Boikot Barangan DAP

Boikot Barangan DAP

Tuesday 11 February 2014

GAGAL SEBAGAI USTAZ, LELAKI INI BERTUKAR MENJADI ' LEMBUT '..


Datuk Aliff Syukri Kamaruzaman baru berusia 26 tahun tetapi beliau telah menjadi di antara usahawan kecantikan dan kesihatan paling berjaya di Malaysia

Beliau adalah pengasas Produk D' Herbs yang merupakan antara produk paling menonjol sekarang ini. Selepas iklan produknya tersiar di TV, Aliff menerima banyak kecaman kerana ' kelihatan gedik, lembut dan mengada ngada'.

Menurut beliau, itu bukanlah perwatakannya yang sebenar. Beliau adalah lelaki normal sama seperti lelaki lain. Katanya ia dilakonkan begitu sebagai satu cara menarik perhatian penonton.

Bapa kepada tiga anak ini menyatakan, beliau pernah mempromosikan produknya dengan ' kaedah ustaz atau orang tua tetapi ia nyata tidak berkesan.

Sebagai ahli perniagaan, Datuk Aliff telah mempelbagikan cara promosinya dan video klip yang tersiar di TV memang memberikan yang amat memberangsangkan.

Sekarang, setelah menempuh pelbagai cabaran dan rintangan Datuk Aliff dapat membahagiakan isteri dan anak anaknya.

Beliau menyatakan, masa sukar sudah lama berlalu. Sekarang masa untuk menikmati kesenangan hidup !


1 comment:

  1. Omak kau Rozita Sendayu tinggi jangan nak chong orang weh...lancau!

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...