Boikot Barangan DAP

Boikot Barangan DAP

Tuesday 25 November 2014

PANTAS DAN TANGKAS !

KUALA LUMPUR 26 Nov - Pembentangan Kertas Putih 'Ke Arah Menangani Ancaman Kumpulan IS' oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak di Dewan Rakyat pagi tadi merupakan satu tindakan tepat.
Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, ia sekaligus dapat membendung kegiatan berunsur keganasan membabitkan fenomena global.

"Kertas Putih yang dibentangkan ini bagi saya cukup tepat kerana kita di peringkat Kementerian Pertahanan dan Angkatan Tentera (ATM) telah memantau secara dekat perkembangan dan fenomena tersebut.
Ini merupakan satu fenomena baharu, tidak boleh disamakan dengan ancaman pengganas terdahulu seperti Jemaah Islamiah (J.I), Al Qaeda dan sebagainya." katanya kepada pemberita dalam sidang media di lobi Parlimen hari ini.
Tambah Hishammuddin, kegiatan IS yang dilakukan atas nama Islam merupakan pendekatan yang bertujuan memperkenalkan keganasan.
"Penyembelihan dan pembunuhan beramai-ramai tanpa belas kasihan yang ditunjukkan di media sosial mempunyai tujuan tertentu. Perpecahan dengan menggunakan agama yang mengetengah keganasan merupakan fenomena global," tegas beliau.

Dalam perkembangan sama, Hishammuddin turut memberitahu bahawa perbincangan bersama rakan-rakan sejawatan dari negara lain telah diadakan dalam usaha perkongsian maklumat serta risikan.
"Ini juga merupakan ancaman kepada nilai-nilai sejagat. Sebagai muslim, ia mencemarkan imej dan kesucian Islam., Jika tidak dibendung, dunia akan melihat Islam sebagai agama yang ganas dan songsang," ujar beliau.
Terdahulu, Perdana Menteri ketika membentangkan Kertas Putih di Dewan Rakyat berkata, gerakan ekstremis IS ternyata bertentangan dengan ajaran Islam dan Perlembagaan negara. 
Justeru itu kerajaan menggerakkan semua usaha untuk membendung ancaman tersebut.

5 comments:

  1. Ini perkara berkaitan pemikiran. Kita perlu halang rakyat daripada diracuni pemikiran mereka.

    ReplyDelete
  2. Eloklah segera didedahkan perkara ini. Kita bimbang ini jugak mainan Yahudi.

    ReplyDelete
  3. Islam agama Allah. Tak mungkin Agama Suci ini menggalakkan kezaliman. Persepsi tentang jihad juga mesti diperbetulkan.

    ReplyDelete
  4. Aku nak sangat dengan PAS bahas perkara ini. Kita tunggulah.

    ReplyDelete
  5. Langkah ini patut disokong. Kita tak boleh biarkan keganasan menular dalam negara kita.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...