Boikot Barangan DAP
Friday, 8 November 2013
PERHIMPUNAN UMNO, KE MANA SELEPAS INI !!
Naib Presiden UMNO , DS Hishamuddin Tun Hussein telah mengumumkan bahawa sistem pemilihan parti yang baru dilaksanakan akan diteruskan walaupun di sana sini terdapat banyak kekurangan dan kelemahan.
Aku rasa melalui kaedah baru ini yang melibatkan lebih ramai pemilih berpeluang membuat pilihan, ada beberapa golongan akan mendapat laba yang lebih berbanding orang lain.
Sebagai contoh, Menteri yang menjaga Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung ( JKKK ) akan lebih bernasib baik kerana umumnya JKK juga adalah pemimpin parti peringkat cawangan.
Menteri yang selalu buat kenyataan media kerana rakyat nak tahu isu isu semasa juga mendapat manfaat.
Hishamuddin sendiri sebagai Pengerusi JK yang dipertanggungjawabkan menjayakan transformasi pemilihan parti tidak begitu beruntung kerana sebagai Menteri Pertahanan ada banyak perkara adalah rahsia dan tak boleh didedahkan. Rugilah Hishamuddin dari sudut ini.
Namun hakikatnya UMNO tidak akan bertahan hanya kerana sistem pemilihan tahap satu. UMNO akan bertahan jika seluruh kita sanggup melakukan semakan, kajian dan mengakui kelemahan serta sanggup pula melakukan pembetulan serta merta.DISINI. Pandangan kawan aku ini mungkin dapat dikongsi.
Masa sebenarnya sangat terbatas. Lima tahun amat singkat untuk kita bazirkan. Pilihan tak banyak. Kerja kuat dan menang atau berehat lalu menjadi pembangkang.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Pemimpin berjiwa besar tidak berfikir apa yang baik untuk dirinya tapi apa yang baik untuk agama, bangsa dan tanah air. Parti juga jadi keutamaan
ReplyDeleteSalam ,
ReplyDeleteUMNO kena berubah. Bukan pemimpin saja tapi ahli jugak. Perhimpunan UMNO macam gelanggang raja lawak. tempat buat lawak dan bergelak ketawa. Bangsa lain tengokpun menyampah
Menteri yang gila publisiti ni tak kan lama. Sampai masa bila dah tak ada cerita dia senyaplah, ghuyub
ReplyDeleteUMNO kena tiru DAP. Sekarang ni kita dah tau sape akan jadi Raja DAP selepas Kit Siang. Tak payah peduli apa orang nak kata. Itupun memang hari hari orang balun UMNO. Ahlipun senang nak buat keputusan
ReplyDeleteAhli PAS kritik Presiden mereka dalam muktamar. Tak ada masalah. Ahli UMNO asyik nak bodek, bila dapat buat penambahbaikan?
ReplyDeleteAku setuju. Sebagai menteri pertahanan barangkali x banyak yang boleh dedah utk makluman rakyat, tapi program2 kebajikan anggota tentera, anak2 tentera, isteri mereka dan dll boleh dihebahkan. Depa ni semuanya melayu....buat mcm2 utk kebajikan depa dgn tersendirinya org melayu tau apa hisyam buat. Kementerian pengankutan pun serupa. Penguatkuasa jpj tu tgh dok meroyan semua sb kerja mereka sekarang ni semua spad dah ambik. Moral depa semua very low. Bro hisyam kena do something.
ReplyDelete