Tetapi teguran paling kasar, terutamanya pada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, dibuat oleh anggota Parlimen DAP Ariff Sabri.
“Ia cara paling diplomasi untuk mengatakan – Saya rasa kamu tak berguna.”
Menurut Ariff, kenyataan itu dibuat bagi mengesahkan bahawa Najib bukan pemimpin rasional yang percaya arah masa depan melalui kesederhanaan dan perpaduan.
“Naluri seperti yang kita tahu berkait dengan haiwan yang tidak berfikir tetapi bertindak menurut naluri dan gerak hati.
“Jadi apa yang Obama kata, kecerdasan fikiran Najib sama tahapnya dengan haiwan seperti cimpanzi dan orang utan,” tulisnya dalam blog.
Ulasan :
Orang Melayu normal tak akan samakan sesiapapun khasnya pemimpin macam cimpanzi atau binatang lain. Orang Melayu umumnya menjaga batasan dalam menegur atau mengkritik. Kalau ada yang tergamak macam Ariff Sabri, maknanya ada masalah mentallah.
Kemudian aku heran jugak bila Ariff mengatakan naluri berkaitan dengan haiwan sebab aku selalu dengar orang kata " Sangat susah nak tipu mak kita sebab naluri keibuannya sangat kuat ". Atau kalau Ariff nak kata semua ibu yang ada naluri sama macam cimpanzi, aku tak taulah !
No comments:
Post a Comment