Boikot Barangan DAP

Boikot Barangan DAP

Tuesday, 20 January 2015

TAK ADA BAHAGIAN TUBUH ANWAR YANG TERLINDUNG !

Nama Watak

1. DS Najib Razak
2. Tun Mahathir
3. Tun Daim
4. Anwar Ibrahim

Watak Pembantu

1. Datuk Kadir Jasin
2. Tan Sri Zainuddin Maidin

( Ramai pelakon tambahan yang tak dapat dinamakan )

Latar cerita

Semua watak utama adalah orang yang amat berpengaruh. Watak pembantu jugak bukan calang calang orang. Di antara mereka, hanya Anwar Ibrahim yang mempunyai watak jahat. Sesuatu yang wajib difahami, apapun konflik yang timbul, kita jangan sampai silap menentukan siapa jahat siapa baik. Benda dah jelas.

Aku rasa kadang kala penyokong yang jadi penonton emosi sangat, silap memahami plot dan gagal menghayati jalan cerita sehingga benda yang tak patut jadi masalah, jadi macam masalah besar.

Jangan pandang rendah DS Najib, Tun Mahathir dan Tun Daim. Mereka ini bukan saingan Anwar,  jauh sangat sehingga kita yang berfikir sebaliknya.

Teguran Tun Mahathir dan Tun Daim DS Najib tak jawab. Bukan bermakna beliau tak peduli. Bahkan, mereka bertemu dan berbincang. Aku tak fikir Tun Mahathir dan Tun Daim mahu melihat DS Najib gagal. Kaji sejarah mereka bersama sebelum kita terbabit dalam polemik.

Semua kita sayang UMNO. Ini mungkin punca mengapa sebahagian daripada kita melompat. UMNO ini parti keramat. Jasa budinya banyak. Sebab itu pasti Allah akan lindungi UMNO.

Maka tiba tiba media membuka pintu kepada Anwar. Ramai yang nampak ' habislah Anwar dah dapat platform'. Tunggu dulu, tengok apa Anwar katakan dalam ruang sempit tu ?

Anwar telah tersilap besar kerana pada kesempatan itu beliau telah memburuk burukkan Tun Daim hanya kerana Tun Daim kaya. Dalam sepuluh orang paling kaya di Malaysia, Tun Daim tak adapun. Syed Mokhtar ada dan Syed Mokhtar jugak telah jadi bahan belasahan Anwar.

Apa maknanya ? Maknanya satu Malaysia telah jelas melihat Anwar ini sangat pendengki dan pendendam. Perjuangan Anwar selama ini adalah perjuangan yang bersalut dendam dan dengki. Tidakkah ini aset dan modal UMNO?

Tidakkah ini cukup untuk jadi bahan tulisan dan perbincangan para pemerhati dan penonton ? Kenapa ini tak jadi bahan pejuang pejuang yang sangat kasih kepada UMNO?

Allah dah dedahkan diri Anwar seluruhnya. Tak ada apa yang diperjuangkan, tak ada . Yang ada hanya nafsu jahatnya yang meluap luap.

Lupakan prop. Lupakan muzik latar. Lupakan pentas Anwar diberikan ruang. Ini masa kita satukan hati kita, perasaan dan fikiran kita untuk mematikan watak Anwar bin Ibrahim yang selama ini merosakkan jiwa dan minda sebahagian daripada kita.

Kepada yang mengaku pejuang , jangan gopoh menjatuhkan hukuman membuat rumusan sebab kebijaksanaan tak akan terbina di atas rasa marah melulu.

6 comments:

  1. Sebenarnya ramai sayang umno tapi cara tak kena.

    ReplyDelete
  2. Saya nampak pulak.. ramai yang sayang jawatan, kedudukan dan hartabenda melebihi umno, umno hanyalah wadah mereka untuk mendapatkan tiga benda tu.....

    ReplyDelete
  3. Najib betul. Dia jaga orang kampung. Nyawa UMNO

    ReplyDelete
  4. Saya syor semua media bagi Anwar ruang. Dia ni bapak penipu. Makin byk dia cakap makin org tau feel dia

    ReplyDelete
  5. Setuju sangat. Aku tak rasa Tun Daim terjejaspun. Bukan kecik anak dia ni. Yang meghoyan Anwar.

    ReplyDelete
  6. Pelakon no. 4 tu bagi 2 3 ekor chinadoll hilanglah mabuk gila meroyan dia ...

    Kalau keluar video, dapat jugak tengok kote dia sekali lagi.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...