Boikot Barangan DAP

Boikot Barangan DAP

Thursday 21 November 2013

PENENTANG DAP TUMBANG DALAM MUKTAMAR PAS !


Aku tak melihatnya sebagai kebetulan. 

Bekas Naib Ketua Pemuda Pas yang dikatakan calon ' pilihan ramai ',
Raja Ahmad Iskandar bin Raja Yaakob tewas mengejut dalam pertandingan satu lawan satu menentang Muhammad Khalil bin Abdul Hadi bagi Jawatan Ketua Dewan Pemuda Pas Malaysia hari ini.

Muhammad Khalil yang juga anak kepada Presiden Pas bukan calon yang dikenali ramai bahkan tidak begitu digalakkan bertanding kerana dibimbangi akan menimbulkan isu nepotisme dalam Pas.

Kawan kawan yang menganalisis berpandangan pertandingan hari ini adalah gambaran keputusan yang akan berlangsung esok.

Hampir pasti, Nik Amar akan tumbang di kaki Mat Sabu esok dalam persaingan merebut jawatan Timbalan Presiden Pas.

Mengapa ? Kebanyakan kawan aku kata, semakin kuat seseorang itu tunjukkan penentangan kepada DAP maka semakin besarlah kemungkinan ia akan kalah.

Inilah nasib Raja Iskandar hari ini dan Nik Amar esok hari !

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...