Boikot Barangan DAP
Wednesday, 11 December 2013
PANAS !! TAN SERI MUHYIDDIN YASSIN AKAN LEPASKAN JAWATAN DALAM MASA TERDEKAT !
Ini sebenarnya berita yang tersebar secara bisik bisik sewaktu Perhimpunan Agung UMNO baru baru ini. Aku sendiri tak tau sejauh mana kebenarannya.
Setahu aku Muhyiddin agak bersih dari sudut isu. Keluarganya jarang diperkatakan. Isterinya pula dikatakan amat disenangi kerana kesederhanaannya. Anak anak Muhyiddin jarang dapat liputan media.
Dari sudut politik, Muhyiddin dilihat sentiasa berada di landasan. Amat menghormati Ketua dan amat disegani oleh orang bawah. Cuma sebagai Timbalan Pengerusi BN, Muhyiddin menunjukkan dengan jelas ' diri
Melayunya'.
Muhyiddin keturunan ulama . Ini dikatakan sebagai salah satu faktor mengapa ia mahu melepaskan jawatan pada umur sebelum 70 tahun
( sekarang 66 tahun ). Beliau dikatakan mahu menyambung usaha dakwah yang dijalankan oleh arwah datuknya...
Hakikatnya Muhyiddin telah korbankan lebih separuh daripada umurnya untuk parti dan negara. Jasa Muhyiddin tidak terhitung. Pada waktu negara terumbang ambing di zaman Pak Lah, Muhyiddin telah selamatkan keadaan.
Jika Muhyiddin fikir mahu berehat dan beri tumpuan kepada 'kehidupan berkeluarga ', aku fikir Muhyiddin berhak kerana jika beliau berhenti, beliau berhenti sebagai bintang yang masih bersinar...
Monday, 9 December 2013
INI YANG RAKYAT KENA TAHU TENTANG HISHAMUDDIN !
Tetiba pulak teringat pada Hishamuddin Hussein. Bila ada kawan aku tulis kata Hishamuddin nak berhenti merokok, aku rasa dah elok sangat dah tu. Tapi bila bila aku terserempak dengan Hishamuddin ni, aku akan hulur juga. Test dia.
Sesuatu yang ramai orang tak tau, Hishamuddin ni bila kita bertembung dengan dia, kita boleh bersembang macam kita dah kenal dia lama. Dia akan layan kita macam dia kenal kita padahal itulah kali pertama bertemu.
Aku dapat tahu, Hishamuddin ni memang kaki merokok. Dulu masa pembangkang tengah berusaha nak tumbangkan kerajaan dengan macam macam perhimpunan, perarakan Hishamuddinlah yang menangani situasi ini. Masa inilah dia merokok tak henti henti.
Kita nampak macam mudah. Sebarang demonstrasi yang dianjurkan oleh individu atau kumpulan berkepentingan, ia tak mungkin berakhir dengan aman. Kita tengok di Mesir, Yaman, Syria dan banyak negara lagi.
Yang tengah bergelora sekarang ini, Thailand. Sudah beberapa nyawa terkorban. Ramai yang cedera. Berjuta kerugian ditanggung. Ekonomi terancam. Thailand yang dikatakan syurga pelancongan, kini jadi negara yang kurang dikunjungi.
Kerajaan bertukar ganti dengan mudah dalam jangka masa yang singkat. Ini menyukarkan usaha pembangunan negara bangsa dilakukan. Hari ini Perdana Menteri, Yingluck Shinawatra mengumumkan Parlimen dibubarkan bagi mengadakan Pilihanraya sekali lagi.
Ini tidak pula mengamankan Thailand sebaliknya petang ini perhimpunan besar besaran diadakan, kali ini nak minta pilihanraya segera dijalankan.
Sewaktu Siri Perhimpunan Bersih diadakan, aku yakin matlamat mereka ialah menjatuhkan kerajaan sedia ada. Hakikatnya ada orang yang gila gila nak jugak jadi Perdana Menteri tetapi tahu tak boleh melalui cara demokrasi. Orang ini menghasut, menanam dan menyuburkan kebencian.
