Boikot Barangan DAP

Boikot Barangan DAP

Sunday, 2 February 2014

AIKK !! ANAK AKU BANGKIT SUBUH ?!


He..he..maaflah. Orang dah ramai membicarakan tentang PRK Kajang. Biarlah aku keluar sikit daripada kepanasan Kajang yang nampaknya dah makin meluap luap.

                                                              Gambar hiasan

Hari ini aku hadir empat kenduri. Empat empat kenduri kahwin. Bagusnya pergi kenduri ni kita dapat jumpa kawan kawan. Yang lama tak jumpa, yang baru jumpa, semualah. Aku tetap yakin Malaysia tetap makmur berdasarkan kenduri yang aku
hadiri. Makan ni..Ya Allah ! Cakap jer..nasi macam macam lauk. Laksa, cendol.
Alhamdulillah.

Ada cerita menarik aku dengar tadi yang aku nak syer dengan kawan kawan yang baca artikel aku. Barangkali kecil pada setengah orang, tapi pada aku besar maknanya.

Seorang kawan aku berbisik kat aku " Anak aku balik cuti Tahun Baru Cina, dia bangkit sembahyang subuh woo..sebelum ni macam nak perang kejut dia subuh.
Sekarang 5 setengah aku dah dengar dia mandi ".

Bangga sangat kawan aku ni. Aku percaya ini bukan masalah dia jer. Sukar nak kejutkan anak anak remaja bangun subuh sebab mereka berjaga malam. Rata rata aku dengar ibu bapa merungut, anak anak dah jadi musang. Siang tidur, malam berjaga.



Aku tertarik juga lantas bertanya," kenapa pulak ?"..Katanya anaknya balik bercuti dari Kem PLKN. Katanya Kem Desa Rimba di Kuala Kangsar.

Kata kawan aku banyak benar berubahnya dan yang paling besar ialah ketaatan mengerjakan solat. 

Akupun mula mencongak. Budak budak ni mula mendaftar pada 4 Januari. Maknanya baru sebulan mereka menyertai kem dan ada yang berubah, hampir mutlak.

Aku yakin ada yang tiada apa apa perubahan walaupun selesai 74 hari mereka menyertai Kem PLKN. Tapi mari kita fokus kepada yang mahu dan telah berubah sebaik sahaja menyertai Kem.

Aku cakap perkara ini kerana aku sangat yakin PLKN boleh jadi alat yang sangat berkesan dalam membentuk dan membangunkan tingkahlaku manusia. Dengan sendirinya banyak masalah dapat diselesaikan jika kita dapat jadikan PLKN ini sesuatu yang bermakna.

Masalah penyalahgunaan dadah, masalah gejala sosial, masalah jiwa ganas dan menentang, masalah polarisasi kaum dan banyak lagi. Dan akan lahir generasi yang baik, berterima kasih serta sayang pada agama, bangsa dan tanahair.



Produk PLKN yang mencapai objektif ini pasti tidak akan terlibat dalam apa jua kegiatan yang boleh rosakkan negara. Memang tidak mungkin akan tercapai 100% hasrat kerajaan melalui PLKN ini, tapi sekurang kurangnya kita ada sekumpulan yang dapat kita wariskan negara ini.

Macam yang aku tulis sebelum ini, aku tahu Menteri Pertahanan mempunyai fokus istimewa terhadap PLKN. Kita tahu Menteri sendiri turun ke lapangan memantau pelaksanaan program ini. Kita harap Menteri akan terus memberikan komitmennya supaya perkara yang sebaik ini, akan bertambah baik dari semasa ke semasa.


4 comments:

  1. Alhamdulillah. Anak saya juga lebih berdisiplin selepas menyertai PLKN. Walaupun hanya pekerja kilang sahaja tapi saya bersyukur dengan akhlak anak saya. Terima kasih PLKN.

    ReplyDelete
  2. Aku bekas peserta PLKN. Aku bernasib baik sebab masa sesi aku langsung tak de masalah. Sampai sekarang selepas dua tahun aku masih berhubung dengan rakan rakan aku yang sama terlibat. Satu Malaysia aku pusing melawat rakan rakan sama berkursus.

    ReplyDelete
  3. Saya percaya jika Pakatan yang laksanakan PLKN pasti mereka akan terapkan ideologi mereka. Lihat bagaimana Pasti, Sekolah Agama, Pusat Rawatan yang mereka ada. Semuanya ke arah menyediakan pelapis dan penyokong. Benda inilah yang sepatutnya kerajaan lakukan terhadap PLKN. Bukan salah menyediakan penyokong kerana ia memang untuk kebaikan negara juga.

    ReplyDelete
  4. Sokong Anon 06:19, kerajaan mesti dapatkan pulangan dari apa yang dibuat. Kerajaan buat pembangkang dapat faedah!

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...