2014

HABISLAH MAT REMPIT !


Kita dengar hari hari kisah budak budak merempit. Langgar polis, langgar kereta orang. Yang mati, yang cedera bukan sikit sikit. Malangnya kebanyakan yang terlibat budak Melayu.

Rempit ni aku perhatikan tidak berakhir setakat itu jer. Ada pula perlakuan lain yang mereka lakukan. Berjudi, meragut, bergaduh, menyamun dan banyak lagi gejala sosial lain. Macam macam dah kerajaan buat tapi nampaknya ia masih berlaku dan nampak macam tak berkurang pun.

Aku percaya pada usaha usaha pencegahan. Hukum hukum jugak tapi didikan wajib diberikan. Usaha terbaru Jabatan Pengangkutan Jalan ( JPJ ) harus dipuji.

Kadet JPJ akan diwujudkan di sekolah sekolah menengah di seluruh negara. Ia akan jadi kegiatan ko kurikulum. Macam Kadet Polis, Kadet Remaja Sekolah dan lain lain.
Ini adalah sebahagian daripada kegiatan Ko Kurikulum pelajar.

Bertambah ke kerja cikgu? Takde lah. Sama jer. Kalau ia dapat dilaksanakan dengan baik, berkesan tentu kita dapat dedahkan anak anak kita dengan undang undang jalanraya, nilai sebagai pengguna jalanraya dan sebagainya.

Aku percaya cikgu cikgupun suka benda ni sebab saban tahun ada jer pelajar terlibat dalam kemalangan, cedera bahkan ada yang meninggal duniapun. Aku tahu ramai cikgu bimbang dengan keselamatan anak murid mereka.

Cuma aku nak sarankan Pemangku Menteri Pengangkutan beberapa perkara. Contohnya Silibus  bagi unit Kadet JPJ ini mesti ada unsur pendidikan, unsur kepimpinan. Biar pelajar tahu undang undang dan mampu nasihatkan kawan kawan dia.

Kedua , jadikan penglibatan pelajar ini sesuatu yang bermanfaat dalam jangka masa panjang. Contohnya bila dia terlibat, dia dapat sijil. Pemilik sijil ini dapat keutamaan bila mohon bekerja dengan JPJ.

Ketiga, libatkan anggota kadet JPJ ini dengan aktiviti kemasyarakatan JPJ. Sekarang bila sebut JPJ, orang akan kaitkan dengan saman, marah dan tak suka. Jadikan JPJ sesuatu yang mesra orang ramai.

Aku percaya Datuk Hishamuddin akan dapat melihat benda ni secara holistik, menyeluruh. Lebih lebih lagi Hishamuddin pernah bersama warga pendidikan agak lama. Sedikit sebanyak beliau dapat merasai budaya sekolah, cikgu dan pelajar...

Program ini dikatakan akan dijalankan secara ' percubaan ' di beberapa sekolah terpilih dan aku harap akhirnya ia akan dapat dilaksanakan secara menyeluruh .


8 comments:

  1. Dah banyak kerja yang membebankan guru. Saya harap perkara baru ini bukan tambahan tapi mengganti sesuatu yang dah nampak macam tak ada faedah. Pengakap misalnya.

    ReplyDelete
  2. Budak Melayu merempit, berdadah, maksiat. Anak Cina belajar, satu masa negara ini depa yang control. Eloklah program ini dijalankan. Harap budaya rempit kalau tak selesaipun dapat dikurangkan.

    ReplyDelete
  3. Masalah memang tak kan selesai kalau satu pihak saja yang nak selesaikan. Semua kena terlibat. Mak bapak buat apa biar anak anak merempit?

    ReplyDelete
  4. Mak bapak setengah mati cari duit, bagi anak motor. Bebudak tak bersyukur guna untuk macam macam benda tak betul. Baguslah kalau dari keil dah diajar undang undang

    ReplyDelete
  5. Kadang kadang benda yang dibuat tujuannya elok. Masalah berlaku semasa pelaksanaan. Sebab itu pihak bertanggungjawab perlu menjelaskan, memantau pelaksanaan program ini supaya tidak habis separuh jalan

    ReplyDelete
  6. Kegiatan ko kurikilum ni sebahagian daripada pendidikan kita. Kalau ia dapat dibuat dengan elok, murid yang dapat faedahnya. Mereka akan menjadi orang dewasa yang berguna kepada negara.

    ReplyDelete
  7. Aku sokong usaha ini. Budak budak rempit ni sebenarnya tak cukup akai. didik dari awai, jadi oranglah.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...