Inilah kebijaksanaan Hishamuddin. Ada kaedah dan caranya tersendiri. Pembangkang dapat berhimpun dan kerajaan tidak jatuh kerananya. Tapi kita tak pernah bertanya Hishamuddin, apa yang dilakukan sehingga pembangkang tidak ada sebab bahkan tidak ada keberanian untuk terus berdemonstrasi.
Ini kelebihan Hishamuddin, sebagai Menteri Keselamatan Dalam Negeri, aku rasa ia tempoh yang amat sukar. Penyokong dan penentang kadang kala sama sama tak berpuas hati dengannya.
Namun hakikat yang wajib kita akui, Hishamuddin berjaya menangani segalanya dan kita kekal aman. Tahniah dan terima kasihlah Hisham. Tak payah isytiharpun, kita tau kemampuan Hishamuddin.
Saturday, 7 December 2013
ZAHID ANIAYA JAMIL KHIR ?
Maaflah. Aku bukan tak suka orangnya. Aku tak sokong caranya !
Korang tengok ni ...
Maka terkial kiallah Jamil Khir nak bertindak ' atas kuasa ' yang Zahid berikan.
Kalau Mat Sabu saman Zahid, cerita akan jadi mudah. Mahkamah buat keputusan. Tapi hati kecil aku kata, Mat Sabu tak akan saman.
Kalau Mat Sabu tak saman, berjuta umat Islam menunggu apa tindakan yang Jamil Khir akan buat.
Aku nak bagi pandangan sikit. DS Zahid tak perlu buat benda benda ' ghairah' macam gini. Aku bimbang kalau tiada tindakan dapat diambil, UMNO akan dikatakan kaki fitnah. Dah sama macam PAS lah...apa kata korang ?
Thursday, 5 December 2013
CETUSAN IDEA HISHAMUDDIN MANTAPKAN PERBAHASAN...
Tidak hadir perhimpunan kerana nasihat doktor, namun hasil usaha dan kerja keras telah dimanfaatkan sepenuhnya. Begitulah pemimpin berjiwa besar, UMNO didahulukan rakyat diuatamakan. Seperti kata ramai teman teman, Hishamuddin pekerja senyap. Sedar sedar hasil tangan telah menjadi...DISINI
Tuesday, 3 December 2013
BEREHATLAH DATUK SERI, GENDANG PERANG BELUM DIPALU.
Aku rasa aku boleh faham perasaan DS Hishamuddin Hussein, Naib Presiden UMNO, Menteri Pertahanan dan Pemangku Menteri Pengangkutan. Bercampur baur. Badan di hospital, jiwa raga di PWTC.
Perhimpunan Agung UMNO telah bermula. Sebagai bekas Ketua Pemuda UMNO Malaysia sudah pasti Hishamuddin ini berada di dalam Dewan Persidangan Pemuda, berdiri di hadapan mereka. Merasakan apakah perjuangan Pemuda masih berbahang.
Sebagai Naib Presiden UMNO, kita tahu Hishamuddin amat rapat dengan Wanita dan Puteri. Sudah tentu ia ingin menjabat tangan Wanita dan Puteri dan bertukar salam.
Aku harap Hishamuddin bersabar. Penyakit ' sempit arteri ' hanya bahaya jika gagal dikesan awal. Ia akan beri kesan besar kepada jantung. Bersyukurlah Allah berikan signal. Maknanya Hishamuddin akan pulih setelah mendapat rawatan.
Usah bimbang. Sebenar setiap Perhimpunan UMNO penting tetapi aku yakin Perhimpunan tahun ini bukan perhimpunan terakhir sebelum PRU 14. Perhimpunan ini hanya meletak kerja.
Perhimpunan selepas ini mulai 2014 hinggalah 2017 adalah Perhimpunan yang amat penting kerana kita akan menghadapi PRU 14 pada 2018.
Berehatlah untuk tahun ini. Para penyokong amat memahami. Selepas ini aku harap Hishamuddin akan bangkit lebih gagah, kuat demi Agama, Bangsa dan Tanahair.
