Aktor kacak Aaron Aziz berharap aksinya memegang coli berwarna merah jambu dalam filem terbarunya, Suamiku Encik Perfect 10 tidak menimbulkan spekulasi atau disalah erti kerana tindakannya itu sekadar memenuhi tuntutan skrip dan plot filem berkenaan.
"Itu hanya 'props' saja. Saya rasa ia tidaklah teruk dan babak itu pun tidaklah nampak lucah.
"Bukan saya suka-suka nak pegang tetapi itu cara kita nak sampaikan babak itu yang berkait tentang hal kehamilan dan ada fakta yang mahu disampaikan.
"Sebenarnya, fakta itu pun sesuatu yang baru pada saya sebab walaupun isteri saya sudah tiga kali hamil tetapi saya pun tidak pernah tahu tentang fakta itu," katanya ketika ditemui pada sesi prebiu filem berkenaan di Kuala Lumpur, semalam.
Filem yang diadaptasi novel karya Syamnuriezmil diarahkan Mohamed Feroz Abdul Kader menggandingkan teraju utama, Aaron membawakan watak Zarief Daniel dan Lisa Surihani sebagai Aleeya Azmin.
Berkongsi pengalaman sewaktu penggambaran, Aaron menyatakan tidak sukar untuk menghidupkan watak itu kerana karakternya tidak banyak beza dengan watak dalam filem dan drama percintaan yang pernah dilakonkan sebelum ini.
Aaron juga mengakui dia serasi berlakon bersama lisa ketika pernah membintangi bersama filem Ombak Rindu yang ditayangkan pada tahun 2011.
"Karakter saya tak banyak beza dengan karakter yang pernah saya bawakan sebelum ini. Zarief seorang yang periang dan dia akan buat apa yang dia mahukan dan selepas itu baru memikirkan akibatnya.
"Saya berharap gandingan kami boleh memberi satu kelainan dan kami tiada masalah mewujudkan keserasian atas faktor masing-masing komited dengan karakter yang dibawa," katanya.
Penggambaran filem ini yang dijalankan pada tahun lalu diterbitkan Astro Shaw dan Global Station yang menjalani penggambaran di London dan sekitar Lembah Klang, Ipoh, Sungai Petani dan Alor Setar.
Plot filem ini mengisahkan Aleeya dan Zarief bertemu di dalam kapal terbang ketika dalam perjalanan pulang dari London ke Malaysia. Pertolongan ikhlas Zarief untuk meringankan beban Aleeya telah membibitkan rasa cinta di antara mereka berdua.
Namun, keegoan Aleeya menghalang cinta Zarief untuk terus berputik walaupun mereka ditakdirkan bersama. Filem ini yang turut dijayakan Normah Damanhuri, Jasmin Hamid, Syazwan Zulkifly, Raja Ilya dan Jehan Miskin akan ditayangkan bermula 22 Januari ini.
Selain mempertaruhkan Aaron dan Lisa sebagai sandaran utama, lagu tema filem ini juga menyaksikan gandingan penyanyi nombor satu negara, Datuk Siti Nurhaliza bersama penyanyi Indonesia, Cakra Khan berjudul Seluruh Cinta. Sumber
No comments:
Post a Comment