Boikot Barangan DAP

Boikot Barangan DAP

Tuesday, 9 September 2014

SINAR DI HUJUNG TEROWONG...


MH17: Ukraine beri jaminan bantu siasatan

Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Hussein, berkata jaminan itu diberikan Timbalan Menteri Pertahanan Ukraine, Laksamana Ihor Kabanenko pada perbincangan mereka mengenai kerjasama dalam siasatan insiden MH17 dan pertukaran pertahanan antara kedua-dua negara di Kiev, Ukraine, hari ini. 
"Pada dasarnya, kami bersetuju pasukan antarabangsa merangkumi anggota dari Australia, Belanda dan Malaysia diberikan akses awal yang selamat ke tapak nahas MH17 di timur Ukraine," katanya dalam kenyataan di sini.

Hishammuddin berlepas ke Kiev, malam Ahad lalu, untuk memastikan keselamatan pasukan Malaysia ketika memasuki tapak nahas MH17.

Beliau berkata, pasukan antarabangsa akan bekerjasama dengan Pertubuhan Keselamatan dan Kerjasama Eropah (OSCE) dan rakan antarabangsa relevan yang lain untuk memastikan kerjasama pelbagai pihak. - Bernama

Ulasan

Aku anggap ini kejayaan awal Datuk Seri Hishammuddin Hussein. Ikrar beliau untuk 

1. Mempastikan pasukan penyiasat kita selamat
2. Mempastikan penjenayah yang terlibat dibawa ke muka pengadilan

Seperti yang dinyatakan oleh YAB Datuk Seri Najib, ini masa sukar bagi kita. Kerana itu kebijaksanaan amat perlu bagi menangani segala permasalahan yang timbul.


MB TERENGGANU BERTINDAK ! TABEEKKLAH !

MB Terengganu buat laporan polis

September 9, 2014
Berhubung fitnah pembelian asrama di Mesir.
Ahmad-RazifKUALA TERENGGANU : Menteri Besar (MB) Terengganu Datuk Ahmad Razif Abdul Rahman hari ini membuat laporan polis berhubung kenyataan fitnah yang disebarkan terhadapnya oleh pihak pembangkang berhubung kes pembelian bangunan Asrama Mansurah di Mesir untuk pelajar tajaan Yayasan Terengganu pada 2010.
Laporan polis itu dibuat oleh Setiausaha Khas beliau Ahmad Nidzam Abd Karim di Ibu Pejabat Polis Daerah Kuala Terengganu pada kira-kira 1 petang tadi.
Turut mengiringi Ahmad Nidzam ialah Setiausaha Politik MB Ustaz Rusdi Muda dan Setiausaha Akhbar MB Ahmad Fauzan Abdul Kadir.
Ahmad Nidzam berkata pihaknya mengenal pasti tiga bentuk fitnah iaitu menerusi laman sosial Facebook, Sistem Pesanan Ringkas (SMS) dan laman YouTube.
Menurut laporan polis itu, pada 2 Sept lepas, satu laman sosial Facebook yang berdaftar menggunakan nama Roslan Bin Abdullah memuat naik status berunsur fitnah dan hasutan terhadap Ahmad Razif.
Status itu mendakwa satu laporan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dibuat terhadap Ahmad Razif yang ketika itu Exco Pelajaran, Pengajian Tinggi, Sains, Teknologi dan Sumber Manusia negeri berkaitan pembelian bangunan asrama di Mesir berharga kira-kira US$6 juta pada 2010.
Selain itu, fitnah berkenaan turut disebarkan menerusi SMS kepada orang awam daripada nombor yang tidak dikenali serta menerusi YouTube yang memaparkan petikan ceramah Ambang Merdeka oleh Adun PAS Bukit Payong, Mohamad Nor Hamzah.
Ceramah oleh Ketua Penerangan PAS Terengganu itu yang dimuat naik ke YouTube berdurasi 28 minit 40 saat dan menyentuh isu pembelian asrama itu berlangsung di Pekan Batu Enam, Kuala Terengganu pada 30 Ogos lepas.
Ahmad Nidzam berkata MB Terengganu akan membuat kenyataan lanjut mengenai isu itu esok. - BERNAMA

Ulasan

Dah sampai masa. Fitnah dah jadi makanan pembangkang. Malangnya ada orang percaya sebab pemimpin kita buat tak tau. Jawabpun tidak, nafipun tidak. Sekarang biar mahkamah yang tentukan. Harap harap jangan gempaq saja. Nanti orang mintak maaf, selesai !

Monday, 8 September 2014

AMBIGA BAKAL MENGAMUK DI VIETNAM !

