Boikot Barangan DAP

Boikot Barangan DAP

Wednesday 11 June 2014

GILER !! 20 RIBU SAMBUT DYANA DI KOTA BHARU !

12 June 2014


DAP bawa Dyana ke Kota Bharu ... kesian ... petugas jer yang ramai

Ini kisah benar di Kota Bharu Rabu malam. Bintang berwajah pelakon DAP, Dyana Sofya 
Mohd Daud dibawa untuk berceramah di perkarangan Stadium Sultan Muhammad Kubu 
kuat PAS Kota Bharu.


















Stadium ini merupakan tempat biasa untuk PAS kumpul kurang-kurang 5000 
penyokongnya untuk dengar ceramah. Ia kawasan yang ada steady crowd.

Namun cubaan DAP bawa Dyana ke situ nampaknya gagal. Tak ada sambutan. Sepi

dan lenggang saja ceramah tersebut. Orang kata petugas lagi ramai dari khalayak.

Ada yang kata berlaku penolakan secara senyap... yang menjadi faktor kenapa 

penyokong tegar PAS tak keluar dengar ceramah semalam.
















Mungkin ramai ahli PAS sudah sedar taktik DAP yang mula mengetengahkan Melayu 
muda sebagai usaha untuk tarik sokongan kerana parti itu tidak mahu bergantung sokongan 
Melayu melalui PAS dan PKR saja.

DAP yang tidak puas hati dengan kekalahan Dyana di Teluk Intan kerana gagal tawan 

hati orang Melayu. Kini cuba bawa setiausaha politik Lim Kit Siang itu ke kawasan macam
 Kota Bharu.

Jangan terkejut Dyana dan beberapa kerat lagi Melayu dalam DAP lepas ini akan menjelajah 

ke kawasan-kawasan Melayu untuk berceramah.




















Ia macam program suai kenal, sambil-sambil rekrut ahli baru terutamanya dikalangan orang 
muda Melayu.

Dengar cerita hajat DAP ini bukan main-main atau hangat-hangat tahi ayam. Khabarnya 

mereka ada program khas untuk tarik sokongan Melayu muda terhadap parti itu.

Seorang wartawan yang cover PRK Teluk Intan cerita, beliau kebetulan lunch dengan 

seorang pemimpin kanan DAP di sebuah restoran di sana ketika kempen.

Wartawan muda ini tanya mengapa letak Dyana di Teluk Intan... kata pemimpin DAP itu, 

parti Cina itu mahu keluar dari stigma bahawa mereka parti kaum Cina sahaja.




















Mereka mahu tarik sokongan orang Melayu juga, sambil ajak wartawan tersebut join DAP.

Kata pemimpin DAP itu, parti tersebut ada program khas untuk tarik sokongan Melayu 

dengan menjadikan ahli-ahli muda Melayu DAP sebagai idola.

"Kita akan make sure imej you sempurna... jika perlu kita sikat rambut you belah tengah 

(untuk nampak menarik), kita akan buat begitu..."ujarnya.

Namun orang Melayu bukanlah mudah sangat tertarik dengan ahli politik berwajah cantik. 

Wajah main peranan, tapi bukan satu-satunya peranan untuk tarik sokongan.

Kenyataan Dyana bahawa beliau akan ikut line parti dalam undian Hudud di Parlimen sebelum 

PRK Teluk Intan telah melukakan hati orang PAS. Melaksanakan undang-undang Hudud 
merupakan perkara yang ada dalam perlembagaan parti itu ketika ditubuhkan pada tahun 1955.

























Manakala bagi rata-rata orang Melayu, Dyana ini 'tool' bangsa lain.

Mungkin sebab itu tidak hairan ceramah Dyana di Kota Bharu tiada sambutan. 

Kesiannnn dia...-12/6/2014 

Aku rembat sebijik daripada Blog macai tegar PAS. Kah ! Kah ! kah ! Dia kesian kat Dyana, 
aku kesian kat dia dan kuda kuda yang lain !

1 comment:

  1. Retak dah jadi belah, Kehancuran telah bermula

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...