KUANTAN - Seorang penternak mengaku tidak bersalah dan dikenakan ikat jamin RM10,000 di Mahkamah Seksyen, dekat sini, semalam atas tuduhan melakukan persetubuhan luar tabii, dua minggu lepas.
Tertuduh yang berusia 42 tahun didakwa melakukan kesalahan tersebut tanpa kerelaan seorang remaja lelaki berusia 15 tahun di dalam rumah kediamannya di Padang Jepun, Kampung Jaya Gading, lebih kurang jam 1 pagi hingga 8 pagi pada 8 September lepas.
Mengikut kertas pertubuhan, tertuduh didapati dengan sengaja melakukan kesalahan tersebut.
Hakim, Datuk Zainal Abidin Zainudin membenarkan tertuduh diikat jamin.
Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya, Wahidah Zainal Abidin telah menawarkan jaminan sebanyak RM10,000 dengan seorang penjamin.
-Sinar Harian
Ulasan
Aku sekadar melontarkan pandangan. Beberapa hari lagi kes liwat Anwar terhadap Saiful akan disebut semula. Aku nak rayu mahkamah agar buat keputusan supaya perbicaraan disiarkan secara tertutup. Aku rasa sejak kes Anwar Ibrahim dulu, dah begitu banyak kes liwat berlaku.
Orang tak tau apa benda LIWAT tu ? Akhirnya jadi tau. Bila dah tau nak cuba walaupun benda tu luar tabii. Macam dadah. Ramai penagih mulanya nak cuba dan jadi penagih.
Aku cadangkan tak usah bagi publisiti langsung. Biar ia berlangsung tanpa sebarang heboh heboh. Kemudian Kerajaan kena buat sesuatu agar perlakuan luar tabii ini dapat diminimakan.
Boikot Barangan DAP
Monday, 13 October 2014
INI PERKARA BESAR !
Kalau korang perasan, akhir akhir ini Menteri Pertahanan kerap mengeluarkan kenyataan berkaitan militan dan aktiviti keganasan dan pengganas.
Ada kawan bagitau aku, pemimpin pembangkang sinis dengan perkara ini dan mengatakan Hishammuddin hanya mahu menakut nakutkan rakyat yang kesan akhirnya rakyat akan terus bersama UMNO/BN.
Aku tak fikir ini isu politik popular atau politik kepartian. Ini isu keselamatan rakyat dan negara. Laporan media menyatakan setakat ini 22 orang rakyat kita ( termasuk 3 wanita ) telah pergi ke Syria. 23 orang berjaya dihalang daripada pergi dan ditahan sewaktu bersedia untuk menaiki kapal terbang.
Lebih aku bimbang apabila Bukit Aman mengesahkan ada pihak menghasut pelajar sekolah dan Institusi Pengajian tinggi untuk menyertai pergerakan militan ini.
Ini baru cerita rakyat kita yang nak join pengganas. Kita tak tau apa pulak perancangan macam macam kumpulan ini untuk menceroboh negara kita atas nama Islam.
Di luar sebarang kecenderungan politik, aku harap Kerajaan benar benar serius menangani ancaman ini. Belum kena kaum keluarga kita, kita rasa macam ' tak ada apa apa ', tapi dah ada ibu bapa menangis kerana anak gadis mereka lari menyertai militan.
Keyakinan aku tak pernah berubah, perang tidak akan membawa kebahagiaan.

Saturday, 11 October 2014
Friday, 10 October 2014
PAKATAN SAKIT HATI BACA NIH !
KUALA LUMPUR, 9 Okt - Malaysia perlu memperkukuhkan perancangan, kerjasama, eksesais serta perkongsian risikan bersama anggota Asean secara proaktif, bersesuaian dengan peranannya selaku pengerusi Asean mulai 2015.
Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata landskap dunia tanpa sempadan kini menuntut semua negara bekerjasama dalam menangani isu-isu keselamatan.
"Landskap keselamatan, ketenteraan global hari ini menuntut kita di Malaysia tidak boleh wujud dalam suasana keseorangan. Dunia tanpa sempadan boleh membawa ancaman kepada negara berdaulat dan merdeka yang menuntut kita untuk bekerjasama rapat dengan semua pihak berkepentingan.
"Yang penting isu kerjasama rapat ini tidak dipolemikkan, dipolitikkan serta disensasikan sehingga boleh menjejaskan persepsi orang ramai," katanya pada sidang media di lobi Parlimen di sini, Khamis.
Beliau berkata tanpa kerjasama itu, negara Asean termasuk Malaysia juga berkemungkinan menerima nasib sama seperti negara bergolak di Asia Barat dan Ukraine.
Malam ini, Hishammuddin berkata beliau akan berjumpa dengan Setiausaha Pertahanan Amerika Syarikat Chuck Hagel untuk berbincang dan mendapatkan perkembangan di Ukraine, Iraq dan Syria.
