Boikot Barangan DAP

Boikot Barangan DAP

Wednesday 23 April 2014

APA ZAM KATA NIH?

ANTARA COWBOY JOURNALISM DAN GUIDED JOURNALISM

Sidang akhbar yang diadakan setiap hari oleh Pemangku Menteri Pengangkutan Malaysia mengenai MH 370 telah berkesan dalam  mendedahkan  Cowboy Journalism yang diamalkan oleh wartawan-wartawan Amerika Syarikat atas nama kebebasan. Mereka menembak soalan berasaskan kepada khabar angin, sumber ketiga, pembohongan atau cerita rekaan mereka sendiri.

Pertanyaan-pertanyaan itu akan di ulang pada sidang akhbar yang berlainan hari walaupun telah tidak dihiraukan oleh Hishamuddin atau telah dinafikan.Seorang wartawan Amerika mendakwa 25 % rakyat Malaysia tidak percaya kepada usaha pencarian MH 370  yang dilakukan oleh kerajaan Malaysia tetapi Hishamuddin bertanya  kalau bagitu  bagaimana lebih 26 negara membantu  Malaysia dalam usaha ini.

Hishamuddin secara halus dan bijak tetapi sinis, keras, pedas dan tegas menolak percubaan mereka yang berulang kali  untuk menyeret beliau memberikan komen diatas maklumat tidak sah. Sebarang komen reaksi darinya akan diputar belitkan oleh mereka untuk memberikan kredibiliti kepada pembohongan dan kesilapan  mereka  atau demi untuk perlombaan dengan stesen stesen lain bagi memberikan berita yang terbaik.

Dalam masa yang sama mereka juga menjalankan tugas untuk dicredit media tempatan yang terkawal dalam usaha menjadikan media cowboy  sebagai budaya yang seharusnya diterima oleh rakyat setempat.

Cara inilah yang telah ditiru  oleh Malaysian Insider dan juga Malaysiakini selama ini untuk mengikis keyakinan rakyat terhadap sumber yang sah dan lebih mempercayai kepada berita berita liar,berita yang diputarbelitkan dan berita berita serkap jarang sehingga rakyat berada didalam kekeliruan untuk mengenali antara kebenaran dan pembohongan.

Hampir seluruh rakyat Amerika Syarikat  yang tidak terdedah kepada dunia luar dari sejak perang dingin hingga sekarang adalah tertakluk dan ikut telunjuk soft power media mereka."Keterbukaan" media sebenarnya wajah luar mereka tetapi siapa yang pernah tinggal di Amerika tahu  rakyatnya terbatas pengetahuan mereka sekadar maklumat daerah masing masing disebabkan keluasan negara mereka

Bagaimanapun sejak lebih  sebulan yang lalu Hishamuddin secara bijak telah memisahkan dalam sidang akhbarnya  antara wartawan yang beretika dengan  wartawan comboy yang liar dalam sidang akhbarnya mengenai MH370.
Ini dapat dirasakan oleh rakyat kerana sidang akhbar itu berlaku dalam negara  dan trajidi itu menyentuh perasaan mereka yang sukar bagi mereka untuk tidak mempercayai  kesungguhan kerajaan  dalam usaha mencarinya.

Dalam tahun 1981 saya berada hampir setahun di Universiti Of Michigan Ann Arbor kerana menghadiri suatu fellowship kewartawanan  dan ketika itu perang dingin masih memuncak.  Suatu pembohongan telah dilakukan serentak  oleh beberapa stesen TV mendakwa  Presiden Gadafi dari Libya telah menyeludup masuk ke Amerika  menerusi Los Angeles.

 Peleknya ramai orang  Amerika  yang mempercayai pembohongan ini malah ditunjukan pula  beberapa orang telah mencangkul lubang untuk menyelamatkan diri sekiranya berlaku serangan dari luar.

Journalisme Cowboy ini yang dijuarai oleh  CNN  sangat berkesan kerana rangkaian mereka  yang merangkumi seluruh pelusuk dunia menarik perhatian dengan  menggunakan pendekatan popular bersadur dengan  elemen "gempak", bohong, sensasi dan propaganda menerusi kekuatan dan kecanggihan teknologinya.

Tidak boleh dinafikan  Journalisme Cowboy  inilah  yang telah meyakinkan dunia dan menjustifikasikan penjajahan baru Amerika Syarikat ke atas Iraq  dengan pembunuhan kejam ke atas Saddam Hussein yang diikuti  dengan pembunuhan Gadafi dan rakyatnya dan sekarang pembunuhan beramai-ramai rakyat Syria.

