Boikot Barangan DAP

Boikot Barangan DAP

Saturday 19 April 2014

BAGUS HISHAMUDDIN...MALAYSIA TAHU SIAPA MERDEKA CENTRE !

Hisham tolak hasil tinjauan pendapat MH370


Pemangku Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Hishammuddin Hussein menolak tinjauan pendapat yang mendapati hanya suku daripada penduduk Malaysia percaya Malaysia jujur tentang pesawat MH370 yang hilang.

"Ini bersifat spekulatif semata-mata. Ia tidak bertanggungjawab dan ia tidak mewakili pandangan majoriti di luar sana.

"Orang ramai mahu kami teruskan dan kita telah berbuat demikian dengan kawan-kawan kita dari seluruh dunia.

"Ada sekumpulan kecil yang mungkin sinis dengan usaha kita untuk terus bergerak ke depan tetapi kebenaran akan terserlah jua akhirnya.

"Tiada apa yang perlu kita sembunyikan," katanya dalam sidang media hari ini.

Beliau diminta mengulas satu tinjauan oleh Merdeka Centre, yang antara lain mendapati 26 peratus daripada responden percaya kerajaan jujur, berbanding 54 peratus lagi yang yakin kerajaan menyembunyikan kebenaran tentang kejadian itu.

Sebaliknya kata Hishammuddin, sokongan dari seluruh dunia masuk mencurah-curah, termasuklah dari pemimpin-pemimpin yang beliau temui di pameran Perkhidmatan Pertahanan Asia di Kuala Lumpur, sepanjang minggu lalu. (Baca berita penuh)

Sementara itu, Bernama melaporkan Hishammuddin memberi jaminan usaha mencari pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH370 akan diteruskan, walaupun terdapat rancangan operasi berkenaan akan dibincang dan dibuat penilaian semula.
  
Katanya pasukan operasi mencari di bawah seliaan Pusat Penyelarasan Agensi Bersama (JACC) yang ditubuhkan Australia dan pihak terbabit, bagaimanapun menimbang pendakatan lain, termasuk meluaskan skop pencarian dan menggunakan aset lain yang mungkin relevan dengan pencarian itu yang memasuki hari ke-43 hari ini.
  
Selain terus menggunakan kapal selam mini Bluefin-21 untuk kerja mencari di dalam air, pihak berkuasa Malaysia kini mengkaji kemungkinan menambah penggunaan set komersial dalam operasi itu, katanya pada sidang akhbar berhubung perkembangan usaha mencari pesawat berkenaan hari ini.
  
Sebelum ini, Perdana Menteri Australia Tony Abbot berkata operasi mencari itu akan dibincang dan dinilai semula sekiranya tidak terdapat perkembangan baharu "dalam masa beberapa hari lagi".
  
"Di sini, syarikat seperti Deftech, DRB, Boustead dan beberapa syarikat Malaysia telah bertemu dan berbincang dengan rakan mereka dari luar negara berhubung cara bagaimana kita boleh menambah AUV (kenderaan dalam air autonomi) untuk membantu usaha mencari," kata Hishammuddin.
  
Hishammuddin mengesahkan bahawa AUV Bluefin-21 berjaya merakam dengan jelas imej keadaan di dasar laut dalam misi pencariannya.
  
"Bagaimanapun, daripada kesemua enam misi yang dijalankan, sehinga kini, tidak terdapat sebarang penemuan yang berkaitan," katanya sambil menjelaskan bahawa kapal selam mini itu memulakan misi ketujuhnya pagi ini.
  
Beliau juga menolak laporan media yang membayangkan UAV itu akan mengambil masa antara enam minggu dan dua bulan untuk mengimbas seluruh kawasan pencarian yang ditetapkan.
  
"Itu tidak betul. Kawasan mencari yang ditetapkan ketika ini akan selesai diliputi Bluefin-21 dalam masa seminggu," katanya.
  
Beliau berkata kini tibalah masanya bagi pihak yang terlibat dalam operasi mencari itu berbincang tentang penggunaan kapal selam.
  
Penerbangan MH370 bersama 239 orang ke Beijing, hilang daripada pengesanan radar ketika terbang di ruang udara Laut China Selatan pada 8 Mac setelah berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa KL pada jam 12.41 tengah malam. Ia sepatutnya mendarat di Beijing pada 6.30 pagi hari sama.
  
Operasi melibatkan pelbagai negara dilancarkan untuk mencari pesawat Boeing 777-200 itu, mula-mula di Laut China Selatan dan kemudian di selatan Lautan Hindi apabila pesawat itu didapati menukar laluannya.
  
Ditanya sama ada lokasi mencari ketika ini yang berpandukan input daripada satelit Inmarsat perlu dinilai semula, Hishammuddin berkata fokus perlu diberi di kawasan semasa.
  
"Yang penting sekarang, fokus hari ini dan esok dibuat berdasarkan hasil perbincangan dengan JACC, usaha mengurangkan keluasan kawasan mencari kini berada di peringkat amat kritikal. Saya merayu kepada semua pihak di seluruh dunia supaya berdoa agar kami menjumpai sesuatu yang akan membolehkan kami memberi tumpuan," katanya.
  
Beliau berkata jawatankuasa peringkat kementerian yang dibentuk berikutan kehilangan pesawat itu telah merangka cadangan struktur dan Terma Rujukan Pasukan Penyiasatan Nahas Kapal Terbang bagi MH370.
  