Dalam perkembangan lain, beliau berkata kementerian sedang meneliti secara keseluruhan mengenai agenda meningkatkan semua pangkalan dan kem tentera di negara ini dalam konteks keselamatan, lokasi, kebajikan, perumahan serta keselesaan anggota.
Katanya perkara itu adalah antara agenda terbesar kementeriannya di bawah Rancangan Malaysia Ke-11 yang merangkumi tumpuan terhadap pangkalan dan kem tentera.
Berikutan cadangan memindah Pangkalan TUDM di Butterworth, Hishammuddin memberitahu bahawa rancangan tersebut masih dipertimbangkan dan akan diumumkan kelak.
Tapak TUDM Butterworth seluas 407 hektar itu dicadang dibangunkan sebagai pusat kesenian dan riadah.

Tuesday, 7 October 2014
HEBAT SANGATKAH NEGRO ?
REDAH 300 KM SEMATA-MATA MAHU BERSEKEDUDUKAN
Subang Jaya: Seorang remaja perempuan sanggup datang sejauh lebih 300 kilometer (km) dari selatan tanah air bertemu dengan kekasihnya warga Nigeria yang tinggal di Puchong, di sini, untuk bermadu asmara dan bersekedudukan.
Bagaimanapun, perbuatan terkutuk remaja berusia 16 tahun itu bersama kekasihnya terbongkar selepas ahli kariah masjid kawasan terbabit yang menyedari perbuatan mereka melakukan pemeriksaan sebelum menemui gadis terbabit bersama lelaki warga Nigeria itu.
Dalam kejadian jam 12 tengah malam Khamis lalu, ahli kariah masjid kawasan terbabit menerima aduan penduduk taman itu memberitahu terdapat seorang remaja perempuan tinggal bersama lelaki terbabit dalam keadaan mencurigakan.
Menurut sumber, mereka kemudian ke rumah lelaki terbabit dan menerangkan tujuan kedatangan mereka dan meminta keizinan membuat pemeriksaan.
“Sebaik masuk ke dalam kediaman lelaki terbabit, mereka menemui remaja itu bersembunyi dalam bilik utama bersama barangannya disimpan di dalam almari.

Beberapa persoalan bermain di fikiran aku. Umur budak ini hanya 16 tahun. Bagaimana dia boleh kenal lelaki ini ? Bagaimana sampai dia nekad pergi begitu jauh untuk bersama lelaki itu ? Emak ayahnya mana? Tak kan bebas sehingga tak dapat dikawal?
Kalau kita bertanya lagi, apa nak jadi masyarakat kita ni? Aku rasa sesuatu mesti dilakukan. Kita tak boleh biarkan anak anak yang sepatutnya masih belajar terlibat dalam hal hal macam ini. Dah pasti hasrat nak membentuk negara bangsa kononnya ikut acuan kita akan gagal..
Sunday, 5 October 2014
MH 370 , ANWAR HILANG KAWAN !
KUALA LUMPUR 3 Okt. - Kerajaan Australia menjadi mangsa kritikan terbaharu Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim berikutan pendirian negara itu yang enggan campur tangan dalam urusan kehakiman di negara ini.
Portal berita `The Sydney Morning Herald (http://www.smh.com.au) hari ini melaporkan, Anwar yang kini berada di Jakarta, Indonesia cuba mendapatkan sokongan Australia menjelang rayuan terakhir kes liwat membabitkan beliau di Mahkamah Persekutuan pada 28 Oktober ini.
Anwar mendakwa, bekas Perdana Menteri Australia, John Howard merupakan satu-satunya pemimpin tertinggi negara itu yang pernah membela beliau pada 1998.
"Kita berharap pelbagai negara, negara-negara Islam, Barat, Australia, bersikap konsisten dan koheren dalam menyatakan pendirian berhubung dasar luar mereka, bukannya berbelah bahagi, bukannya selalu bercanggah.
"Anda tidak boleh bercakap tentang kebebasan dan demokrasi di Afghanistan sedangkan anda tidak sedar langsung tentang realiti di negara-negara jiran," katanya.
Anwar dilaporkan berada di Jakarta untuk berbincang dengan Senator Australia, Nicholas Xenophon bagi melancarkan kempen mendapatkan sokongan di peringkat antarabangsa sekiranya Ahli Parlimen Permatang Pauh tersebut gagal dalam rayuan terakhir kes liwat terhadap bekas pembantu peribadinya, Mohd. Saiful Bukhari Azlan.
Mahkamah Rayuan pada 7 Mac lalu menjatuhi hukuman lima tahun penjara terhadap Anwar setelah beliau didapati bersalah meliwat Mohd. Saiful Bukhari pada 2008.
Pelaksanaan hukuman penjara ditangguhkan apabila Anwar menerusi peguamnya, Ramkarpal Singh memfailkan notis rayuan di Mahkamah Rayuan pada 10 Mac lalu.