Ambiga juara Bersih dan perkakas Pakatan akan memimpin demonstrasi besar besaran di Vietnam berikutan halangan kerajaan Vietnam  terhadap Pengerusi Bersama Jawatankuasa Hak Asasi Manusia Majlis Peguam, Andrew Khoo daripada masuk ke negara tersebut. Ada berani?
Jangan harap. Kerajaan Malaysia jer yang bagi muka sangat kat puak puak nih sampai mereka bertindak seolah olah mereka kebal dan boleh buat apa saja. Aku harap Kerajaan akan tiru keberanian Vietnam ni. Prang nak kata apa, katalah !


Pengerusi Bersama Jawatankuasa Hak Asasi Manusia Majlis Peguam Andrew Khoo dilarang daripada memasuki Hanoi sejurus selepas mendarat di bandar di Vietnam itu.

Khoo berkata, beliau diiring kembali ke pesawat yang dinaikinya dan tidak diberikan sebarang alasan berhubung larangan itu.

Beliau berkata dimaklumkan perkara itu ketika dibawa ke pejabat imigresen di lapangan terbang selepas pasportnya dicop.

Di situ, katanya, beliau melihat pekerjanya sibuk mengisi borang tertentu, membuat panggilan telefon dan pasportnya disalin beberapa kali.

“Selepas kira-kira 20 minit, saya dimaklumkan bahawa saya dilarang masuk ke Vietnam, cop masuk saya dibatalkan dan saya diiring semula ke pesawat Malaysian Airlines MH753 yang membawa saya ke sini,” tulisnya di Facebook. Mkini

Saturday, 6 September 2014

DAH PENAT BERSIAR SIAR, REHAT DALAM SELIMUT !

Kota Kinabalu: Seorang penuntut Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA) dan kekasihnya antara lima pasangan yang ditahan dalam Ops Cegah Maksiat, di sebuah hotel murah, di Jalan Kampung Air, di sini, tengah malam tadi.
Dalam serbuan yang bermula 12 tengah malam itu, semua pasangan berusia 20 hingga 40 tahun di bawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Kinabalu untuk siasatan lanjut. 
Penolong Ketua Penguat Kuasa Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah (JHEAINS), Khamis Jamil, berkata penuntut berusia 24 tahun itu ditahan selepas didapati bersama perempuan berusia 23 tahun di dalam bilik sebuah hotel murah di bandar raya ini. 

Katanya, penuntut berkenaan mendakwa dia berseorangan tetapi apabila dan pemeriksaan dilakukan penguat kuasa JHEAIS ternampak seorang perempuan di atas katil ditutupi selimut.
Foto

Menurutnya, apabila ditanya penuntut itu memberitahu dia menyewa bilik berkenaan kerana terlalu penat bersiar-siar. "Hasil pemeriksaan mendapati pasangan berkenaan tidak mempunyai ikatan suami isteri. Perempuan bersama penuntut itu bekerja di sebuah kedai di bandar raya ini. Pasangan itu kemudian di bawa ke IPD Kota kinabalu untuk tindakan lanjut. 

"Dalam operasi yang sama, anggota penguat kuasa JHEAINS turut menahan empat lagi pasangan di beberapa hotel murah di bandar raya ini," katanya ketika ditemui di lokasi, awal pagi tadi. 

Menurutnya, semua mereka disiasat mengikut Seksyen 84 Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Negeri Sabah 1995.- Harian Metro.


Ulasan
Mengaji tinggi. Bukan tak ada ilmu tapi buat maksiat. Ini yang Adam Adli kena tengok. Ini yang Persatuan Mahasiswa Islam kena peghati. Bukan ghairah mengikut nafsu Anwar Ibrahim.

Thursday, 4 September 2014

GHAIRAH POLITIK SAMPAI ROSAKKAN NEGARA !

SHAH ALAM 4 September - Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein memberikan amaran tegas terhadap segelintir pihak yang sengaja menghasut agar negeri Sabah dan Sarawak keluar dari Malaysia demi kepentingan politik peribadi.

Hishammuddin berkata, rakyat di negara ini harus mengambil iktibar dengan kejadian-kejadian di luar negara yang bergolak yang juga berpunca dari permainan politik individu-individu tertentu di negara tersebut.

"Saya ingin ingatkan kepada mereka ini, jika hendak berpolitik, berpada-pada, jika kita lihat peperangan yang berlaku di Ukraine bermula dengan demontrasi jalanan di Kiev dengan melaungkan hak untuk berhimpun.

"Kita lihat apa yang mereka katakan dengan perhimpunan aman di Pakistan, berapa yang telah terkorban di sana dalam demonstrasi yang kononnya aman," katanya kepada pemberita dalam sidang media selepas Majlis Pemakaian Beret PBB, Penyerahan Jalur Gemilang dan Penghantaran Kumpulan Pertama Batalion Malaysia 850-2 ke Lubnan di Pangkalan Udara, Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) Subang, hari ini.

