Boikot Barangan DAP

Boikot Barangan DAP

Thursday, 11 February 2016

FOKUS..


Aku berpendapat masanya dah tiba.
Hentikan segala krisis dan konflik.
Hentikan segala perebutan untuk kepentingan peribadi.
Ini masa membalas segala serangan musuh negara yang dipimpin DAP.


Selepas macam macam tuduhan dan tohmahan, nyata PM kita masih gagal dibuktikan bersalah. Mari kita bulatkan hati dan fikiran.

Belum nampak lagi kerja ke arah nak menang PRU 14. Mari kita mula, masih ada masa sikit lagi. Aku yakin kalau kita mula sekarang dengan bersungguh sungguh, insyaallah kita akan menang.


Sunday, 10 January 2016

BUKAN SENANG NAK SAMPAI TAHAP INI !

Aku rasa tak ramai pemimpin boleh sampai tahap macam dia ni..


Sampai begitulah kenyataannya di khalayak ramai. Maka bertakbirlah sekalian penganut PAS.

Akhirnya bila kalah, curang . Tubuh parti baru yang bertuankan DAP.


Pada aku, dalam sejarah Melayu moden Mat Sabu boleh diangkat sebagai pengkhianat tahap tertinggi...

Monday, 28 December 2015

USTAZ SEDANG ' BERAKSI ' KANTOI !

KLANG - Seorang pelajar yang baru tamat pengajian di sekolah agama di Jordan ‘kantoi’ selepas dicekup ketika sedang melanggan seorang wanita warga asing di sebuah pusat urut di Klang, kelmarin.

Ops Noda yang dijalan sepasukan Bahagian Kongsi Gelap, Maksiat dan Perjudian (D7) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Klang Utara, di tiga lokasi berasingan di Bandar Baru Klang dan Bukit Raja jam 9 malam.
Remaja berusia 16 tahun itu antara 15 pelanggan yang ditahan dalam operasi tersebut.

Siasatan polis mendapati remaja yang telah tamat pengajian pada Februari lalu datang ke premis tersebut secara sendirian.
Malah, difahamkan, remaja itu dua kali hadir ke premis terbabit.
Ketua Polis Klang Utara, Asisten Komisioner Mohd Yusoff Mamat berkata, pihaknya menahan remaja tersebut ketika sedang melanggan tukang urut wanita warga asing.

“Kita akan serah remaja berkenaan pada Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) untuk tindakan lanjut,” katanya.
Sementara itu, lapan wanita warga Vietnam dan Filipina yang bekerja sebagai tukang urut dan gadis pelayan pelanggan (GRO) dicekup dalam operasi sama.
Katanya, dua warga tempatan serta dua lelaki warga asing disyaki penjaga serta pekerja turut ditahan.

“Siasatan mendapati premis berkenaan mengenakan bayaran perkhidmatan seks lingkungan harga RM110 hingga RM200.
“Kita rampas beberapa barang seperti tuala, minyak pelincir, kondom dan wang tunai,” katanya.

Kesemua ditahan dibawa ke IPD Klang Utara untuk disiasat.SH


Jadi, kita usahlah heran kalau ramai ustaz PAS jadi balaci DAP. Memiliki ilmu agama bukan jaminan akhlak yang baik. Kot manapun belajar ni wajib. Usah kerana seorang dua kita pulak buat keputusan tak berapa nak belajar agama..

Wednesday, 16 December 2015

POLIS BERTEMBAK SESAMA SENDIRI.

RAYONG - THAILAND. Seorang anggota polis yang dituduh merogol bertindak menembak mati dua pegawai atasan sebelum ditembak mati anggota polis lain, kelmarin.

Menurut Bangkok Post, suspek Shinkrit Phutthipraphas dibawa ke balai polis Pluak Daeng untuk bertemu dengan pegawai, Somchai Soonthornwanich pada jam 3.15 petang hari kejadian.

Phutthipraphas kemudian mengeluarkan sepucuk pistol 9mm dan menembak Soonthornwanich dan seorang lagi pegawai, Banyat Somha.
Soonthornwanich yang ditembak di leher maut serta-merta manakala Somha ditembak dua kali di kepala dan maut di hospital Rayong.

