Boikot Barangan DAP

Boikot Barangan DAP

Wednesday 9 April 2014

AKU JANGKA PAS TAK AKAN BENTANGKAN UNDANG UNDANG HUDUD !

Hudud: PKR, DAP bantah keras


KUALA LUMPUR 9 April - Pas   berterusan  ditentang  rakan  sekutunya  sendiri  dalam  pakatan  pembangkang   berhubung  hasrat  parti  itu untuk  mengemuka kan usul rang undang-undang persendirian mengenai hudud di Dewan Rakyat.
Ketika Kerajaan Pusat dan UMNO menyatakan sokongan kepada hasrat Pas itu, DAP dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) pula memberi peringatan keras bahawa hudud tidak pernah menjadi kesepakatan dalam pembangkang.
Malah Ketua Publisiti DAP, Tony Pua, secara terang-terangan berkata, DAP selaku parti kedua terbesar dalam pakatan dengan 38 ahli Parlimen tidak akan menyokong rang undang-undang yang mahu dikemukakan Pas. Hudud bukan sebahagian daripada persetujuan pakatan," katanya sebagaimana dipetik dari The Malay Mail Online hari ini.
Tony Pua adalah pemimpin kanan kedua DAP yang tampil menentang hasrat Pas selepas bekas Pengerusi, Karpal Singh lantang mengingatkan Parlimen minggu lalu agar jangan membenarkan usul berkenaan diluluskan.
Sebelum ini, Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakob memberitahu, rang undang-undang persendirian akan dibentang di Parlimen bagi mendapat kebenaran untuk membolehkan hudud dilaksanakan di negeri itu.
Dalam perkembangan sama, Naib Presiden PKR, N. Surendran, juga senada dengan DAP apabila mengingatkan Pas bahawa pakatan pembangkang telah membuat keputusan yang jelas tentang hudud pada tahun 2011.
“Ketiga-tiga pihak secara terbuka mengumumkan bahawa tidak akan melaksanakan hudud kecuali mendapat persetujuan semua pihak dalam pakatan. Tidak ada kata sepakat tentang hal itu," katanya. Sumber - Utusan Malaysia...

Berita di atas aku petik dalam Utusan Malaysia ( 10 April 2014 ). Aku yakin berita ini benar sebab selama ini DAP dan PKR tak pernah bersetuju dengan apa sahaja yang PAS nak laksanakan. Cuma yang aku bimbang dan aku yakin akan berlaku ialah PAS sendiri akan membatalkan niat membentangkan Rang Undang Undang ini di Parlimen.
Keyakinan aku PAS dah goyang bila UMNO bersungguh sungguh nak sokong usul mereka sebab bukan matlamat mereka nak kepada hudud. Matlamat mereka ialah nak hidupkan kembali PAS yang sedang merudum rudum sekarang ni.

Korang katalah aku buruk sangka tak mengapa. Tapi aku yakin sangat PAS sekarang sedang cari dalih untuk tidak buat pembentangan. Cuma mereka nak kaitkan UMNO jugak sebagai sebab. Ini yang mereka belum jumpa.

Takpe..kita tunggu. Aku harap aku silap kali ini !




4 comments:

  1. Pas sedang berusaha buktikan umno tidak serius. Dgn cara itu mereka tetap salahkan umno demi jaga hati dap

    ReplyDelete
  2. ore kelate kuat menipu.

    ReplyDelete
  3. Persetujuan UMNO merupakan tamparan kiamat bagi sesetengah pemimpin PAS... terutama dari puak anwarinas....
    Benar, mereka sekarang sedang mencari2 satu formula nak kaitkan umno sebagai kambing hitam... Yang ikhlan pun ada, tapi kalau 2 orang nak, 10 lagi taknak, maka alamat kena skru lah 2 orang tu!!!

    ReplyDelete
  4. Ini petunjuk Allah. Sampai bila nak jadikan agama sebagai alat...

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...