Boikot Barangan DAP

Boikot Barangan DAP

Monday 8 December 2014

UMNO PUN TAK MAMPU SELAMATKAN MELAYU..


Sebenarnya adalah sesuatu yang berani untuk mengatakan hanya UMNO mampu selamatkan Melayu. Tetapi itulah yang dikatakan oleh Naib Presiden UMNO, DS Hishammuddin Hussein sewaktu berucap di Perhimpunan Agung UMNO baru baru ini.



Aku tak pertikai apa yang telah UMNO lakukan pada masa lalu. Cuma aku bimbang perkembangan semasa yang nyata berbeza. Pertamanya UMNO sendiri aku nampak macam tak berapa nak bersungguh dalam membangunkan diri.

Sebelum ini mungkin boleh berdalih pemimpin tak turun ke bawah. Sekarang pemimpin dah ke bawah sangat sangat dah. Kata pemimpin terlalu berlembut dan terbuka, kita dah nampak ketegasan pemimpin kita.

PAU 2014 baru baru ini sangat terbuka, jelas dan tanpa selindung. Akar umbi diberikan ruang yang secukupnya untuk bercakap dan pemimpin jugak bercakap terus terang.

Tapi akhirnya angka yang jadi penentu. UMNO hanya boleh selamatkan orang Melayu jika menang PRU. UMNO hanya akan menang PRU jika berjaya menawan lebih ramai pengundi. Inilah yang rasa belum dilakukan oleh UMNO.

Setakat ini aku rasa, UMNO belum ada kerangka kerja yang benar benar berkesan selain rasa bimbang dan cemas. Maknanya jika ini berlarutan, UMNOpun tak akan mampu menolong Melayu.

8 comments:

  1. UMNO jauh ketinggalan banding DAP. Macam mana nak selamatkan Melayu?

    ReplyDelete
  2. DS Hisham dan pimpinan yang lain nampak bersungguh sungguh mahu UMNO kuat. Akar umbi yang saya dapati membeku.

    ReplyDelete
  3. UMNO langsung tak bergerak. Di tempat saya UMNO mesyuarat setahun sekali.

    ReplyDelete
  4. Gerakan ini mesti distruktur dengan jelas. Kalau perlu peruntukan, wujudkan peruntukan. Kalau sekadar berteori sampai bilapun tak menjadi. Saya cadangkan DS Hishammuddin mengetuainya setelah dilihat kemampuannya yang lalu.

    ReplyDelete
  5. Umno kena mula. Dah jadi Penang tak guna dah..

    ReplyDelete
  6. Sebenarnya ramai yang bercakap. Yang kerja kurang. Kena susun bro, baru boleh sembang.

    ReplyDelete
  7. Ideologi parti politik di Malaysia
    1)Dap- sosial demokratik
    2)Pkr-sosial libreal
    3)Pas-lslam
    Ketiga2 parti berusaha membawa abu Ching Peng yang berfahaman komunis.Mengikut sejarah dunia, kefahaman ideologi politik ketamadunan manusia telah lama berlangsung, mengikut corak ideologi kepartian dlm aktiviti ekonomi mereka.Dari sistem komunis yang gagal, beralih kpd kapitalis yang mengalami krisis ekonomi yang teruk, lantas berubah kpd ideologi sosialis yang hanya sementara atas faktor anti kpd pemodal dan beralih semula kepada kapitalis sehingga kini, yang nampak ada penghujungnya.Perjuangan parti pembangkang utk membela nasib rakyat berteraskan kpd ideologi yang mana satu sosialis,liberal,atau komunis.Ideologi Islam adalah amat bertepatan dlm konsep khalifah&syariah Islam yang di sebut2 sebagai keadilan sosial utk semua kaum dan agama.

    ReplyDelete
  8. Kenapa kau orang susah hati sangat. Nanti Najib tambah nilai BRIM dan tambahkan bilangan penerima BRIM (contoh: dengan menaikkan had pendapatan keluarga ke RM6,000.00) maka berduyun-duyunlah orang menyokong BN. Pengundi cuma nak tau apa dia boleh dapat jika kamu memerintah. Kalau asyik dok kempen pun buat habis air liur saja. Bagi duit kat UMNO pun, UMNO sapu kat depa saja. Lagipun, berpandukan prestasi 2 pilihanraya kecil terakhir, BN merampas kerusi Parlimen Teluk Intan dan menambah majoriti di Pengkalan Kubor. Aku tak faham mengapa kau orang risau sangat. Rileks brader. Brader rileks. Pasal pendaftaran pengundi dengan SPR, tak payah susah2, Najib laksanakan terus automatic registration, biar usaha puak2 DAP tu sia-sia saja. Ramai penyokong kerajaan ni malas nak berdaftar, mereka berada dalam zone selesa. Cakap berdegar-degar (macam kawan2 aku) tapi bila nak mengundi nama tak ada.

    Lagi satu, aku nasihatkan kepada pemimpin2 UMNO terutamanya ADUN agar paksakan diri untuk hadir ke semua majlis kenduri dalam kawasan DUN depa, tak makan pun tak pa tapi yang penting bagi duit sikit (RM50 ke RM100 ke). UMNO kena bagi budget kat ADUN untuk tujuan ini. Baru lah orang tak cakap ADUN cuma turun 5 tahun sekali saja.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...