Boikot Barangan DAP
Friday, 15 November 2013
PERTEMUAN SULIT KHAIRY JAMALUDDIN DAN SITI NURHALIZA
Kesudahannya ! Akhirnya !
Sesiapapun rasa bangga bila Khairy tegur mana mana badan sukan ke arah menambah baik pencapaian sukan tersebut. Bolasepak adalah sukan yang rakyat Malaysia suka sangat.
Nampak Menteri serius buat kerja.
Yang orang marah ialah kenapa Khairy hanya tegur FAM, sedangkan semua cabang sukan kita teruk. Yang orang marah ialah cara Khairy tegur seolah olah nak ajak orang sama sama benci Institusi Raja yang alatnya ialah Sultan Pahang , Presiden FAM.
Khairy nak tunjukkan Institusi Raja tidak kebal tapi dia sendiri kebal, tak boleh ditegur. Bila Datuk Jamal Nasir bekas pemain bola tegur dia, dia melenting.
Masalahnya selain Menteri Khairy juga Ketua Pemuda UMNO Malaysia parti yang apa jadipun akan jadi benteng jika Institusi Raja dicabar.
Ini yang Khairy tak faham. Pi lah duduk bincang semeja, berdepan tak payah heboh heboh bagi orang tau.
Akhirnya benda ni dah jadi sensasi. Isu popular. CT Nurhaliza yang kita tahu imej sopannya turut tegur cara Khairy respond Datuk Jamal.
Gamaknya ini yang Khairy nak. Orang sebut nama Khairy selalu. Masuk suratkhabar, blog, facebook. Itu pasal aku buat tajuk macam kat atas tu.
Cuma aku nak bagitau Khairy satu perkara asas. Saudara Khairy adalah MENTERI BELIA DAN SUKAN , BUKAN MENTERI BOLASEPAK. Yang kedua Khairy adalah KETUA PEMUDA UMNO MALAYSIA. Fokus melampau kepada satu cabang kecil ini, aku bimbang akan mengakibatkan Khairy hilang tumpuan kepada beberapa perkara lebih besar, misalnya persiapan menghadapi PRU 14.
Akhirnya nanti Khairy memang popular tapi parti kecundang dalam pilihanraya !
Baca juga di sini...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Inilah penyakitnya kalau kita ghairah sangat. Semua benda nak diredah dengan tujuan nak naik. Apa kesannya tak difikirkan sama sekali.
ReplyDeleteKita harus positif melihat perkembangan ini. Khairy pemimpin muda. Pendekatannya pantas dan jelas. Masa untuk berlemah lembut rasanya dah lepas.
ReplyDeleteYang ditegur tu FAM dan bukan Institusi di Raja Pahang.. Apa masaalahnya? Kalau takut jawatan Presiden FAM di tegur jangan 'duduk' ditampuk FAM. FAM tu persatuan, milih ahli-ahli. Selayaknyalah KJ membalun kerana 'Ahli Kehormat FAM dah tersilap arah. Patuh pada Titah Sultan Yang Memerintah Negeri dan bukan patuh pada 'jawatan Presiden FAM, itukan dua entiti yang berbeza.
ReplyDelete