Beliau menjelaskan, rakyat juga tidak seharusnya memandang remeh keadaan politik setakat hari ini walaupun beberapa siri demontrasi sebelum ini tidak menjurus kepada pergolakan yang serius.

Katanya, tindakan pihak yang kononnya ingin membawa keluar Sabah akan menyebabkan krisis besar yang melibatkan seluruh negara dan membebankan anggota keselamatan negara ini.

"Setakat hari ini, kita perlu bersyukur, kerana tindakan-tindakan sebelum ini tidak mendatangkan padah sebegitu rupa, tetapi kita kena berhati-hati.

"Dalam konteks Sabah, mereka yang ingin berpolitik sangat konon untuk membawa negeri itu keluar dari Malaysia, saya ingin ingatkan kepada mereka apabila pencerobohan berlaku seperti peristiwa di Lahad Datu, akhirnya mereka yang dari Semenanjung yang terkorban.

"Jadi saya ingin ingatkan sekali lagi, jangan hendak berpolitik sangat melibatkan negeri Sabah," ujarnya.



KERANA NAFSU !

Aku sikitpun tak heran. Memang PAS ditubuhkan dan bergerak kerana nakkan kuasa. Tak usah sembang pasal setiakawanlah. Palsu...di celah celah huru hara Pakatan, senyap senyap PAS selitkan nama calon MB dari PAS.

PAS mengesahkan menghantar dua nama anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) PKR dan satu daripada parti itu sebagai calon menteri besar Selangor yang baharu.

Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali yang mengesahkan perkara itu bagaimanapun tidak menyebut nama ketiga-tiga ADUN berkenaan, lapor Harakahdaily."Buat masa ini nama itu biarlah dulu," katanya ketika dihubungi akhbar PAS itu.

Menurutnya, senarai nama itu dihantar terus oleh Pejabat Presiden PAS kepada istana Selangor.Mustafa turut dilaporkan menjelaskan, PAS menghantar tiga nama kerana istana menitahkan supaya menghantar lebih daripada dua nama.

Rakannya PAS dan DAP bagaimanapun hanya menghantar satu nama, iaitu Datuk Seri Wan Azizah Ismail, seperti dipersetujui dalam mesyuarat Pakatan Rakyat sebelum ini.

Pada 27 Ogos lalu, istana Selangor menghantar surat rasmi kepada PKR, PAS dan DAP yang menitahkan supaya menghantar lebih daripada dua nama calon menteri besar sebelum 3 September.

Surat itu, menurut Harakahdaily, dialamatkan kepada Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, dengan salinan kepada Presiden PAS Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang dan Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng.

Ia dilapor menyatakan mahukan calon itu beragama Islam dan berketurunan Melayu menurut Perkara L1 (2), Undang-undang Tubuh Negeri Selangor. ~mk


Wednesday, 3 September 2014

GEMPAR !! UFO SERANG SABAH !

WEDNESDAY, 3 SEPTEMBER 2014

Cahaya merah terangi langit di pantai Sabah cetus misteri

BEGINILAH cahaya merah yang terpancar di langit di pantai barat Sabah antara jam 8 hingga 10.30 malam tadi sehingga mencetuskan misteri kepada penduduk tempatan dan tersebar di laman sosial. Ia dilaporkan hasil fenomena "Light Pillar' iaitu pantulan cahaya ke atas hablur ais di awan yang juga disebut sebagai 'Sun Pillar'. 


KOTA KINABALU: Kemunculan cahaya merah yang kelihatan di langit sekitar pantai barat Sabah malam tadi, mencetuskan misteri kepada penduduk.

Cahaya seakan-akan garisan panjang itu dikatakan muncul antara jam 8 hingga 10.30 malam, kemudian tersebar meluas menerusi laman sosial serta aplikasi WhatsApp.

Difahamkan, cahaya itu dikatakan bukan saja dilihat sekitar daerah Putatan, Penampang dan Papar, malah didakwa kelihatan jelas di Limbang, Sarawak.

Berdasarkan cakap-cakap di laman sosial, ada yang mendakwa cahaya itu berpunca akibat pantulan cahaya daripada api di Terminal Minyak dan Gas milik PETRONAS di Kimanis.

Bagaimanapun, Pengarah Jabatan Meteorologi Sabah, Abdul Malik Tussin, tidak menolak kemungkinan cahaya terbabit muncul disebabkan fenomena 'Light Pillar' iaitu pantulan cahaya ke atas hablur ais di awan.

Katanya, fenomena 'Light Pillar' atau turut disebut 'Sun Pillar' itu pernah berlaku di negeri ini, namun tidak dihebohkan.

Difahamkan, Light Pillar adalah fenomena optik yang dibentuk oleh pantulan cahaya bulan atau matahari ke atas hablur ais dalam atmosfera, selain terbentuk melalui sumber cahaya lain seperti lampu jalan.Sumber
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...