Langkah itu sejajar dengan Peraturan-peraturan Penerbangan Awam Malaysia 1996 (MCAR 1996) dan Lampiran 13 -­ Konvensyen Chicago Mengenai Kemalangan Kapal Terbang dan Penyiasatan Kejadian.
  
Hishammuddin berkata pasukan yang dicadangkan itu akan dianggotai pakar dari dalam dan luar negara.
  
"Saya juga telah berbincang dengan Sekretariat Asean berhubung kemungkinan melantik beberapan rakan sejawatan kami menganggotai pasukan itu," katanya.
  
Hishammuddin berkata beliau juga telah berbincang dengan Jean-Paul Troadec, berdasarkan pengalamannya mengendalikan kes kehilangan pesawat Penerbangan 447 Air France, berhubung penggunaan aset komersial swasta bagi membantu operasi mencari Penerbangan MH370.
  
"Ketika kami akan melangkah ke fasa pencarian berikutnya, saya terharu apabila lebih banyak rakan dari negara lain menyuarakan kesediaan mereka
membantu dan menyokong usaha kami untuk mengesan MH370," katanya.

Ulasan Aku :-
Bukan sikit kaji selidik dibuat oleh Merdeka Centre. Tapi siapa respondennya, berapa orang, apa bentuk soal selidiknya kita tak tau. Yang kita tau setiap kali soal selidik dijalankan pasti dapatannya negatif kepada Kerajaan UMNO/BN. Aku setuju sangat bila Datuk Seri Hishamuddin tolak mentah mentah soal selidik ini. Bangkul sampahkan !
( Sumber - Malaysiakini )

24 comments:

  1. Ko kena faham, Merdeka Centre ini kuda Nuar Brahim. Kerja dia pejatuh kerajaanlah.

    ReplyDelete
  2. Sokong Datuk Hishamuddin. Tolak kajian Merdeka Centre. Rakyat selurunya memahami susah payah Kerajaan.

    ReplyDelete
  3. SUKU DARIPADA PENDUDUK MALAYSIA PERCAYA. TIGA SUKU TAK PERCAYA. KAH KAH KAH KAH. MERDEKA CENTRE TIGA SUKU !!

    ReplyDelete
  4. Buat je kerja Datuk. Orang gila jangan dilayan, kita gila sama. Dunia hargai Datuk dan Kerajaan. Pedulikan perkakas Anwar tu.

    ReplyDelete
  5. Aku tak nampakpun Hishamuddin ambil kesempatan dari MH370. Yang Pakatan kelam kabut pasai apa?

    ReplyDelete
  6. Rakyat sokong usaha kerajaan. Takbirrr.

    ReplyDelete
  7. Artikel ini tersiar dalam Mkini. Tau kenapa? Sebab dia harap ada orang akan balun Hishamuddin dan kerajaan. Ini kepala hotak dia orang. Balunlah. Lebih ramai rakyat suka Hishamuddin sekarang.

    ReplyDelete
  8. Kita wajib berdoa, mudah mudahan Allah berikan sebarang jawapan kepada misteri MH370

    ReplyDelete
  9. Bagus Datuk Hisham. Jangan terganggu, teruskan usaha. Allah akan tolong usaha yang baik.

    ReplyDelete
  10. Selepas lebih 40 hari Datuk Seri Hishamuddin tetap meneruskan usaha bersama pasukannya. Seluruh dunia menyokong dan membantu. Ini sesuatu yang luar biasa dan belum pernah berlaku. Pembangkang nampaknya mengambil peluang menjadi peristiwa ini cara menjatuhkan imej kerajaan. Saya percaya rakyat dapat menilai usaha baik yang telah kerajaan lakukan.

    ReplyDelete
  11. Tak payah layan. Teruskan usaha.

    ReplyDelete
  12. Ini bukan masa melayan kritikan melulu. Teruskan usaha, perbaiki kelemahan. Hishamuddin adalah PM dalam pembuatan. Siapapun tak boleh pertikai.

    ReplyDelete
  13. Masa mengubah. Dari seorang yang lemah Hishamuddin jadi cukup hebat sekarang.

    ReplyDelete
  14. Dah byk kajian MC. Satupun aku tak percaya

    ReplyDelete
  15. anon 20.00
    Aku setuju...setuju 200x.Tak pernah kajian Merdeka Centre menepati ramalan mereka.

    ReplyDelete
  16. Ala...silap2 yg jd responden soal selidik ni pun kaum kerabat dieorg jugak ni... saja nk cari point nk hentam Hisham balik la ni

    ReplyDelete
  17. Aku doakan Hshamuddin dan pasukannya terus diberikan kekuatan. Lepas ini ntah apa pulak cabaran negara kita hadapi

    ReplyDelete
  18. Soal selidik ni semua propa je ni. Saje nk bikin panas. Konon nk kasi DS Hisham patah semangat la

    ReplyDelete
  19. Ni lagi satu pecacai Anwar nak jatuhkan Hisham yang sekarang ni tengah naik la ni

    ReplyDelete
  20. Suka sangat dengan keperibadian Hisham

    ReplyDelete
  21. Sekarang orang da semakin bijak menilai

    ReplyDelete
  22. Tak perlu susah2 la MC nak keluarkan kami selidik bagai sebab yang percaya cerita korang ni seorang dalam 100 orang.. faham?

    ReplyDelete
  23. Datuk Seri buat je kerja Datuk. Tak perlu ambil peduli dieorang ni. Buang masa je

    ReplyDelete
  24. Pemimpim bijak. ..rakyat pun da ikut jadi bijak

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...