Rakyat Amerika malah sebahagian besar penduduk dunia mewajarkan kedhaliman ini kerana fikiran mereka telah  dicondisikan dengan kebencian terhadap pemimpin pemimpin Arab ini sekian lama.

Dunia percaya bahawa mereka telah membunuh  Saddam Hussein atas prinsip kebebasan dan kemanuisaan  tetapi kekejaman  Amerika  Syarikat ke atas  rakyat Iraq dengan memperalatkan bumiputra Iraq sendiri  berlaku setiap hari di negara itu secara yang lebih dahsyat  lagi.

Inilah Journalisme yang sedang diamalkan oleh beberapa portal berita terkemuka di Malaysia dengan penyebaran berita-berita yang tidak berasaskan sumber yang sah, diputarbelitkan, dipetik dari akhbar musuh mereka dan disiarkan bahagian yang hanya sesuai untuk kepentingan  memperkukuhkan putarbelit mereka.Umpamanya mereka mempergunakan orang yang tidak mempunyai kredbiliti untuk menyalahkan hukuman Mahkamah yang berwibawa terhadap banduan.

Wartawan-wartawan Malaysian Insider dan juga Malaysiakini sangat  mahir dengan  amalan Journalisme Cowboy ini.

Bagaimanpun sidang akhbar Pemangku Menteri Pengangkutan  Hishamuddin Hussein pada setiap hari mengenai MH370  telah dapat memperkenalkan kepada umum antara wartawan  cowboy dan wartawan terpimpin.

Pada umumnya wartawan-wartawan Malaysia terutama di media cetak masih berpegang kepada kebenaran  sesuatu berita berasaskan kepada menjawab 5W:  What, When, Where ,Who dan Why.Mereka mengamalkan guided journalism dan pengamal cowboy journalism pakai tembak sahaja,lawless,temberang dan tidak menghormati etika.

KREDIT KEPADA ZAMKATA...TERIMA KASIH.

17 comments:

  1. Wartawan ni silap org. Dia pikir Hishamudin blh dibuat main

    ReplyDelete
  2. Kalau seseorang tu dapat kredit Zam maknanya hebatlah orang tu. Syabas Datuk Hishamuddin

    ReplyDelete
  3. Pandangan Barat terhadap kita tak pernah berubah . Dia ingat kita ni masih macam masa dijajah dulu

    ReplyDelete
  4. Elok sangat Datuk Hisham bertegas. Mereka mahu buli negara kecil macam kita. Nampak terkayu wartawan ni...

    ReplyDelete
  5. Kesan kemampuan DS Hisham terasa di seluruh dunia. Org puteh patut tau kita dah lama merdeka

    ReplyDelete
  6. Saya setuju dengan Zam. Datuk Hisham secara tidak langsung telah mendedahkan niat buruk Barat

    ReplyDelete
  7. Masa berubah. Dulu kita ingat tak de dah penjajah. Rupanya ada bentuk penjajahan yang baru

    ReplyDelete
  8. Bila Zam yg tulis Mkini dan puaknya ak berani pertikailah. Otai...

    ReplyDelete
  9. Terima kasih Zam. Betoi kita sokong tak elok kita tegoq. Insyaallah selamat UMNO

    ReplyDelete
  10. Kits doa agar segala berakhir dgn jelas. Tutup mulut lahanat semua

    ReplyDelete
  11. Barat pandang rendah kita sebab ada org dlm perlekeh sama

    ReplyDelete
  12. Sebab tu pemimpin memainkan peranan besar dalam membentuk sesebuah masyarakat.. pemimpin kita perlu tegas & bijak bertindak supaya kita tidak dijajah oleh negara a song lagi

    ReplyDelete
  13. Tegas, sinis, tepat dan keras dalam lembut melayan kerenah wartawan

    ReplyDelete
  14. Susahlah kalau ada orang dalam yang jadi sekutu barat...

    ReplyDelete
  15. Jangan mudah terpedaya dengan barat... yakinlah dengan pemimpin kita Hishamuddin ni

    ReplyDelete
  16. Hishamuddin sekarang korang jangan buat main...silap haribulan, menangis korang kena sekolah ngan Hishamuddin ni

    ReplyDelete
  17. Biar aku pulak yang nak kat a ni "aku perlukan orang mcm DS Hishamuddin untuk jadi PM Malaysia"

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...