KALAU ESOK PRU 14, UCAPAN TS MUHYIDDIN TIDAK AKAN MENAMBAH UNDI !
Maaf, aku tidak pandai berlakon. Aku percaya para perwakilan yang ditemuramah oleh media akan memuji ucapan Perasmian YAB Timbalan Presiden Parti yang juga Timbalan Perdana Menteri sewaktu merasmikan Persidangan Pemuda, Wanita dan Puteri UMNO sebentar tadi.
Aku dalam masa yang sama amat memahami ini UCAPAN PERASMIAN. Ia barangkali patut ' begitu ' bentuknya. Namun Timbalan Presiden UMNO adalah juga Timbalan Perdana Menteri. Maka kerana itu barangkali aku mengharapkan sesuatu yang lebih tepat, objektif dan memujuk.
Agaknya aku setara Pak Mamat hujung kampung, atau Mak Leha di baruh.Tujuh iniasiatif Perkasa Ekonomi Bumiputera yang di sampaikan gagal aku fahami. Aku yakin juga jiran tetangga aku di kampung, turut tidak faham walaupun mata tidak berkelip mendengar ucapan tadi.
Aku tidak pasti apa pulak penerimaan para perwakilan. Entah entah sama macam aku. Yang aku nampak exco pemuda di belakang Muhyiddin beberapa kali membetulkan songkok. Tiada seorangpun mencatat apa apa.
UMNO dikatakan tunjang kerajaan. UMNO tak boleh naikkan harga getah, kerajaan boleh. UMNO tak boleh kawal harga barang, kerajaan boleh. UMNO tak pernah bagi biasiswa, kerajaan pernah bagi dulu tetapi dah kurang sekarang.
Harapan aku dan orang UMNO agar ucapan sesiapapun dalam Perhimpunan kali ini menampakkan UMNO dan Kerajaan memahami dan ikut merasai resah gelisah umat Melayu.
Orang UMNO mahu UMNO mempastikan bahawa rakyat tidak dibebani dengan kos hidup yang amat tinggi. Inisiatif ke 7 yang disebutkan oleh Muhyiddin dah nampak macam dah faham masalah sebenar. Tapi ' penyelesaian' yang dicadangkan pasti tidak menyeluruh, tidak akan dapat dicapai dalam setahun dua ini.
Pada pandangan aku, ucapan Muhyiddin agak umum. Perwakilan Pemuda, Wanita dan Puteri diharap akan menjadikannya bermakna bila mereka berbahas nanti.
Tak payah cakap tinggi tinggi. Suarakan ' rasa hati umat Melayu '. Tak lalulah dengar retorik, slogan tapi hidup makin lama makin susah.
Sampai masa menyelesaikan masalah.Kita nak mengadap PRU 14. Orang Melayu dah tolong UMNO. Ini masa UMNO kotakan segala janji, bukan buat janji yang baru...
Monday, 2 December 2013
PENTING !! KENYATAAN MEDIA PEJABAT MENTERI PERTAHANAN MALAYSIA.
Kuala Lumpur 2 Disember 2013.
Dato' Seri Hishamuddin Tun Hussein telah menjalani pemeriksaan kesihatan pada tengahari tadi. Semasa pemeriksaan, doktor pakar telah mendapati salah satu arteri beliau mengalami kesempitan.
Sehubungan itu , doktor telah menjalankan prosedur angioplasti dengan segera dan ianya telah dilaksanakan dengan jayanya pada jam tiga petang tadi. Ingin dimaklumkan doktor telah mengarahkan agar Dato' Seri berehat di hospital buat masa ini.
Keadaan beliau adalah stabil.
Catatan : Korang bayangkan betapa sibuknya Dato' Seri sehingga tidak sedar penyakit yang sedang dihidapi. Inilah pemimpin kita, berkhidmat untuk rakyat sehingga kesihatan diri terabai...Semoga Allah segerakan kesembuhannya..
Subscribe to:
Posts (Atom)




