Boikot Barangan DAP

Boikot Barangan DAP

Thursday 26 December 2013

NOTA TERBUKA KEPADA KHAIRY JAMALUDDIN...


Aku membuat catatan ini dengan kepercayaan bahawa amat sukar untuk berjumpa bersemuka dengan Khairy Jamaluddin, Ketua Pemuda UMNO dan Menteri Belia dan Sukan Malaysia.

Aku nampak Khairy sangat aktif sebagai Menteri dan agak perlahan sebagai Ketua Pemuda UMNO. Kerja kerajaan nampaknya telah menghalang Khairy daripada melaksanakan kerja kepartian dengan berkesan.

Akhir akhir ini ada kecenderungan Pemuda UMNO satu negara untuk membuat laporan polis. Hampir setiap hari ada sahaja laporan dibuat oleh Pemuda UMNO .
Paling rajin Pemuda UMNO Bahagian dalam Negeri Selangor dan Pulau Pinang.

Aku ingin menyarankan Pemuda UMNO agar lebih pro aktif. Kalau kita tengok ada banyak gerakan ( Bersih/ TURUN ) digerakkan oleh anak anak muda yang condong kepada pembangkang.

Pemuda UMNO tidak cukup sekadar bersembunyi di belakang Polis. Pemuda UMNO WAJIB turun bertemu anak muda. Beri mereka penerangan, ajak mereka bersama
memperjuangkan nasib Orang Melayu khasnya anak muda dengan kaedah yang betul.

Pemuda UMNO setakat ini berada dalam kelompok sendiri. Tidak melata, tidak berakar umbi. Aku tengok program pembangkang di kampung kampung, penuh anak muda. Mana program Pemuda UMNO ?

Pembangkang sangat 'empati' . Mereka masuk ke dalam diri anak muda di kampung kampung. Tak tau betul atau tidak, mereka seakan akan merasai kesukaran anak muda. Ini politik dan mereka berjaya.

Aku mintak maaf Khairy, aku rasa setakat ini Pemuda UMNO telah gagal !


4 comments:

  1. Pemuda hanya hebat masa pemilihan parti. Dah menang pakat tidur. Inilah wajah sebenar pemimpoin masa depan kita

    ReplyDelete
  2. Salam Saudara Blogger yg hebat,

    Pohon link kan pautan ni untuk dikongsi dalam blog sahabat.

    http://mediagagak.blogspot.com/

    Terima Kasih

    ReplyDelete
  3. #lifestyle maaa.... Kena jumpa cigar meeting apa kejadah duly.

    ReplyDelete
  4. Salam Saudara, Blog saudara telah saya pautkan. Mohon dipautkan kembali. Terima kasih..

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...