Boikot Barangan DAP

Boikot Barangan DAP

Thursday, 6 February 2014

AES - MUNCUL SEMULA !


Mari kita bebaskan diri kita daripada kegawatan dan kegilaan Kajang kerana memenuhi kegilaan Anwar Ibrahim.

AES - Sistem Penguatkuasaan Automatik

Ia adalah sistem kamera terbuka ( sebab pemandu tahu di mana ia berada ) yang dipasang untuk dua tujuan utama. 1. Mengurangkan kelajuan 2. Mengelakkan pembandu melanggar lampu isyarat. Dua faktor utama kemalangan jalanraya.

Sebenarnya ia bukan ISU sama sekali jika pemandu memandu mengikut undang undang. Mudah sangat. Sama jugak kalau tak mahu dikatakan melakukan sex luar tabii, usah liwat orang. ( Noktah - Tidak perlu sebarang perbahasan ).


Tentangan Awal

Ini isu yang ditimbulkan pada peringkat awal

1. Sistem merampas/menyamun wang rakyat
2. Sistem membebankan rakyat
3. Sistem mengelirukan rakyat
4. Sistem mendera rakyat
5. Sistem yang menipu rakyat

Pada ketika itu RAKYAT nampaknya menjadi sebab utama penentangan. Kenapa? Sebab pada masa itu kita sedang menuju PRU 13. Pembangkang terutamanya mahu dilihat mahu berjuang demi rakyat. Mahfuz SRP antara yang kuat memainkan isu ini.


Kini sekonyong konyongnya

Selepas PRU 13 segalanya senyap dengan banyak penambahbaikan dilaksanakan oleh Kerajaan. Yang betul, betullah. Kerajaan bukan Nabi yang maksum. Tiba tiba sebaik sahaja kerajaan umumkan tiada kenaikan tol pada tahun 2014, isu AES muncul semula dengan rakyat terbanyak bukan lagi menjadi faktor penentangan utama.

Pelbagai isu kronisme, unsur salah guna kuasa dan monopoli lebih dominan sekali ini. Ia barangkali tiada kaitan sama sekali dengan PRK Kajang tetapi ia bakal BESAR kerana ditimbulkan oleh seseorang yang mempunyai pengaruh yang tersendiri.

Hishamuddin Hussein, Pemangku Menteri Pengangkutan

Ada satu sisi lain Hishamuddin yang nampak jelas dan ketara sekarang/ akhir akhir ini. Keberanian mengakui ' wujud kelemahan tertentu ' bila membicarakan nahas Genting sebenarnya menimbulkan sedikit kejutan. Begitu juga apabila memperkatakan tentang pembinaan lapangan terbang yang sedang menunggu masa untuk beroperasi.

Hishamuddin tidak berdalih, berkelang kelok . Hishamuddin jauh lebih berani daripada Anwar Ibrahim yang sentiasa berbohong untuk menghalalkan apa saja yang dilakukannya.

Maka ini harapan aku dan aku percaya harapan rakyat jugak. Kita menunggu penjelasan Hishamuddin selaku Pemangku Menteri Pengangkutan. Tidak dapat tidak segala persoalan ini wajib dijawab kerana kegagalan menjawablah yang mengakibatkan banyak perkara palsu dianggap benar selama ini.

Biar segalanya menjadi jelas kepada rakyat. Rakyat cukup terbuka dan aku yakin bersedia menerima penjelasan. Kita tidak lagi boleh membenarkan pembangkang yang ' membuktikan ' sesuatu sehingga yang tipu akhirnya dianggap benar !



3 comments:

  1. Yang bising bising tu dengki. Kalau orang lain dapat kroni, puak puak dia dapat senyap. Ini semua mainan DAP dan PKR. PAS tukang angguk tukang sorak !

    ReplyDelete
  2. Elok juga dibuat pencerahan supaya rakyat jelas tentang apa yang sebenarnya berlaku dan mengapa ia berlaku demikian

    ReplyDelete
  3. Banyak sangat orang sebut nama Omar Ong. Siapa dia ni? Kenapa dia begitu penting dalam Kerajaan sekarang sehingga nampaknya PM abaikan pandangan ramai demi Omar Ong. Tolong bagi pencerahan sikit...

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...