Boikot Barangan DAP

Boikot Barangan DAP

Monday 21 April 2014

PENULIS BIOGRAFI HINA KARPAL SINGH !

Baru beberapa hari meninggal dunia, kesedihan kaum keluarga dan sahabat handai masih terasa. Tiba tiba Malaysiakini menyiarkan berita berunsur fitnah ini :-

Penulis buku biografi Karpal Singh, Tim Donoghue mendakwa mendiang pernah menyatakan hasrat agar anak lelaki peguam tersohor tersebut Ramkarpal akan menjadi pengganti sebagai MP.

Penulis buku 'Karpal Singh – Tiger of Jelutong' itu mendakwa Karpal memberitahunya beberapa kali ketika berbual mengenai kes hasutan terhadap Sultan Perak, yang dihadapi mendiang.

Menurut Donoghue, Karpal memberitahunya bahawa Ramkarpal akan menggantikan tempatnya sebagai MP sekiranya sabitan kes hasutan itu berakhir dengan hukuman penjara.

"Karpal memberitahu saya banyak kali, jika beliau dikenakan boleh pemerintah apabila tewas rayuan hasutan itu, penggantinya tentu sekali Ramkarpal,” kata wartawan veteran itu.

Donoghue juga mendakwa, beliau menyaksikan sendiri rancangan Karpal ketika mendiang hadir untuk berucap dalam satu ceramah pada malam sebelum pilihan raya umum, Mei 2013.

“Terdapat kira-kira 100,000 orang di padang di Pulau Pinang. Atas sebab tertentu, si bapa memberitahu anaknya, 'kamu patut bangun dan berucap'.

"Saya fikir beliau cuba mengatakan, dalam fikirannya, beliau sangat berharap agar penggantinya untuk kawasan parlimen Jelutong adalah anaknya, Ramkarpal,” katanya.

Menurut Donoghue, Ramkarpal bersama ibunya Gurmit Kaur dan adiknya Sangeet, mengatur strategi untuk kempen Bukit Gelugor yang membolehkan Karpal meraih majoriti 41,000 undi.

Ulasan Aku :
Sebagai seorang yang dikatakan amat berpegang kepada prinsip dan intergriti, pemimpin parti yang juga amat berprinsip , maka aku rasa MUSTAHIL Karpal Singh mahu mewariskan Kerusi Parlimen kepada anaknya.
Aku cadangkan supaya penulis ini dan Malaysiakini disaman kerana fitnah ini !

2 comments:

  1. Kalau ikut budaya DAP, rasanya benda ni memang benar.

    ReplyDelete
  2. Apapun sikit sebanyak ada juga jasa dia

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...