Boikot Barangan DAP

Boikot Barangan DAP

Saturday 15 February 2014

HISHAMUDDIN GALAKKAN ANAK MUDA RAI 14 FEBRUARI ?


Serius. Ini aku rasa tersentuh. Orang lain bercakap tentang Hari Valentine . Ada orang alim, ustaz ustaz pada masa inilah mengeluarkan fatwa. Haram sambut Hari Kekasih sebab ada kaitan dengan Kristian.

Padahal kenyataan kenyataan ini mempromosi Hari Kekasih. Dalam masa yang sama macam saja jer nak ' retak' dengan Kristian. Tak pasal pasal cari masalah.


Aku sebenarnya terpesona dengan beberapa kenyataan , lihat di bawah...

" Generasi muda perlu didedahkan dengan sejarah penting ini ( perjuangan dan kematian Leftenan Adnan Saidi ) agar mereka insaf dan mengambil iktibar dengan menjadikan 14 Februari  sebagai tarikh untuk dikenang kerana pada tarikh tersebut gugurnya seorang pejuang dan pahlawan tersohor negara dalam mempertahankan tanahair kita ".

Apa yang dilalui ini perlu dipelajari generasi muda kerana dalam landskap yang penuh dengan kemarahan dan kebencian ini, kita berharap insiden dalam sejarah negara ini dapat menyedarkan dan menjadi iktibar kepada kita".

Kenyataan bermakna Datuk Seri Hishamuddin ini dikeluarkan sewaktu beliau dan pegawai tertinggi Angkatan Tentera menghadiri majlis tahlil memperingati Arwah Leftenan Adnan di Memorial Bukit Candu, Singapura tempat arwah gugur sebagai pejuang.

Peristiwa Bukit Candu adalah antara siri peperangan terhebat di antara tentera kita dengan tentera Jepun dalam Perang Dunia Kedua. Ia menjadi bukti semangat juang anak Melayu yang memimpin Rejimen Askar Melayu.

" Kematian Adnan adalah episod perjuangan anak Melayu yang berjiwa cekal serta kental dalam mempertahankan tanahair tercinta dan peristiwa tersebut perlu didedahkan kepada generasi muda agar mereka insaf ".

" Semangat serta perngorbanan ini perlu dikenang dan disemai bukan sahaja dalam kalangan anggota keselamatan tetapi dalam setiap diri generasi muda kerana nikmat kemerdekaan, keamanan dan keharmonian yang kita kecapi hari ini tidak diperolehi dengan cara mudah ". Kata Datuk Seri Hishamuddin...

Aku anggap kenyataan ini amat besar maknanya kepada kita. Dalam keadaan orang leka, lalai tiba tiba kita diingatkan bahawa apa yang kita nikmati hari ini, satu masa dulu dibayar dengan darah dan air mata...


12 comments:

  1. Salam, terbaik bro. Patriotis...

    ReplyDelete
  2. Setuju boss, hebat kenyataan Hisham kali ini. Sangat membina dan memotivasi. Aku harap ada anak anak muda Pakatan baca kenyataan ini. Jangan ingat seronok saja.

    ReplyDelete
  3. Setahu saya kisah Leftenan Adnan ini pernah jadi salah satu tajuk dalam Subjek BM Sekolah Rendah. Sedangkan ia peristiwa besar tentang perjuangan dan pengorbanan Anak Melayu. Bayangkan pada ketika itu telah ada anak Melayu berpangkat besar dalam tentera.Kementerian Pertahanan Mungkin boleh jadikan 14 Februari satu hari penting Askar Melayu.

    ReplyDelete
  4. Sebenarnya Hari Memperingati Kekasih tak ada dalam ajaran Kristianpun. Saja ustaz kita suka kelam kabut. Depa dok fitnah, tanam benci kat orang boleh pulak?

    ReplyDelete
  5. Syabas Hishamuddin. Saya juga membaca berita ini di Utusan Malaysia. Kenyataan beliau amat besar maknanya. Tahniah juga kepada tuan tanah kerana mengambil berita macam ini untuk tatapan pembaca maya. Selalu sangat kita membaca sesuatu yang negatif. Sesekali kita perlukan sesuatu yang positif untuk menyegarkan minda kita.

    ReplyDelete
  6. Perkara begini perlu diketengahkan secara berterusan. Kalau tidak ada orang akan percaya cakap mat sabu, mat indera dikatanya pejuang kemerdekaan

    ReplyDelete
  7. Ini modal besar patutnya. UMNO kena mainkan isu pengorbanan Lt Adnan dan kaitkan dengan perjuangan orang Melayu. Biar Cina komunis tahu makna kemerdekaan Tanah Melayu

    ReplyDelete
  8. Sebelum ini kita jarang menyebut nama pejuang yang gugur. Kita ghairah memuliakan artis. Ini permulaan baik Datuk Seri. Teruskan..

    ReplyDelete
  9. Apa kata kalau tiap tiap tahun diadakan pertandingan ka apa ka ke arah mengenang jasa pahlawan kita dulu. Sajak Esei pantun semua boleh jadi bahan. Libatkan budak sekolah, budak universiti. Sediakan hadiah yang lumayan supaya orang minat nak sertai. Bila depa masuk, depa kena buat selidik sikit. Baru depa tau apa yang sebenarnya berlaku.

    ReplyDelete
  10. Pengajaran sejarah sewajarnya mendedahkan perjuangan orang Melayu supaya kaum pendatang faham dan hormat batasan.

    ReplyDelete
  11. Aku dari dulu lagi rasa UMNO tak guna peluang berkuasa ini untuk buat sesuatu yang baik untuk rakyat. Contohnya bila kita bincang pasal pengorbanan angkatan tentera. Ia langsung tak didedahkan secara bersungguh sungguh kepada budak budak muda supaya mereka celik sejarah. UMNO bagi peluang org lain macam DAP untuk hurai ikut untung mereka.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...