Boikot Barangan DAP

Boikot Barangan DAP

Sunday 26 July 2015

TS MUHYIDDIN DAH SILAP.


Akupun bukan taksuban DS Najib. Selepas Rasulullah SAW kita semua tahu tiada siapa sempurna. Tapi itu tidak pulak bermakna kita nak biarkan DS Najib bersendirian dalam menghadapi kesukaran kerana dia PM kita, dia Presiden UMNO.

Sebab itu aku tak setuju apabila TS Muhyiddin Yassin kelihatan berbeza sewaktu berucap di Bahagian Cheras semalam. Jadi viral ucapan beliau sebab semacam letakkan masalah 1MDB betul betul atas kepala PM seorang.

Apa maknanya beliau sebagai Timbalan? Tidakkah beliau bercakap perkara ini dalam Mesyuarat Majlis Tertinggi? Kenapa beliau ' berbeza ' dengan beberapa orang peimpin UMNO yang lain. Kenapa beliau bercakap setelah siasatan rasmi bermula? Kenapa beliau merujuk kepada Akhbat The Edge?

Banyak soalan berlegar dalam fikiran aku. Dan aku yakin dalam fikiran orang lain pun. Dan yang paling pasti, ucapan itu telah mencetuskan kegusaran baru dalam kalangan orang UMNO. Lihat contoh kecil di bawah...


Kan ? Kalau TS Muhyiddin sekadar Ketua Bahagian aku tak fikir kesannya besar tapi beliau orang nombor 2. Bila kita bercakap, jangan lupa berjuta orang menilai kita.


9 comments:

  1. bagi aku ...setelah masalah imdb ni selesai...angkat saje hishammudin or zahid or orang yg lebih setiakawan dan boleh dipercayai...jadi tpm...senang cerita amik mustapa muhammad...kerja ok...tak byk masalah.

    ReplyDelete
  2. Sokong Tok Pa..

    ReplyDelete
  3. Masa pa. Lah,tmy juga yg buat komen kat singapura padahal dah setuju dlm mesyuarat MT tak keluarkan aap2 komen.kenapa yer?

    ReplyDelete
  4. Sudah sampai masa Najib ditukar,nak tunggu UMNO masuk kubur ke, Najib adalah pengerusi 1MDB,segala masalah adalah terletak diatas bahunya dan jangan salahkan orang bawahan saja.

    ReplyDelete
  5. Najib oh Najib engko adalah pahlawan bugis yang pengecut,buat salah orang lain pula yang kena. Dan engko buat tak tau pula,

    ReplyDelete
  6. Masalah sebenarnya bukan 1MDB. Masalah UMNO dan Negara sekarang adalah disebabkan oleh seorang tua yang gila. Setelah puas merompak wang rakyat untuk dia dan anaknya, sekarang dia nak rosakkan UMNO dan Negara pula.

    ReplyDelete
  7. Benarlah saranan Raja Petra Kamaruddin (RPK) supaya Najib menggugurkan Muhyiddin dan menggantikan dengan Zahid Hamidi. Nampak seperti RPK ni banyak benda yang dia tahu. Well, time to reshuffle the cabinet. Drop Muhyiddin. Ganti dengan MP Dayak lagi baik. Sekurang-kurangnya mereka setia.

    ReplyDelete
  8. Binawe punya malaun, sudahlah memporak porandakan sistem pendidikan negara. Ada hati pula nak jadi Perdana Menteri. Sudahlah tak payah angan2, cakap Bahasa Inggeris pun tak teruih takut buat malu Malaysia.

    ReplyDelete
  9. Muhyiddin dan Mukhriz adalah barah didalam UMNO seperti yang dikatakan pemimpin UMNO Sabah, perlu dibuang segera sebelum merebak.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...