Boikot Barangan DAP

Boikot Barangan DAP

Saturday 30 May 2015

KITA BUKAN LAGI JAGUH KAMPUNG !

Ucapan ini disampaikan oleh DS Hishammuddin dalam kalangan negara yang terlibat dalam konflik kepentingan. Kita tidak lagi bercakap dalam kerangka sendiri sebaliknya bercakap di tengah tengah medan. Ini kebanggaan bagi kita.
Jangan lagi berasa kita hanya Pak Turut dalam banyak perkara..

SINGAPURA 31 Mei - Menteri Pertahananan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, Malaysia yakin penggubalan kod tata laku (COC) adalah cara terbaik untuk menangani persaingan tuntutan terhadap wilayah perairan di samping menggesa agar rundingan mengenainya dipergiatkan.

Beliau berkata langkah itu perlu diambil bagi mempercepatkan penggubalan satu COC berkesan untuk menjadi alat utama dalam memastikan laluan laut utama dapat diurus dengan sewajarnya.

Beliau juga memberi amaran bahawa isu laut China Selatan boleh mencetuskan konflik paling berbahaya dalam sejarah dan oleh itu menggesa pihak yang membuat tuntutan supaya mengelak daripada mengambil tindakan yang boleh menimbulkan ketegangan atau keburukan.

Sambil menyifatkan isu itu seperti ‘bangkai gajah yang tidak boleh ditutup dengan nyiru’, Hishammuddin berkata: “Isu Laut China Selatan adalah satu masalah lama.

“Ia melibatkan maruah serta ‘air muka’ negara terbabit. Jika kita tidak berhati-hati, ia pasti boleh bertukar menjadi antara konflik paling berbahaya pada zaman kita, kalau pun bukan dalam sejarah.”

Hishammuddin berkata demikian ketika berucap pada Dialog Shangri-La Sidang Kemuncak Keselamatan Asia IISS ke-14 – Sidang Pleno Ketiga bertajuk Mencegah Peningkatan Konflik, di sini hari ini.

Menurut beliau, Malaysia amat menyedari kepentingan yang menjadi rebutan di Laut China Selatan.

“Sebab itulah kami sentiasa menganjurkan agar diplomasi diberi keutamaan dalam menangani pertikaian ini.

“Seperti yang dinyatakan dengan tepat oleh Menteri Pertahanan Indonesia Jen (B) Ryamizard Ryacudu pada sesi sebelum ini, mekanisme dan amalan ASEAN adalah bertujuan menggalakkan dialog secara aman diadakan.

“Sesuatu resolusi keamanan perlu diterima semua negara terb bit dan ASEAN perlu dikekalkan sebagai prinsipnya dan sebagai satu-satunya forum bagi negara Asia Tenggara untuk mencari sesuatu penyelesaian,” katanya.

Ketika menegaskan bahawa dialog dan kerjasama rapat antara negara adalah sangat penting, Hishammuddin berkata terdapat banyak contoh bagaimana rundingan mengenai kawasan yang menjadi pertikaian boleh diselesaikan tanpa campur tangan ketenteraan.

Beliau menyebut tentang pertikaian antara Malaysia dan Indonesia berhubung kepulauan Sipadan dan Ligitan yang berjaya diselesaikan secara baik di Mahkamah Keadilan Antarabangsa.

Katanya lagi, pertikaian antara Malaysia dan Singapura berhubung Pulau Batu Putih juga diselesaikan melalui kaedah serupa dan ini menunjukkan bahawa diplomasi dan pematuhan terhadap undang-undang antarabangsa boleh dan perlu dipelihara.

Hishammuddin seterusnya berkata: “Kita perlu berwaspada dengan kejadian yang tidak dijangka atau yang berlaku dengan tiba-tiba di perairan berkenaan.

“Seperti yang sering saya tegaskan, retorik berapi-api dan perbuatan saling melemparkan tuduhan, tidak akan membawa kebaikan kepada mana-mana negara.

“Isu ini memerlukan satu resolusi yang dipacu oleh sikap saling menghormati dan saling mempercayai. Ia akan memakan masa, tetapi saya yakin bahawa berkat kesabaran, kebijaksanaan dan kekentalan semangat kita bersama, kita boleh maju ke hadapan.”

Hishammuddin berkata semua negara bebas untuk bertindak di kawasan kedaulatan masing-masing seperti yang mereka rasakan wajar, tetapi mereka juga patut sedar tentang akibat dan kesan daripada tingkah laku mereka.

“Kita bertanggungjawab memelihara keamanan dan kestabilan, bukan sahaja untuk kita pada hari ini, tetapi juga untuk generasi akan datang,” katanya.RN




6 comments:

  1. Ucapan yang padat dan jelas. DS Hishammuddin memang mempunyai keupayaan diplomatik yang tinggi.

    ReplyDelete
  2. Sudah sampai masa Malaysia mendahului dalam isu antarabangsa. Kita pernah jadi pengikut sekarang kita yg jadi pemimpin

    ReplyDelete
  3. Setuju sangat. Apa yang kita buat hari ini bukan hanya untuk kita tapi anak cucu kita jugak

    ReplyDelete
  4. Benar. Isu yang melibatkan maruah dan air.muka boleh mencetuskan polemik dan pertelingkahan

    ReplyDelete
  5. Kita pernah terperangkap dalam mainan Singapura. Walaupun perlu bersangka baik namun langkah berhati hati juga perlu bagi mengelakkan pisang berbuah dua kali.

    ReplyDelete
  6. Mana dia DS Hishammuddin bila PRC melakukan latihan 80km dari Sibu, Sarawak. Sekarang Malaysia dalam delima sokong PRC - Malaysia Trade naik, hilang kawan dalam ASEAN. Sokong USA, dapat kawan hilang trade dengan China merudum....

    Cara diplomacy DS Hishammuddin lebih ke BARAT atau lebih berat USA, boleh kata Malaysia kerap mengadakan latihan tentera dengan US.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...