Boikot Barangan DAP
Thursday, 28 November 2013
GEMPAR !! ADA YANG MAHU HISHAMUDDIN GANTI NAJIB !!
SERIUS ! WALAUPUN TAK RAMAI TAPI ORANG DAH MULA BERCAKAP. PAGI TADI MASA AKU MINUM MINUM, KAWAN KAWAN TEH TARIK AKU MELONTARKAN PANDANGAN INI.
DS HISHAMUDDIN BERUPAYA GANTI DS NAJIB !
AKUPUN TERKEJUT JUGAK. TAPI MEREKA ADA ASAS YANG KUKUH DAN DAPAT DITERIMA. AKU NAK AJAK KORANG FIKIR SAMALAH.
1. DS HISHAMUDDIN ADALAH NAIB PRESIDEN UMNO PALING AKTIF SETELAH PEMILIHAN SELESAI. PADAHAL BELIAU ADALAH PENYANDANG NAIB PRESIDEN PALING KURANG BERKEMPEN SEMASA TEMPOH KEMPEN BERLANGSUNG.
2. DS HISHAMUDDIN NAMPAK PALING DAPAT DITERIMA OLEH SEMUA KAUM DALAM NEGARA KITA. SETELAH MEMINTA MAAF KERANA PERISTIWA CIUM KERIS,
UMUM MELIHAT DS HISHAMUDDIN SEORANG YANG BERJIWA BESAR ( WALAUPUN ADA DALAM KALANGAN ORANG MELAYU AWALNYA TAK SUKA )
3. DS HISHAMUDDIN SANGAT JELAS ' KEBIJAKSANAANNYA' MENANGANI SESUATU ISU. SEKARANG SEDIKIT SEBANYAK MORAL KAKITANGAN AWAM TERJEJAS APABILA DIKATAKAN ANJING KURAP. SATU MASA DULU DAP HEBOH MENGATAKAN JUMLAH KAKITANGAN AWAM TERLALU RAMAI DAN WAJIB DIKECILKAN.
DALAM KEKECEWAAN INI DS HISHAMUDDIN TAMPIL DENGAN PEMBELAAN TERHADAP WARGA JPJ.
INI PEMIKIRAN KAWAN KAWAN AKU. KATA MEREKA, SEMASA DS NAJIB JADI MENTERI PENDIDIKAN, SEMAKAN GAJI GURU DIBUAT DUA KALI. KEMUDIAN PROFESION PERGURUAN DINAIK TARAF.
SEMASA DS NAJIB JADI MENTERI PERTAHANAN, GAJI DAN ELAUN TENTERA DINAIKKAN. BAHKAN PELBAGAI KEMUDAHAN DISEDIAKAN UNTUK WARIS DAN KELUARGA MEREKA.
SEMUA GURU DAN TENTERA KASIH KEPADA DS NAJIB.
INI MAKSUD KAWAN KAWAN AKU. DS HISHAMUDDIN MESTI AMBIL ALIH PERANAN DS NAJIB MENGANGKAT MARTABAT KAKITANGAN AWAM. BIAR MEREKA RASA SERONOK, RASA BANGGA. PRESTASI KERJA KAKITANGAN AWAM MENINGKAT SEMUA PERKARA AKAN MENINGKAT SAMA.
RAKYAT MENDAPAT FAEDAH BILA PRESTASI INI DAPAT DIPERTINGKATKAN.KESANNYA IMEJ KERAJAAN UMNO/BN JUGA AKAN TERBANGUN DENGAN SENDIRINYA.
MAKNANYA SEBAGAI MENTERI DAN ANTARA PIMPINAN TERTINGGI UMNO/BN DS HISHAMUDDIN BOLEH DIBERIKAN PERANAN KHUSUS MENJAGA KAKITANGAN AWAM DAN KELUARGA MEREKA, SELURUHNYA.
INI YANG DS NAJIB PERNAH BUAT DULU DAN KITA NAMPAK TANDA TANDA DS HISHAMUDDIN BOLEH TERUSKAN.
DAN AKU ( INI AKULAH ) NAMPAK SELEPAS INI, SELEPAS DS NAJIB, DS HISHAMUDDIN BOLEH MEMIKUL AMANAH MEMIMPIN UMNO/BN DAN NEGARA. YA..SATU MASA NANTI..INSYAALLAH.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Saudara, saya selalu percaya bahawa kepimpinan mesti dilatih dan dipersiapkan. Ia tak mungkin terjadi sendiri. Ini kejayaan DAP. Jangan peduli apa orang kata. Benar, selepas Najib Hishamuddin, selepas Hishamuddin Mukhriz dan seterusnya...
ReplyDeleteJika Melayu minta maap dengan Cina kerana cium keris..dia adalah bukan Melayu. tak mustahil dia mampu lakukan lebih dari itu dengan terus menerus menjual maruah Melayu.
ReplyDeleteCina cuma 20 lebih % je..
Anon, dalam konteks negara kita, kerana kita berpecah yang 20% inilah menjadi penentu. Biar mintak maaf. Maruah tergadai jika kita jadi pak turut, maruah tergadai jika kalimah ALLAH jadi pertaruhan...
ReplyDeleteAku setuju juga Hisyam ni kena jadi taiko dari mat2 general kat atm tu.....aku meluat sungguh tgk si mamat PAT tu masa insiden lahad datu dan sampai sekarang ni.....mamat ni mcm gile publisiti sangat. Dia buat press konferen pun aku tengok nak ckp banyak tapi tak tahu hujung butirnya....berbuih buih mulut dah awak tu mcm anak gajah.....tgk pun x lalu.
ReplyDeleteNegara lain kalau PAT mesti slim dan kita tgk pun gerun. Ni kita tgk mcm badut.
Bro Hisyam......lu jgn bagi mamat ni jadi taiko atm le.....lu sendiri nampak lebih panglima dari mamat tu.
Saya tidak mahu bandingkan sesiapa tapi saya setuju jika dikatakan Datuk Seri Hishamuddin lebih 'aktif ' selepas pemilihan UMNO sedangkan kita tahu kempen memburukkannya sangat keterlaluan. Jika ada yang berpandangan ' mintak maaf ' itu lemah saya ingin mengingatkan bahawa mintak maaf dan memberi maaf adalah amalan sunat.
ReplyDeleteKadang kadang kita asyik cakap pasal masa lalu sampai kita abaikan masa kini dan gagal merancang masa depan
ReplyDeleteKita boleh berharap, tapi aku yakin Perhimpunan UMNO akan kekal sebagai medan gelak ketawa !
ReplyDeleteMaaf yer, sebagai ahli UMNO saya sampai sekarang tak nampak dan tak dapat rasa 'hebat' menjadi orang UMNO.
ReplyDeleteAnon 4.21......tepat.
ReplyDeleteAku pun sama pendapat mcm tu. Hapah pun xde masuk umno ni. X rasa hebat pun. X rasa habuk pun.....