Boikot Barangan DAP

Boikot Barangan DAP

Wednesday 16 April 2014

HISHAMUDDIN SEKOLAHKAN WARTAWAN !

Pandang ke hadapan dalam usaha mencari MH370, usah salahkan Malaysia - Hishammuddin


15/04/2014 9:58pm


DATUK Seri Hishammuddin Tun Hussein pada sidang akhbar mengenai MH370 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini sewaktu Pameran Perkhidmatan Pertahanan Asia (DSA) kali ke 14 hari ini. - KOSMO!/DJOHAN SHAHRIN SHAH


KUALA LUMPUR - Semua pihak digesa memandang ke hadapan berhubung operasi mencari pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH370, bukan berpatah balik dan cuba menyalahkan sesiapa, kata Pemangku Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein hari ini.
Beliau berkata, menuduh Malaysia bersalah berhubung kehilangan pesawat itu adalah tidak berasas dan oleh kerana kejadian itu belum pernah berlaku, maka tiada duluan untuk dijadikan tanda aras dalam usaha mencarinya.
Beliau menyatakan demikian apabila ditanya tentang urutan masa Malaysia berkongsi maklumat ketenteraannya yang sensitif dengan pihak berkuasa penerbangan berkaitan kehilangan pesawat itu pada 8 Mac.
"Anda melihat terlalu jauh ke belakang, sedangkan ketika ini kami berusaha untuk mengecilkan fasa operasi mencarinya. Malangnya, kita masih membuat spekulasi tentang perkara yang tidak bersifat memandang ke hadapan.
"Apa yang ingin saya lakukan mengenai penubuhan jawatankuaaa peringkat kementerian dan panel penyiasat antarabangsa yang akan dibentang kepada Kabinet beberapa hari lagi adalah untuk menangani semua isu itu," katanya kepada pemberita pada sidang akhbar di Pusat Dagangan Dunia Putra di sini hari ini. - Bernama

Wartawan khasnya wartawan asing ternyata tak puashati apabila ada orang Melayu berjaya mendepani sesuatu sesukar Tragedi MH370. Media Barat khasnya mahu tunjukkan jugak kegagalan Hishamuddin. Dengan dokongan beberapa kerat macai mereka dalam negara, mereka terus cuba buktikan bahawa yang terbaik adalah mereka.
Akhirnya mereka terkayu. Kenyataan Hishamuddin tenang tapi bisa menikam. Mereka tak dapat nak cari soalan susulan. Hishamuddin buktikan mereka sangat pesimis ! Mereka kalah dengan jiwa besar Malaysia yang tidak patah hati dan berputus asa.
Terbalik ! Mereka nak jatuhkan Hishamuddin, Hishamuddin balun mereka tanpa mereka sedari.



22 comments:

  1. Di mana mana sekarang org cakap tentang kemampuan Hishamuddin. Saya bersyukur sangat, dah nampak tanda tanda pemimpin masa hadapan

    ReplyDelete
  2. Hisham kena teruskan stailnya. Aku rasa ini kejutan bukan saja kepada wartawan tapi pemimpin dunia. Tiba tiba Hisham tampil dengan imej tersendiri. Tahniah.

    ReplyDelete
  3. Sedikit sebanyak DS Hishamuddin menjawab macam Tun M dulu. Lembut, tenang tak emosi tapi kesannya amat mendalam. Lepas ni saya percaya orang tak berani nak cakap lebih kurang.

    ReplyDelete
  4. Kantoi...anda melihat terlalu jauh ke belakang..terbaik !!!

    ReplyDelete
  5. Ada org di barat sangka kita masih dijajah oleh mereka. Sebab itu bila kita lahirkan tokoh mereka dgn cepat nak jatuhkan tokoh ini. Dulu Dr Mahathir sekarang Datuk Hisham. Masa inilah kita wajib bersatu..

    ReplyDelete
  6. Wartawan saya peghatikan sejak awal lagi susah payah nak cari kelemahan kita. Mujur Hushamuddin dapat atasi niat jahat mereka

    ReplyDelete
  7. Yang suka pandang belakang ni geng nuar brahimlah tu...

    ReplyDelete
  8. Sekarang Australia dan Amerika jugak tak dpt jawab byk soalan. Ngapa media barat tak serang mereka

    ReplyDelete
  9. Aku sokong Hoshamuddin. Bantai Datuk Seri. Over dah depa ni.

    ReplyDelete
  10. Sebelum ini ramai orang bertanya, siapa selepas Najib? Sekarang saya rasa Allah dah tunjukkan. Cuma saya harap DS Hishamuddin dapat menjaga diri dan keluarganya. Menjadi pemimpin bukan sekadar diri sendiri sahaja. Kaum keluarga juga diperhatikan. Syukurnya setakat ini kita tidak mendengar berita negatif tentang keluarga Hishamuddin.

    ReplyDelete
  11. Saya setuju dengan Hishamuddin. Mari kita memandang ke hadapan, usah asyik menoleh ke belakang. Bukan mereka saja, Hishamuddin pun.

    ReplyDelete
  12. Memang patut pun Wartawan2 ni kena sekolah balik..buat malu je...kdg2 tu nampak kebodohan sendiri bila aju kan soalan

    ReplyDelete
  13. Steadylah Hishamuddin. Ampun maaplah. Dulu ada org panggil dia Shima. Sekarang siapa berani perlekeh kena penampar aku.

    ReplyDelete
  14. Aku suka dgn cara Hishamuddin sekarang.. cayalah bro

    ReplyDelete
  15. Pemimpin da bijak...mintak tolong wartawan pun jadilah bijak juga ye

    ReplyDelete
  16. Yg best nye walaupun wartawan tanya soalan mengarut pun DS Hisham tetap jawab dgn tenang

    ReplyDelete
  17. Ramai yg ske sgt pandang ke belakang. Nk hentam Hisham dok korek cerita2 lama yg da basi & x berfaedah

    ReplyDelete
  18. X perlu bimbang sebab Hisham mampu tangani kes ni dengan baik..insha Allah

    ReplyDelete
  19. Dieorang ni slalu pandang ke belakang sebab takut nak hadapi kebenaran

    ReplyDelete
  20. Kan da kena sound dgn Hisham...ahahaha

    ReplyDelete
  21. Tak mustahil Hisham bakal jadi pemimpin Melayu yang disegani and digeruni orang barat selepas Tun M..

    ReplyDelete
  22. Yang dok pandang ke belakang ni sebab depa dah tak nampak dah apa lagi kelemahan Hisham sekarang ni nak jadikan point nak hentam

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...