Boikot Barangan DAP

Boikot Barangan DAP

Sunday, 25 January 2015

SEDIAKAN PAYUNG SEBELUM HUJAN ,

KOTA KINABALU 25 Jan - Pangkalan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) Kota Kinabalu di Teluk Sepangar di sini akan dilengkapi Sistem Pertahanan Udara yang canggih bagi menangani ancaman.

Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, langkah itu sesuai dengan kepesatan teknologi dan TLDM perlu memikirkan perancangan terbaharu dalam menangani senario semasa di Laut China Selatan dan perairan Sabah Timur.

"Dalam konteks ini ia bertujuan memastikan pangkalan kita ini selamat. Sama ada ia sistem pertahanan yang bagaimana, itu akan ditentukan nanti," katanya kepada pemberita selepas melawat dan meninjau pembangunan Pangkalan Laut TLDM Kota Kinabalu hari ini.

Katanya, rancangan itu adalah sebahagian daripada usaha untuk menaik taraf pangkalan berkenaan secara menyeluruh bagi menghadapi ancaman-ancaman semasa, khususnya di kawasan perairan negeri itu.

Bagaimanapun, beliau menjelaskan, usaha menaik taraf dan menambah keperluan aset pertahanan negara sebenarnya banyak bergantung kepada kemampuan ekonomi negara, ancaman semasa dan politik negara.

Selain itu, Hishammuddin berkata infrastruktur refit kapal selam Scorpene yang sedang dibina di pangkalan sama, ketika ini sudah 12 peratus selesai dan mengikut jadual.

Katanya, infrastruktur itu yang merangkumi pembinaan tiga buah bengkel utama untuk kerja-kerja penyelenggaraan peralatan kapal selam dan penyimpanan, dijangka dapat mengurangkan kos menyelenggara dua buah kapal selam negara iaitu KD Tunku Abdul Rahman dan KD Tun Razak.

"Bagi memastikan kedua-dua kapal selam ini dapat beroperasi sehingga tempoh maksimum iaitu 35 tahun, kerajaan dengan kerjasama Boustead DCNS Naval Corporation Sdn Bhd melaksanakan penyelenggaraan secara berkala," katanya.

Pangkalan Laut TLDM Kota Kinabalu yang dibina pada 2001 merangkumi Markas Wilayah Laut 2 dan Markas Angkatan Kapal Selam dan mempunyai hubungan antarabangsa dengan negara jiran Brunei dan Filipina khususnya melalui eksesais bersama yang dilaksanakan setiap tahun.

Pangkalan itu turut menempatkan beberapa buah kapal negara asing seperti Amerika Syarikat, Australia, Brunei Perancis, Jepun, Singapura dan India sekali gus menjadikan ia sebagai "Port of Call" atau tempat persinggahan sepanjang tahun 2014.

Hishammuddin hari ini menamatkan lawatan tiga harinya ke Sabah yang dilakukan bertujuan meninjau persiapan dan kesiapsiagaan pasukan keselamatan negara di negeri ini terutama di Zon Keselamatan Timur Sabah (ESSZONE)


6 comments:

  1. Cabaran makin hebat, susah nak pastikan kita tidak terancam. Oleh itu lebih baik kita bersedia dari segala sudut.

    ReplyDelete
  2. Laju Datuk Hishammuddin. Yang baru diumumkan, terus dilaksanakan. Ini yang rakyat mahu. Jaminan keselamatan untuk membina hidup.

    ReplyDelete
  3. Sejarah membuktikan Melaka pernah jadi tumpuan dunia kerana pengkalannya yang hebat. Semoga sejarah berulang.

    ReplyDelete
  4. Datuk Hishammudin pernah teruk dikritik kerana pemilihan parti. Kenyataannya sekarang beliau melonjak prestasinya. Nampak perubahan yang amat ketara.

    ReplyDelete
  5. Dah memang tepat masanya upgrade kita punya aset ketenteraan . Dah banyak sangat cabaran termasuk dari golongan petualang dari dalam negara.

    ReplyDelete
  6. Sebenarnya banyak perancangan Kem Pertahanan begitu menjadi akhir akhir ini. Tahniah. Sekaligus menutup mulut pembangkang.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...