Boikot Barangan DAP

Boikot Barangan DAP

Saturday 5 April 2014

INI YANG MENYEBABKAN ORANG MARAH HISHAMUDDIN !

Keajaiban boleh berlaku


Hishammuddin Tun Hussein bersama Hamzah Zainuddin (dua dari kiri), Aziz kaprawi (dua dari kanan), Zulkifeli Mohd. Zin (kiri) dan Azharuddin Abdul Rahman (kanan) semasa sidang akhbar mengenai kehilangan pesawat MH370 di PWTC, Kuala Lumpur, semalam. - MINGGUAN/Ghazali Basri

Tapi yang marah puak Pakatan. Yang marah media asing yang berniat serong. Sebaliknya kaum keluarga, sahabat handai dan rakyat terbanyak sentiasa berasa lega dengan kenyataan Hishamuddin Hussein sejak hari pertama mengetuai misi mencari dan menyelamat MH370.
Hishamuddin sebaliknya tidak pernah berubah dan sangat positif. Akhirnya kita kembalikan segala urusan kita kepada Allah....

KUALA LUMPUR 5 April - Malaysia tidak akan berhenti mencari pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH370 yang hilang sejak 29 hari lalu sehingga ditemui, malah percaya tidak mustahil jika ada penumpang berjaya diselamatkan.
Pemangku Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, perkara itu adalah komitmen kerajaan dan harapan ahli keluarga setiap 239 individu di dalam pesawat tersebut yang sentiasa berdoa agar keajaiban berlaku.
Beliau berkata, selain mempergiat operasi mencari dan menyelamat (SAR), rakyat negara ini juga perlu terus berdoa kepada Allah agar segala kesukaran yang dihadapi dapat dipermudahkan.
“Walaupun sesuatu yang ajaib untuk berharap namun ahli keluarga masih berpegang kepada perkara itu. Keajaiban memang boleh berlaku.
“Ini merupakan harapan keluarga daripada perjumpaan saya dengan mereka walaupun dalam apa jua keadaan dan betapa tipis pun harapan untuk mereka selamat.
“Saya merayu kepada orang ramai, apabila Perdana Menteri (Datuk Seri Najib Tun Razak) mengumumkan pesawat MH370 berakhir di Lautan Hindi, tidak bermakna ianya terhempas," katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini.
Yang hadir sama Timbalan Menteri Luar, Datuk Hamzah Zainuddin; Timbalan Menteri Pengangkutan, Datuk Abdul Aziz Kaprawi; Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Tan Sri Zulkifeli Mohd. Zin; Ketua Pengarah Jabatan Penerbangan Awam (DCA), Datuk Azharuddin Abdul Rahman dan Ketua Pegawai Eksekutif MAS, Ahmad Jauhari Yahya.
Hishammuddin yang juga Menteri Pertahanan berkata, sokongan yang diterima daripada Menteri-menteri Pertahanan ASEAN Sempena Forum Pertahanan Amerika Syarikat (AS) - ASEAN untuk membantu Malaysia juga memberi dorongan kepada kerajaan untuk mencari pesawat MH370.
“Saya telah bercakap dengan pemimpin daripada negara yang terlibat dalam SAR, semangat serta yang diterima daripada gabungan tersebut sangat tinggi dan terpuji.
“Saya juga telah mengucapkan terima kasih kepada Setiausaha Pertahanan AS yang memberi komitmen untuk membantu menyediakan setiap aset yang kita perlukan," katanya.



Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20140406/dn_04/Keajaiban-boleh-berlaku#ixzz2y3uMVSWF
© Utusan Melayu (M) Bhd 

25 comments:

  1. Nampaknya Hishamuddin sekali lagi memilih pendekatan tidak popular. Dalam semua orang kata ' Tidak ada harapan, beliau masih berharap '. Dalam pada orang mengutuk DS Najib dan pemimpin UMNO lain tidak bersuara, beliau tampil membela. Hebat Hishamuddin ni.

    ReplyDelete
  2. Keutamaan Hishamuddin ialah kaum keluarga yang berharap. Saya juga sokong jika kita berikan mereka harapan dan dalam masa yang sama kita tak berhenti berusaha

    ReplyDelete
  3. Berusaha dan berdoa. Insyaallah Allah bersama irang yang sabar

    ReplyDelete
  4. Yang marah kerajaan dalam keadaan sekarang yang buta hati je. Yang celik semua bagi sokongan

    ReplyDelete
  5. Pakatan nak sangat kerajaan gagal. Depa ingat depa blh dpt untung. Piii rahhh

    ReplyDelete
  6. Sebagai org Islam berdosa jika berputus as

    ReplyDelete
  7. Segalanya masih tak pasti. Terus berdoa

    ReplyDelete
  8. Kerajaan ada asas untuk berharap kerana takbberhenti cuba. Org lain blh cakap sahaja

    ReplyDelete
  9. Harapan rakyat lawatan Hishamuddin ke US baru baru ini dpt menjawab sikit sebanyak misteri MH 370.

    ReplyDelete
  10. Bukan keluarga saja berharap. Seluruh rakyat berharap. Moga Tuhan makbulkan doa kita

    ReplyDelete
  11. Sehingga kini kita hanya boleh berharap dan berdoa. Selebihnya berserah kepada Tuhan

    ReplyDelete
  12. Apa pun jadi, DS Hisham sentiasa positif... itu yg buat org ramai termasuk keluarga mangsa bertambah yakin dgn DS....

    ReplyDelete
  13. Selepas pertemuan Datuk Hisham bersama keluarga mangsa keadaan menjadi reda. Inilah saya rasa kekuatan Datuk Hisham..ketulusannya

    ReplyDelete
  14. Org ramai boleh cakap macam macam yang menunggu Tuhan saja yang tau

    ReplyDelete
  15. Hisham berpegang kpd harapan tipis ahli keluarga mangsa utk berlakunya sesuatu yg ajaib kerana beliau yakin dgn kuasa Allah SWT.

    ReplyDelete
  16. Puak pembangkang da serabut la tu sebulan da kes ni X settle tp Hisham tetap positif & x putus asa....

    ReplyDelete
  17. Keep positive Hisham.... good job....

    ReplyDelete
  18. Hisham x perlu nk cari publisiti pun sbb die tau yg penting die jalankan tanggungjawab die secara ikhlas & jujur

    ReplyDelete
  19. X perlu popular untuk jadi pihak yg benar... jalankan tugas dgn betul & mengigil syariat Islam...jujur & amanah kpd rakyat

    ReplyDelete
  20. Ahaha...baru puak2 yg dok kondem Hisham ni sedar langit ni tinggi ke rendah...dok kutuk2 Hisham dulu kan...

    ReplyDelete
  21. Hisham perlu teruskan kredibiliti & personaliti beliau yg mcm skrg ni kalau nk menjadi pemimpin Melayu yg tersohor spt area baca & datuknya dahulu

    ReplyDelete
  22. Makin tinggi rasa hormat aku kat Hisham ni.

    ReplyDelete
  23. Kejayaan Hishamuddin adalah kegagalan untuk pembangkang

    ReplyDelete
  24. Macam mana orang angkat Hisham ni pun, beliau tetap humble, hormat pemimpin tertinggi & tak lupa diri

    ReplyDelete
  25. Macam mana tak murah, depa dok hentam macam2 nak bagi Hisham patah semangat tapi yang berlaku sekarang Hisham makin bersemangat lagi adalah

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...