Boikot Barangan DAP

Boikot Barangan DAP

Sunday 7 June 2015

MENGANGALAH UMNO.

Saya ingin menegaskan di sini bahawa hubungan PAS dengan rakan-rakan Pakatan Rakyat di Selangor  masih berjalan seperti biasa.

Hubungan tersebut sama ada di dalam atau di luar kerajaan mesti diteruskan seperti biasa.

Ahli-ahli PAS di dalam kerajaan mesti terus menjalankan tugas yang diamanahkan kepada mereka.

Semua exco, ahli dewan negeri, ahli majlis, ketua kampung, nazir masjid dan pengerusi surau dan kakitangan-kakitangan sokongan dari PAS mesti bertugas seperti biasa.

Saya harap penjelasan ini dapat menjawab beberapa persoalan yang timbul di Selangor sehubungan usul Dewan Ulama pada muktamar PAS yang baru lalu.

Usul untuk memutuskan hubungan dengan DAP itu belum lagi diluluskan.

PAS Selangor yakin pandangan dan pengalaman kami akan diambil kira sebelum sebarang keputusan dibuat.

Setakat ini Selangor dapat ditadbir dengan cemerlang hasil kerjasama erat kesemua parti-parti Pakatan Rakyat.


ISKANDAR A SAMAD 
Ulasan
Pada aku Muktamar PAS baru baru ini tidak ada makna besar kepada politik negara. UMNO jangan perasan macam ' oklah ' sebab DAP dan PAS dah bercerai. Samada PAS bercerai atau tidak dengan DAP ia tetap mendatangkan masalah kepada UMNO.
Hakikatnya PAS akan tawan undi orang Islam, DAP akan tawan undi bukan Islam. UMNO mengangalah bersukaria.

3 comments:

  1. PAS bernasib baik banyak memperalatkan ISLAM,Tunggulah balasan pada yg tak benar benar ikhlas untuk menjulang ISLAM sebagai tunggak perjuangan PAS

    ReplyDelete
  2. Siapa yg memperalatkan ISLAM ???

    PELEMBAGAAN kebangaan KERAJAAN
    UMNO membentuk Negara.

    Article 11: Perlembagaan Persekutuan menyatakan mana-mana warga negara Malaysia yang telah cukup umur (18tahun) berhak mutlak menukar agamanya. Itulah perlembagaan UMNO (Drangka oleh Lord Reaid –Kafir British) yang memerdekakan orang Melayu tahun 1957.

    Perlembagaan itu lah juga yang menjerut kita sendiri. Adakah anak cucu kita akan selamat dengan perlembagaan itu? Bila berlaku pertembungan antara hukum syara’ dengan undang-undang sivil, undang-undang syara’ akan terbatal.

    Article 4 pula menyatakan: “Mana-mana undang-undang yang bertentangan yang bercanggah dengan perlembagaan ini adalah batal dan tidak sah. Ini termasuklah hukum syara’.

    Maksud agama rasmi kita Islam: adalah acara-acara rasmi hendaklah dibuat mengikut cara Islam.
    Contohnya perlantikan sultan, rasmi parlimen dll. Tak lebih dari itu. Bab kehidupan, politik, ekonomi…. semua tak termasuk.

    Tahun 1997,

    Bila Saari Bustamah mengambil alih jawatan mufti dari Datuk Hashim Yahya, perkara pertama yang disentuh adalah murtad. Menurutnya sehingga Julai 1997, 3,000 orang murtad di KL sahaja.Tahun 1998 saja,516 orang sudah murtadAisyah bukan kes pertama murtad, sebelum ini dah beratus kes timbul tetapi ditutup oleh pihak tertentu.

    Setakat kes Aisyah,

    dah 40 fail murtad dikendalikan oleh saudara kita Zulkifli Nordin. Mengapa kes Aisyah ini kita rasa ralat sangat? Kes ini satu simbol yang tunjukkan pada kita orang Melayu. Sistem pertahanan akidah kita amat rapuh. Akidah kita diserang bertubi dari segala sudut. Yang kita tak nampak dengan menggunakan system perundangan dan kehakiman SK+EKULAR BARAT yang Jelas menolak ISLAm (kafir).

    uNDANG2 Islam hanya digunapakai pada nikah kahwin dan pembahagian harta pusaka .... selebihnya ikut hukum sekular barat yang jelas menolak Islam.

    FIKIR2 KAN LAH MELAYU YG umno .

    ReplyDelete
  3. Heh! Bukan ke PAKATAN memang nak kekalkan perlembagaan?

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...