Boikot Barangan DAP

Boikot Barangan DAP

Tuesday, 4 November 2014

CADANGAN / CABARAN KEPADA MENTERI PERTAHANAN !

TNI paksa jet komersial Arab Saudi mendarat


Agensi - SEJUMLAH 13 orang penumpang termasuk enam anak kapal dari sebuah pesawat milik penerbangan Arab Saudi diarahkan mendarat oleh dua jet tentera Sukhoi SU-27/30MKI Flankers milik Indonesia selepas didapati melalui ruang udara negara itu tanpa keizinan pihak berkuasa.


KUPANG, Indonesia – Sebuah pesawat komersial jenis Gulf Stream HZ-103 milik Penerbangan Arab Saudi dipaksa mendarat di Lapangan Terbang Bandara El Tari di sini, dalam wilayah Nusa Tenggara Timur selepas dipintas dua jet Sukhoi SU-27 Flankers milik Tentera Nasional Indonesia (TNI) kelmarin.
Pesawat Arab Saudi itu yang membawa 13 orang termasuk enam anak kapal diarahkan mendarat selepas ia dikesan memasuki ruang udara Kupang tanpa kebenaran pihak berkuasa Indonesia.
Seorang pegawai tentera Indonesia, Andi Wijaya memberitahu portal berita Kompas.com, bahawa pesawat itu dan semua penumpang serta kru ditahan untuk seketika sebelum dibebaskan.
“Pesawat itu dipaksa melakukan pendaratan oleh dua jet pejuang Sukhoi SU-27 yang berlepas dari Makassar,” kata Andi dalam satu kenyataan.
Menurut Andi lagi, jet tersebut diarahkan mendarat kerana menceroboh ruang udara Indonesia semasa dalam penerba­ngan menuju ke Australia.
Terdahulu, pesawat tersebut dilaporkan telah berada di Singapura selama dua hari sebelum berlepas ke Australia.
Jet Gulf Stream itu dibenarkan meneruskan penerbangan ke Australia selepas pihak Arab Saudi membayar denda berjumlah 60 juta rupiah (RM16,488) dan melengkapkan dokumen keizinan melalui ruang udara Indonesia. – Agensi

Ulasan

Aku dah baca pasal TNI paksa pesawat asing mendarat banyak kali dah. bangga oo..
Cuma di negara kita aku dengar banyak kali perairan kita, ruang udara kita diceroboh oleh negara asing khasnya Singapura.

Aku nak cadangkan kepada Menteri Pertahanan untuk keluarkan arahan kepada ATM. Mana mana pihak yang menceroboh hak kita, tahan dan paksa mendarat atau berlabuh. Kitapun bukan lekeh sangat aku rasa.

Kita ada aset ketenteraan yang canggih, kita dah berjaya jalin hubungan ketenteraan dengan negara kuasa besar dunia. Kita ada back up yang cukup kuat.

Selepas MH 370 kita tahu dah banyak usaha Kementerian Pertahanan untuk up grade kita punya kemampuan ketenteraan. Apa lagi ? Sesekali kita kena tunjuk jugak kekuatan kita..

9 comments:

  1. Yang diperlukan bukan sekadar aset, tapi keberanian.

    ReplyDelete
  2. Ini patut dicadangkan dalam perhimpunan umno.

    ReplyDelete
  3. Kena tunjukkan sekali, baru orang hormat kita.

    ReplyDelete
  4. ATM ini patuh arahan. Kalau Kerajaan arahkan aku yakin mereka akan laksanakan

    ReplyDelete
  5. Datuk Hishammuddin nak nampakkah kesungguhan dalam isu keselamatan. Ini jugak soal keselamatan. Saya setuju jika penceroboh ditahan.

    ReplyDelete
  6. SAKSIKAN DATUK HISHAMMUDDIN MALAM INI DI TV 3 JAM 11.00 MALAM.

    ReplyDelete
  7. Ruang udara Negeri Johor selalu tetapi apa kerajaan buat? diplomasi... tak habis2 diplomasi cuba kita kuatkan kuasa macamna indon buat tak boleh ka? ini bukan salah TUDM tapi salah pada kerajaan! kenapa takut sangat dengan singapork? tak fahamlah...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Setuju. Dah sampai masa. Menteri dan kerajaan kena bertegas. Tanah air kita, nak takut apa?

      Delete
  8. Cakap senanglah. nak kelahi mudah, bila dah kelahi nak jadi apa. Kena pikiaq anak cucu sama bro..

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...