Boikot Barangan DAP

Boikot Barangan DAP

Sunday 16 November 2014

IS KE PARLIMEN.

MELAKA, 15 Nov - Satu kertas putih mengenai ancaman kumpulan militan yang digelar IS akan dibentang di Parlimen dalam masa terdekat.

Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata langkah itu merupakan pendekatan proaktif kerajaan dalam membanteras penularan IS di negara ini selain memastikan pihak keselamatan mempunyai segala apa yang diperlukan untuk mempertahankan keselamatan negara.

Katanya Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dijangka membentangkan kertas putih itu yang dihasilkan melalui kerjasama pelbagai pihak seperti Kementerian Pertahanan, Kementerian Dalam Negeri dan agensi risikan negara.

"Ini (ancaman IS) bukan satu perkara yang belum kita lalui sebelum ini tapi ancamannya baharu...players, actorsnya baharu dan mereka menggunakan media sosial selain mempunyai banyak sumber kewangan," katanya kepada pemberita di sini, Sabtu.

Terdahulu, Hishammuddin dianugerahkan Darjah Gemilang Seri Melaka (DGSM) yang membawa gelaran Datuk Wira dalam Istiadat Penganugerahan Darjah, Tauliah, Bintang dan Pingat Kebesaran Negeri Melaka Sempena Hari Jadi Ke-76 Yang Dipertua Negeri Melaka Tun Mohd Khalil Yaakob di Dewan Seri Negeri, Ayer Keroh di sini.

Hishammuddin berkata kumpulan militan IS juga melihat sesiapa sahaja yang tidak bersama mereka sebagai musuh dan sehubungan itu kerajaan perlu memikirkan cara bagaimana hendak berdepan dengan kumpulan itu yang dilihat cukup kompleks.

"Saya ingin maklumkan kepada orang ramai bahawa ancaman IS ini merupakan sesuatu yang kita bukan boleh ambil mudah, kebelakangan ini saya telah berbincang dengan ramai pemimpin antarabangsa dan serantau bagi menangani ancaman ini," katanya.

Ulasan


Akupun mula fikir apa yang nak kelam kabut sebab IS ni fokusnya di Asia Barat tapi bila Kerajaan dedahkan 39 orang telah dikenalpasti sebagai anggota IS dan mereka telah berjaya menyebarkan dakyah kepada rakyat aku rasa ini benda besar.


Pengalaman pencerobohan Lahat Datu mengajar kita. Penceroboh menceroboh dari luar dan di dalam mereka telah ada orang yang menyokong mereka. Ini menyukarkan pihak keselamatan kita untuk bertindak dengan segera.


Kemudian aku dapati jugak, orang Islam ni dah cukup pecah belah dah. Semua benda nak berbeza. Majlis Fatwa kata tidak syahid, ada pulak orang kata syahid. Pas pecat ahlinya yang menyertai IS tapi tetap jugak ustaz ustaz menyemarakkan ' jihad dan syahid ' walaupun tidak kaitkan dengan IS.


Aku rasa kali ini Kerajaan khasnya Menteri Pertahanan bertindak betul. Apa jua ancaman kepada keselamatan dan kesejahteraan rakyat harus segera dibendung...


10 comments:

  1. Saya rasa banyak ancaman sedang menunggu kita. Luar dan dalam. Saya harap kerajaan benar benar serius menghadapi perkara ini.

    ReplyDelete
  2. Org Islam mmg mudah kena tipu. Masalahnya tak mau berfikir. Akhirnya menyesal.

    ReplyDelete
  3. Tunggulah. Benda inipun akan jadi bahan politik pembangkang.

    ReplyDelete
  4. Teruskan datuk seri. Kalau dibiarkan hancur negara kita sudahnya. jangan pikir apa orang kata sebab kerja kerajaan jaga keselamatan rakyat.

    ReplyDelete
  5. Harapan kita pembentangan kertas puteh ini akan memberikan pencerahan kepada Umat Islam. Cina India aku nampak tak ghairah benda benda macam ini. Mereka mengecap kemakmuran, orang kita buat kerja bukan bukan.

    ReplyDelete
  6. Hisham ni bagus buat kerja aku rasa. Macam macam dia buat untuk negara tapi untuk politik dia aku ingat dia tak buat apa apalah, Kena jaga politik jugak Hisham, nanti orang pintas.

    ReplyDelete
  7. Sesuatu yang malang jika kita terlambat dalam bertindak. IS adalah satu ancaman besar. Jom kita sokong apa saja langkah keselamatan yang kerajaan laksanakan.

    ReplyDelete
  8. Aku bimbangpun ada. Asyik dengan IS lah pengganaslah, kerja UMNO tertinggal.

    ReplyDelete
  9. Entah entah IS ni ada kaitan dengan pembangkang tak?

    ReplyDelete
  10. Lepas satu satu orang islam ni. kira nak berkelahi je

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...