Boikot Barangan DAP
Monday, 24 February 2014
NAJIB DAH ADA PEMBELA !
Aku serius cakaplah. Kadang kadang rasa menyampah dengan segelintir pemimpin UMNO. Selepas DS Najib bercakap dalam Perhimpunan Agung, ulasan dan puji pujian melambung. Macam setuju sangat.
Sorak sorainya, gegak gempita satu dewan. Tapi bila dalam keadaan sebenar, aku dapati pemimpin UMNO dan pemimpin kerajaanpun mengambil sikap berdiam diri bila DS Najib memerlukan sokongan dan dokongan.
Najib kena perlekeh, Najib kena boo, Najib kena kangkung, tak ramai pemimpin berani pertahankan Najib. Padahal adab dalam berorganisasi, kita tak boleh biarkan pemimpin kita diremehkan oleh ' musuh ' walau apapun isunya.
Tapi keadaan agak berbeza kebelakangan ini. Najib dah mula kelihatan mempunyai 'anak buah ', ada back up yang pada bila bila masa boleh mengembalikan prinsip kepada prinsip.
Terkini, aku kagum dengan kenyataan Datuk Seri Hishamuddin Tun Hussein sewaktu mengulas kedudukan MCA dalam kabinet. Hishamuddin jelas dan nyata melontarkan pandangan " MCA perlu berunding, berbincang dengan YAB Perdana Menteri mengenai kedudukan mereka dalam kerajaan dan Perdana Menteri yang akan membuat keputusan ".
Hishamuddin bercakap kepada pemberita selepas melancarkan Nation Blue Ocean Strategy Jabatan Latihan Khidmat Negara di Kem PLKN Seri Perkasa, Mantin.
Mengembalikan prinsip kepada prinsip dalam konteks ini ialah pada masa Perdana Menteri patut buat keputusan, buat kenyataan, biarlah PM yang buat benda benda tu.
Hormatilah PM sebagai Perdana Menteri dan Pengerusi BN.
Perkara yang sama berlaku dalam kes Konsensus Nasional bilamana ada pemimpin parti begitu awal menyatakan ' kesediaan ' berunding sedangkan PM belum mengeluarkan apa apa kenyataan.
Kes Waythamoorthy meletakkan jawatan juga melambangkan kegagalan mengangkat PM untuk berada di kerusinya.
Dalam kes Waythamoorthy juga Hishamuddin telah mengeluarkan kenyataan yang jelas. Pemimpin Barisan Nasional termasuk UMNO sendiri tidak boleh sama sekali membelakangkan DS Najib. Ini prinsip yang mesti dipegang supaya UMNO kekal dihormati.
Aku berasa lega. Dalam menghadapi cabaran besar PRU 14, aku dah nampak ada orang sanggup pertahankan DS Najib walau apapun cabarannya...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
UMNO tidak kukuh. Masing masing menjaga diri sendiri. Jika sesuatu tidak dilakukan tidak mustahil UMNO akan mengalami nasib yang sama macam Golkar.
ReplyDeleteSaya lahir dalam keluarga UMNO. Saya dapat nampak beza UMNO dulu dengan sekarang. UMNO bukan lagi tempat menyatukan orang Melayu. Ramai orang jadikan UMNO alat untuk capai matlamat sendiri. Di kampungpun orang berebut jawatan dalam UMNO. Budak budak muda tak segan nak melawan ketua cawangan yang dah berpuluh tahun bekorban untuk UMNO. Mereka harap dapat peluang melalui UMNO. Inilah malangnya UMNO. Pemimpin atasan perlu buat sesuatu untuk kembali kepada perjuangan asal.
ReplyDeleteUMNO kena bersatu kalau nak selamat !
ReplyDeleteHishamuddin dah mula mempertahankan DS Najib. Baguslah, ada orang asik mempertahankan diri sendiri.
ReplyDeleteHishamuddin sorang tak cukup. Isu brim misalnya ada banyak kutukan. Menteri lain kena sama sama jawablah, baru betul.
ReplyDeleteUMNO sedang menuju kehancuran. Bersedialah.
ReplyDeleteSaya rasa Datuk Seri Hishamuddin sedang mencipta karekter. Dia boleh jadi pemimpin lebih besar jika dia beringat. Nama baik diri dan keluarganya mesti dijaga. Perkara ini semua jadi perhatian rakyat. Setakat ini tiada apa cacatnya.
ReplyDeletePM sendiri mesti berubah. Usah buat sesuatu untuk popularkan diri. Parti keutamaanlah
ReplyDeletePemimpin boleh bertukar, parti kekal jika proses melahirkan pemimpin dibuat. Kalau pemimpin pikir nak jaga diri sendiri UMNO yang terinma padah. Perdana menteri patutnya dah mula tunjuk siapa dia harap akan ganti dia selepas ini.
ReplyDeletesaya nampak datuk hishamuddin banyak berubah sekarang. cara dia bercakappun kita seronok dengar, kita jadi yakin.
ReplyDeleteSangat penting semangat setiakawan dalam UMNO. Sesama sendiri jangan menjatuh sebab kerja sebenar UMNO ialah menang pilihanraya. Ini kewajipan UMNO
ReplyDelete