KUALA LUMPUR 29 Sept. – Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) bakal mewujudkan Kursi Onn Jaafar ke arah melahirkan modal insan profesional dalam pengajian perpaduan dan keamanan.
Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, usaha itu selari dalam usaha meletakkan pimpinan muda menghadapi landskap ancaman dan cabaran baharu yang mampu mengganggu-gugat perpaduan dan keamanan negara.
“Kita sekarang berhadapan dengan dunia yang penuh dengan peperangan, pembunuhan, perpecahan, kebencian, kerakusan dan keegoan, maka adalah amat penting untuk kita memikirkan kaedah baharu untuk mempertahankan kekuatan perpaduan dalam kaum yang pelbagai.
“Perpaduan dan keamanan yang kita capai selama ini tidak datang bergolek, sebab itu kita kena prihatin sekali gus tidak membenarkan isu semasa, cabaran serta ancaman mendatang menjejaskan apa yang telah diwarisi kepada kita,” katanya dalam sidang akhbar Majlis Perjumpaan dan Kempen Keamanan dan Perpaduan di UPNM, di sini hari ini.
Yang turut hadir, Naib Canselor UPNM, Jeneral Tan Sri Zulkifli Zainal Abidin.
Sementara itu, mengulas kenyataan kontroversi Duta China ke Malaysia, Dr. Huang Huikang berhubung ‘amaran’ agar tidak mengganggu-gugat peniaga-peniaga Cina yang mendominasi Jalan Petaling baru-baru ini, Hishammuddin berkata, insiden berkenaan tidak akan menjejaskan hubungan bilateral yang terjalin.
“Saya percaya ia tidak terlalu serius dan akan menjejaskan hubungan diplomatik mahupun pertahanan di antara dua negara ini. Saya percaya hubungan China dan Malaysia kukuh, utuh dan baik selama mana ia terjalin.
“Kalau kamu kata ia memberikan kesan, bergantung dalam konteks apa, melainkan ada orang yang ingin menjejaskan hubungan dua hala antara China dan Malaysia,” katanya.
Ulasan
Aku rasa penubuhan Kursi Onn Jaafar ini sesuatu yang amat tepat pada masanya. Objektifnya jugak jelas, relevan dengan keperluan semasa kita. DS Hishammuddin tepat apabila meletakkan amanah menjaga perpaduan ini kepada pemimpin muda. Mereka yang mencorak negara kita di masa depan.
Dari sudut ini aku rasa dalam pada kita mempersiapkan diri menuju negara maju, usaha menyediakan negara yang aman makmur dan sejahtera jugak tak boleh dipandang ringan.
Selagi kerajaan tak tegas selagi itulah penghasut bermaharajalela. Mereka inilah musuh perpaduan.
ReplyDeleteTepat tindakan DS Hisham. Sebelum nasi jadi bubur...
ReplyDeleteHaramkan DAP. Selesai masalah.
ReplyDeleteNampak menyerlah Datuk Hisham akhir akhir ini. Teruskan perjuangan. Anak muda bersama UMNO.
ReplyDeleteNampak komitmen DS Hishammuddin menemui golongan muda. Saya cadangkan untuk setiap pertemuan ajak pemimpin pemuda dan puteri sekali.
ReplyDeleteIsu perpaduan dah lama berlaku. Salah satu kaedah penyelesaiannya ialah dengan wujudkan sekolah satu aliran sahaja.
ReplyDelete