Phutthipraphas kemudian cuba melarikan diri menggunakan sebuah trak pikap sebelum ditembak mati oleh seorang anggota polis.

Pegawai kanan, Surapol Wiratyosin berkata Phutthipraphas mungkin berada dalam keadaan tertekan kerana berdepan dengan hukuman disiplin yang berat.
Phutthipraphas sebelum ini dituduh merogol seorang wanita berbangsa Laos di sebuah lokap dan Soonthornwanich menubuhkan satu pasukan untuk menyiasat kejadian tersebut.Sumber SH


Tuesday, 15 December 2015

MENTERI KENA MAKI

KUALA LUMPUR - Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob melahirkan rasa sedih apabila usaha beliau untuk membantu usahawan Melayu dan Bumiputera melalui Mara Digital mendapat kecaman daripada bangsa sendiri.

Beliau berkata inisiatif pengecualian sewa premis sehingga enam bulan itu bertujuan untuk mengurangkan beban kepada penyewa, memandangkan Mara Digital memerlukan masa untuk dikenali orang ramai untuk maju seperti pusat digital lain di negara ini.

“Saya sangat mengharapkan sokongan orang Melayu dan Bumiputera untuk kejayaan Mara Digital ini. Perancangan saya untuk membuka di seluruh negara bagi lahirkan lebih ramai usahawan Melayu dalam bidang IT. Saya tak kisah kalau tak mau sokong tapi jangan cuba gagalkan.

“Saya hairan sepatutnya kita suka harga turun. Sepatutnya kita suka sewa percuma untuk bantu orang Melayu tapi saya dihina dan dicerca kerana nak tolong Melayu,” katanya dalam terbaru di akaun Facebooknya, hari ini.
Sebelum ini, Ismail Sabri telah dilabelkan sebagai rasis kerana mahu menubuhkan Mara Digital susulan insiden kekecohan yang berlaku di Plaza Low Yat, di Bukit Bintang, Kuala Lumpur.

Beliau mempertahankan langkah itu selari dengan hasrat untuk membantu usahawan Bumiputera dalam menceburi industri itu.
Langkah itu pengecualian sewa bagi enam bulan pertama itu diharap dapat menggalakkan peniaga memberikan potongan harga kepada pembeli, sekaligus menarik minat lebih ramai pengunjung.
Cadangan membina Mara Digital, yang asalnya digelar "Low Yat 2", tercetus susulan insiden pergaduhan di Plaza Low Yat Julai lalu hingga hampir mencetuskan ketegangan kaum antara Melayu dan Cina.

Menurut entri itu, beliau juga berkata Mara Digital dapat memberikan peluang kepada usahawan Melayu dan Bumiputera yang terpinggir daripada mendapat tempat di pusat digital lain.

“Orang ini bimbang jika sewa percuma, peniaga akan turunkan harga dan tentu akan beri saingan kepada peniaga-peniaga di Mall lain.
“Kononnya harga telefon pintar sudah tetap, jadi tak mungkin turun harga..ini pun kenyataan beliau yang bercanggah. Dia lupa bahawa bukan telefon pintar semata-mata dijual di sana tetapi juga aksesori produk IT yang boleh turun harga. Bagi saya terserah kepada kebijaksanaan peniaga,” katanya lagi.SH

Ulasan

Ini harga yang perlu dibayar oleh mana mana pemimpin Melayu yang jelas nak berjuang untuk orang Melayu. Sebab itu, tak ramai pemimpin berani bercakap tentang orang Melayu kerana bimbang jadi tak popular.
Aku tak tau orang lain, tapi aku dan kaum kerabat aku kagum sangat dengan Menteri ni. Di mana sahaja ditempatkan, beliau selalu mencipta kejayaan.

Teruskan perjuangan DS. Doa kami tetap bersama DS.

Saturday, 31 October 2015

BAGAIMANA MENGUKUR KERAS ATAU LEMBIK?

