Boikot Barangan DAP

Boikot Barangan DAP

Saturday 26 April 2014

AS SEDIA BANTU RUNGKAI MISTERI PESAWAT MH 370.


Presiden Barack Obama menyatakan kesedian Amerika Syarikat ( AS ) untuk membantu Malaysia dalam merungkai misteri kehilangan pesawat MH 370.
Pemangku Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Hishamuddin berkata jaminan itu diberikan dalam pertemuan ringkas sejurus ketibaannya bagi lawatan rasmi ke negara ini.

" Beliau akui cabaran berliku dalam usaha mencari MH370. Kita akan bekerjasama dan AS sedia membantu ".
" Saya gembira mendengar perkara ini dan mengakui bahawa perjalanannya amat panjang". kata Hishamuddin lagi.

Sebelum ini Obama dilaporkan sebagai berkata bahawa keutamaan AS sekarang ialah membantu Malaysia mencari MH 370 dan bahan bukti telah dikongsi bersama Malaysia dan AS melalui FBI.

Obama berkata  doanya tetap bersama keluarga dan waris MH370 dan beliau mahu mereka tahu, usaha mencari MH 370 adalah keutamaan AS sekarang- Sumber

Apabila Obama membuat keputusan untuk tidak menemui Anwar Ibrahim, tiba tiba kedatangan Obama ke Malaysia dikatakan tidak berfaedah oleh Pakatan. Tetapi dunia mengetahui bahawa AS adalah kuasa besar dunia dan lawatan Obama adalah pengiktirafan kepada Malaysia.

Lebih daripada itu ini adalah bukti bahawa Malaysia adalah negara yang selamat untuk dikunjungi. Adalah dua tiga kerat budak budak Anwar cuba nak berhimpun di Sogo, nak tunjuk protes tapi hakikatnya mereka tak berjaya.

Yang aku respek Datuk Seri Hishamuddin. Tak pernah tergelincir dan tersasar. Sentiasa dalam pemikirannya, mencari MH 370. Aku harap bila Obama bagi jaminan nak tolong, mudah mudahan misteri ini akan benar benar terungkai akhirnya, insyaallah.

7 comments:

  1. Ini hikmah lawatan Obama. Malaysia dilihat sebagai sebuah negara yang selamat untuk dikunjungi.

    ReplyDelete
  2. Terimalah kenyataan USA adalah kuasa besar dunia. Menjalin hubungan baik dengannya adalah kejayaan bagi kita.

    ReplyDelete
  3. Kehadiran Obama jadi negatif bila dia tak mahu jumpa Anwar. Mudah je.

    ReplyDelete
  4. Harap harap kita dapat tau apa sebenarnya berlaku. Kasihan kaum keluarga penumpang dan krew terbabit

    ReplyDelete
  5. Dahsyat Hishamuddin. Tumpuannya tidak berubah , MH370

    ReplyDelete
  6. Kedatangan Obama adalah penghormatan kepada kita. Tambah bermakna bila beliau memberi jaminan untuk bantu usaha mencari MH 370

    ReplyDelete
  7. Hishamuddin mengambil peluang kehadiran Obama untuk meminta bantuan. Hakikatnya US mempunyai segala kepakaran jika mahu membantu.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...