Anwar turut menjelaskan, dua bekas Menteri Luar Australia, Kevin Rudd dan Stephen Smith yang ditemuinya beberapa tahun lalu cuma menyatakan mereka memantau perkembangan kes tersebut dan memberi pandangan melalui saluran diplomatik.
"Lebih daripada itu, mereka (kerajaan Australia) bersikap membisu," katanya.
Ulasan
Benar. Satu ketika dunia mungkin berfikir Anwar Ibrahim orang baik dan Kerajaan mahu menganiayanya. Amerika, Australia dan jiran terdekat kita Indonesia pernah dingin dengan Malaysia sewaktu Anwar didapati bersalah pada tahun tahun 90 an.
Tetapi aku rasa selepas MH370 persepsi dunia terhadap Anwar sudah berubah. Dunia menjadi hairan apabila Anwar mengambil pendekatan menjadikan tragedi MH 370 untuk merosakan imej Kerajaan bukan saja dalam negara bahkan di luar negara.
Dalam pada Kerajaan khasnya DS Najib dan DS Hishammuddin bersengkang mata berusaha mengesan MH 370 dan menjaga kebajikan kaum keluarga mangsa, Anwar sentiasa sinis dan mempermainkannya.
Sewaktu DS Hishammuddin menjalin hubungan antarabangsa yang akrab khasnya dengan Australia dan China Anwar sebaliknya sibuk menemui pelbagai media antarabangsa untuk memberikan pandangan yang amat sinis bahkan memperlekehkan usaha kerajaan.
Aku yakin dunia menilai. Dalam dunia bersimpati kepada MH 370, Anwar memilih menangguk di air keruh. Keyakinan aku, dunia dah dapat menilai SIAPA Anwar dan dunia tidak dapat lagi mempercayainya.
Wednesday, 1 October 2014
LANGKAH BUNUH KERAJAAN UMNO DARI DALAM !
Tak payah bagi justifikasi. Ini langkah bunuh diri!
Harga petrol RON95, diesel naik 20 sen
0
Harga minyak petrol RON95 dan diesel akan naik 20sen seliter berkuat kuasa tengah malam ini.
Mulai 12.01 tengah malam ini, RON95 akan dijual pada harga RM2.30 seliter dan diesel pula RM2.20.
Sekarang ini RON95 dijual pada harga RM2.10 seliter dan diesel pula RM2.
Penyelarasan harga itu dibuat ekoran pengurangan subsidi sebanyak 20sen.
Perkara itu diumumkan oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) melalui kenyataannya hari ini.
"Walaupun dengan pengurangan kadar subsidi ini, kerajaan menganggarkan masih perlu membelanjakan lebih RM21 bilion bagi subsidi petrol RON95, diesel dan LPG untuk tahun 2014," menurut kenyataan itu.
Kenyataan itu juga menyebut, kerajaan sedar bahawa langkah itu memberi kesan ekonomi kepada masyarakat.
Justeru, jelas kementerian, kerajaan akan terus menyediakan pelbagai bantuan dan insentif untuk meringankan beban rakyat, terutamanya yang berpendapatan rendah dan sederhana.
"Sehubungan itu, salah satu langkah yang akan diambil oleh kerajaan adalah untuk menaikkan kadar pemberian BR1M (Bantuan Rakyat 1Malaysia) yang akan diumumkan dalam Bajet 2015," menurut KPDNKK.
Antara langkah-langkah lain dipertimbangkan untuk meringankan beban rakyat, termasuk:
Mulai 12.01 tengah malam ini, RON95 akan dijual pada harga RM2.30 seliter dan diesel pula RM2.20.
Sekarang ini RON95 dijual pada harga RM2.10 seliter dan diesel pula RM2.
Penyelarasan harga itu dibuat ekoran pengurangan subsidi sebanyak 20sen.
Perkara itu diumumkan oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) melalui kenyataannya hari ini.
Kenyataan itu juga menyebut, kerajaan sedar bahawa langkah itu memberi kesan ekonomi kepada masyarakat.
Justeru, jelas kementerian, kerajaan akan terus menyediakan pelbagai bantuan dan insentif untuk meringankan beban rakyat, terutamanya yang berpendapatan rendah dan sederhana.
"Sehubungan itu, salah satu langkah yang akan diambil oleh kerajaan adalah untuk menaikkan kadar pemberian BR1M (Bantuan Rakyat 1Malaysia) yang akan diumumkan dalam Bajet 2015," menurut KPDNKK.
Antara langkah-langkah lain dipertimbangkan untuk meringankan beban rakyat, termasuk:
- Meneruskan bantuan persekolahan, subsidi harga rumah serta insentif percukaian.
- Memastikan barangan keperluan harian dijual pada harga berpatutan dan mengambil tindakan tegas ke atas golongan yang mengaut keuntungan berlebihan.
Subscribe to:
Posts (Atom)

.jpg)