Boikot Barangan DAP

Boikot Barangan DAP

Thursday 10 April 2014

DR AGUS PAKATAN WAJIB BACA INI !!

SBY akui kekalahan dalam p'raya umum


Presiden Indonesia Susilo Bambang Yudhoyono, dalam kedudukannya sebagai pengerusi Parti Demokratik (PD), berkata beliau menghormati keputusan pengiraan segera peninjau pendapat umum berwibawa yang meletakkan parti pimpinannya di tempat keempat dalam pemilihan umum (PEMILU) Parlimen pada Rabu.

"Dengan kepercayaan dan andaian bahawa keputusan pengiraan undi secara segera tidak akan banyak berbeza dengan keputusan pengiraan undi sebenar, kami terima kemenangan Parti Demokrat," katanya kepada pemberita pada Rabu seperti yang dipetik agensi berita Antara.

Susilo berkata walaupun kelebihan undi yang diterima PD dalam pengiraan undi secara segera itu tidak tinggi, beliau dapat menerimanya dan percaya tidak berlaku sebarang penipuan dalam PEMILU.

Beliau juga menyeru kader dan penyokong parti itu di seluruh negara supaya menerima hakikat itu dan membuat persiapan dengan sebaik mungkin untuk menghadapi PEMILU Parlimen 2019.

"Bagi pihak Parti Demokratik, saya mengucapkan tahniah kepada Parti Demokratik Indonesia-Perjuangan (PDI-P), Parti Golkar dan Parti Gerakan Indonesia Raya (Gerindra) atas kejayaan mereka mendapat jumlah undi yang relatif lebih tinggi," katanya.

Mengenai prestasi Parti Demokratik, keputusan awal pengiraan segera oleh dua peninjau pendapat umum, Pusat Kajian Strategik dan Antarabangsa (CSIS) dan Cyrus Network, menunjukkan parti itu hanya memperoleh 9.1 peratus undi.

Jumlah undi yang diterima parti pemerintah itu merosot daripada 26.4 peratus dalam Pemilu 2009.

PDI-P menduduki tempat teratas dalam keputusan awal pengiraan segera itu dengan memperoleh 18.6 peratus undi, diikuti Golkar (14.6 peratus), Parti Gerindra (11.9 peratus) dan Parti Kebangkitan Nasional (PKB) (9.8 peratus).

Parti Amanat Nasional menduduki tempat keenam dengan 7.9 peratus undi, diikuti Parti Persatuan Pembangunan (PPP) (6.8 peratus), Parti Keadilan Sejahtera (PKS) (6.7 peratus), Parti Nasional Demokrat (Nasdem) (6.5 peratus), Parti Hati Nurani Rakyat (Hanura) (5.5 peratus), Parti Bulan Bintang (PBB) (1.6 peratus) dan Parti Keadilan dan Persatuan Indonesia (PKPI) (1.1 peratus).

Pengiran undi secara segera itu dibuat berdasarkan kaedah persampelan rawak, dengan kualiti rawak sementara pada kadar 98.3 peratus, manakala jidar kesilapan adalah satu peratus.

Sampel diambil daripada 2,000 pusat mengundi di 77 kawasan mengundi di seluruh Indonesia.

Bernama
Sikitpun aku tak ubah. Aku petik dari Malaysiakini. Dr Agus sanggup pergi ke Indonesia untuk mengikuti Pilihanraya dan dengan segera menyebarkan betapa bersihnya Pilihanraya Indonesia.
Dengan segera pula disambut dengan meriah oleh para penulis upahan Pakatan. Maka kepada mereka ' begitu teruklah ' Kerajaan UMNO/ dalam mengendalikan Pilihanraya.
Sekarang jika benar Dr Agus jujur, wajiblah dia dengan segera membesar besarkan berita di atas. Betapa tiada sesiapapun di Indonesia mengajak rakyat turun ke jalanan kerana kalah dalam pilihanraya. 
Beranikah Dr Agus bandingkan Bambang Susilo dengan Anwar Ibrahim? Tobatlah !!

 

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...