Boikot Barangan DAP
Thursday, 14 November 2013
LAWAK TAK MASUK AKAL !!
SIGMUND FRUED, BAPA PSIKOLOGI MODEN YANG AMAT TERKENAL DENGAN TEORI PSIKO ANALISA PERNAH MENYATAKAN BAHAWA BERJENAKA DAN KETAWA ADALAH SATU BENTUK TERAPI JIWA YANG BERKESAN.
BAHKAN ISLAM JUGA MENYARANKAN BERGURAU MESRA DENGAN BATASAN TERTENTU SEBAGAI CARA MENGERATKAN SILATURRAHIM.
TAPI KITA TAK BOLEH BAT LAWAK PADA SEMUA TEMPAT PADA SEMUA MASA. NANTI ORANG AKAN KATA KITA BODOH LAH PULAK.
INILAH YANG BERLAKU DALAM DEWAN RAKYAT HARI INI. LAWAK BODOH YANG AMAT MEMALUKAN.
PADA SEBELAH PAGI SEWAKTU USUL MENGGANTUNG N. SURENDRAN MAHU DIBAHASKAN, AHLI PARLIMEN PAKATAN BUAT LAWAK BODOH.
MEREKA MENJERIT, MELOLONG SAMBIL MENGOYAK DAN MENCARIK KERTAS USUL. MAKA SIDANGPUN TERGANGGU .
SEBELAH PETANG PULAK BILA AHLI PARLIMEN PAKATAN NAK BENTANG USUL POTONG ELAUN BEBERAPA ORANG DUTA, AHLI PARLIMEN BN PULAK AMBIL ALIH JADI PAK LAWAK, BADUT.
INI SEMUA TAK BETUL. MEREKA BUKAN DIPILIH UNTUK BUAT LAWAK. PENGUNDI PILIH MEREKA UNTUK MEWAKILI RAKYAT.
DEWAN YANG MULIA INI TELAH DICEMARI DENGAN SIKAP DAN KECENDERUNGAN ' BERMAIN MAIN ' AHLI PARLIMEN.
AKU NAK INGATKAN AHLI PARLIMEN TAK KIRA DARI PARTI MANA, RAKYAT SEBENARNYA MENYAMPAH DENGAN SIKAP MEREKA.
MASA KEMPEN PILIHANRAYA, SELURUH TENAGA DIGERAKKAN SEHINGGA MEREKA MENANG. MALANGNYA SETELAH MEREKA MENANG, MEREKA MAIN MAIN.
MAKNANYA MEREKA KHIANAT KEPERCAYAAN PENGUNDI. ORANG KHIANAT NI, PATUTNYA TIDAK USAH LAGI DIBERI TEMPAT.
BUAT MALU NEGARA JER...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Memang kualiti MP kita amat rendah. Memalukan
ReplyDeleteKadang kadang rasa macam buang masa bermati matian masa pilihanraya. Sape naikpun hasilnya sama. Sampah
ReplyDelete