Boikot Barangan DAP

Boikot Barangan DAP

Friday 13 December 2013

ZAHID DAH DAPAT APA DIA NAK, UMNO ?


Berita muka hadapan Utusan Malaysia hari ini, terpantak ' Saya tak gentar- Zahid '. Ada nota kecil sebagai sokongan...

1. Sedia hadapi Mat Sabu di mahkamah

2. Mahu dedah lebih banyak maklumat


Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi tidak gentar dengan tindakan undang undang yang mahu diambil oleh Mat Sabu ke atasnya berikutan pendedahan yang dilakukan terhadap tokoh berkenaan.

" Saya tahu kebenaran mengenai pendedahan ini( syiah ). Mat Sabu juga tahu kebenarannya dan begitu juga dengan pemimpin PAS yang lain ,"Kata Zahid.

Aku merahkan ' pendedahan ' kerana pada pendapat aku tiada pendedahanpun dalam 10 perkara yang dilaporkan. Ini percakapan umum sejak sekian lama.

Zahid dah capai matlamat dia. Sekarang dia lebih popular daripada tokoh tokoh lain termasuk Muhyiddin. Popular dalam UMNO. 

Tapi adakah pendedahan ini dan pendedahan lain yang berkaitan dengannya menguntungkan UMNO ? Pada aku tiada apa apa untungnya kepada parti.

Sebelum PRU 12, UMNO mendedahkan terlalu banyak ' perkara ' berkaitan Anwar, banyak sangat. Aku fikir pada masa itu, ' habislah Nuar'.

UMNO tidak belajar. Sebelum PRU 13, banyak juga pendedahan. Tak cukup dengan UMNO, NGO pun tolong dedah.

Hebatkah UMNO pada PRU 12 dan PRU 13? Tidak. Bukan itu cara untuk menangkan parti dalam pilihanraya. UMNO kena fokus kepada pengundi.

Dah betullah UMNO kena merasai denyut nadi rakyat. Betul sangat, tapi UMNO tak buat itu. UMNO harap ia akan menang bila pembangkang bermasalah.

Hakikatnya UMNO pernah silap menjangka. Kali ini aku nampak UMNO nak ulang kesilapannya. UMNO terpesona dengan isu sehingga banyak masa dihabiskan untuk itu.

Zahid dah menang Naib Presiden dengan undi tertinggi. Cukuplah. Jawatan Naib tu tanggungjawab utamanya ialah ' popularkan'parti di hati rakyat. Ini perlukan usaha.

Izinkan aku bertanya, dah bermulakah usaha itu ?





7 comments:

  1. Aku setuju sangat dgn salatusSALATIN ni. Kenapa didedahkan dlm media arus perdana mcm ni? Kan ke bodoh namenya. Org mcm ni nak jadi Perdana Menteri. Pergi mampuss le......dah ada dulu sorang tukang canang Mr. Clean Mr Popular jadi PM, abis jahanam negara. Ni nak pilih Zahid ni pulak. Lagi jahanam le.....Malaysia bawah Najib ni pun dah nazak, agaknye kalau pilih Zahid Populist ni jadi PM, mampuih terus le gamaknye Malaysia ni.
    Gila babi sungguh si naib presiden umno populist ni......hang dok pi canang dlm surat khabar buat apa. Siasat dan lepas tu tanhkap je le Mat Sabu Syiah tu. Pas tu baru le canang dlm surat khabar. Bodoh bingai betul. Zahid ni aku nak cadangkan suruh dia masuk je maharaja lawak super tu.....konfom popular. Pemimpin umno bertaraf naib presiden bingai......habis semua ahli ahli umno marhain mcm aku ni pun ikut jadi bingai.

    ReplyDelete
  2. Hahahaha........Perdana Menteri Takut Bini, Naib Presiden Bingai, Kerajaan Korup. Tu pun hampa semua dok pangkah BN lagi. HAMPA SEMUA LE YANG BINGAI.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cantiknya ayat. Siapa mengajar kamu buat ayat macam ini? Makbapak kamu ke?

      Delete
  3. Bro,
    UMNO is barking up the wrong tree. And now our KDN boss is also barking at the wrong tree. This Mat Sabu syiah thing is stupid crusade

    The drop in UMNO's popularity has nothing to do with religion. The drop in popularity is because of the endemic corruption and UMNO's complete blurriness about the well being of urban dwellers, especially Malay urban dwellers who now outnumber Malays in the rural areas. 

    UMNO seems to have no idea what the urban Malays need to survive in the increasingly stressed urban environments.

    ReplyDelete
  4. Anon 2030, Nak serah Pakatan. Kaki Jubuq, kaki rembat bini orang. Oooo patutlah boleh balun Che Mah, nikah sendiri kot! Kah kah kah..

    ReplyDelete
  5. Sebenarnya banyak kerja yang patut dilakukan oleh UMNO. Setakat mendedahkan keburukan pembangkang tidak banyak membantu kejayaan parti.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...