Bekas presiden MCA, Datuk Seri Dr Chua Soi Lek kecewa kerana penggantinya, Datuk Seri Liow Tiong Lai gagal bertindak tegas terhadap menteri Umno yang mengeluarkan kenyataan berbaur perkauman.

Bercakap kepada Malaysiakini, Chua berkata Liow sepatutnya lebih tegas dalam menegur Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.
Ditanya jika beliau turut hampa dengan reaksi pejabat perdana menteri berkenaan perkara itu, Chua menjawab: "Saya lebih kecewa dengan presiden saya".

Jelasnya, Liow tidak wajar membiarkan pemimpin muda seperti Ketua Pemuda MCA, Senator Chong Sin Woon menggalas tugas untuk berhadapan dengan seorang menteri kabinet.

"Dia terlalu muda untuk mengendalikan perkara ini," katanya.
"Liow sepatutnya memberikan kenyataan yang keras. Orang mengharapkan beliau menyatakan perkara itu (kenyataan Ismail) sebagai salah.
"Perkara ini tak perlu tunggu dibincangkan di peringkat kabinet. Ia perkara mudah dan bukan intelektual pun," katanya.

Ulasan

Begitu ukuran lembik Chua Soi Lek. Berani balun UMNO dianggap keras dan tegas. Pada aku ini ukuran yang salah. Keras, lembik parti politik sepatutnya diukur kepada berapa undi yang boleh diperolehi.

MCA sangat lembik apabila gagal menguasai undi Cina. Kegagalan mutlak kerana undi Cina pergi kepada DAP dan kuncu kuncunya. Pemimpin MCA atau siapa saja usah lari dari hakikat ini. MCA telah gagal samada sengaja atau tidak.


Saturday, 24 October 2015

BODOHNYA...

KUALA LUMPUR 24 Okt - Tindakan memalukan Parlimen oleh pembangkang semalam amat memalukan dan perkara seumpama itu tidak seharusnya berlaku demi menjaga tatakerja sebagai ahli parlimen.

Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Salleh Said Keruak berkata, pembangkang bersikap kebudak-budakan dan tidak matang dengan mengangkat plakad 'Mana RM2.6 Bilion' sejurus selepas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak selesai membentangkan Bajet 2016.

“Mereka bukan sahaja tidak hormat kepada Perdana Menteri tetapi juga tidak menghormati badan agung Parlimen.

“Kami bukan sahaja perlu mematuhi etika berpakaian di Parlimen tetapi juga dari segi tatalaku. Parlimen tidak patut dijadikan sebagai sarkas,” tegas beliau

Sementara itu, mengulas mengenai isu kad top up yang diumumkan oleh Perdana Menteri semalam, Salleh berkata kementeriannya menerusi Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia akan mencari mekanisma terbaik dalam menangani isu tersebut.

“Oleh kerana pelaksanaan mekanisme baharu itu akan hanya bermula pada 1 Januari 2016, buat sementara waktu, sehingga 31 Disember 2015, kaedah sama bagi bayaran GST akan digunakan, iaitu GST sebanyak 6 peratus akan dicaj kepada pengguna,” ujarnya.

Semasa membentangkan bajet itu, Najib berkata pengguna Malaysia akan dibayar rebat bagi kad prabayar telefon bimbit yang bersamaan dengan amaun GST yang telah dibayar berkuat kuasa 1 Jan, 2016 hingga 31 Dis, 2016.


Ulasan

Seperti yang aku selalu nyatakan, mereka sekadar mahu tanamkan marah dan benci kepada Kerajaan khasnya Perdana Menteri. Mereka tahu 2.6 billion itu adalah wang derma kepada parti. Tiada kaitan langsung dengan Bajet Kerajaan.

Aku rasa dah sampai masa pemfitnah dilayan mengikut landas undang undang. Ini bukan lagi isu politik. Pasukan peguam Kerajaan harus lebih sensitif. Begitu jugak Peguam UMNO. Banyak sangat mengulas tak beri apa apa kebaikan kepada parti.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...