Boikot Barangan DAP

Boikot Barangan DAP

Monday 3 March 2014

TUN M BUKAN KERAMAT, TAPI...


Aku tengok ada banyak blog pembangkang sedang cuba mencetuskan persepsi bahawa Tun Mahathir Mohamad telah mengambil sikap menyerang Kerajaan DS Najib Tun Razak. Macam budak budaklah, bila dia tak mampu lawan seseorang, dia harap ada orang lain tolong lawan dan kalahkan musuh dia.


Aku pun perasan, Tun M ada banyak perkara yang dia tegur. Ini kelebihan Tun M. Dia dah tadbir negara lebih 22 tahun dan semua pemimpin negara sekarang adalah anak didik dia. Ini realitinya.

Semua teguran adalah panduan yang berguna dan boleh dijadikan asas untuk mengambil tindakan tindakan baru.


Satu sifat yang ada pada Najib yang aku rasa payah nak cari kat orang lain ialah jiwa besarnya dalam melayani apa jua teguran Tun M. Yang ini buat pembangkang bengkak. Tak pernah lagi aku dengar Najib memberi maklum balas negatif terhadap teguran bukan saja Tun M bahkan tokoh lain macam Daim Zainuddin.

Najib sedar perasaan orang terhadap Tun M. Barangkali Najib belajar daripada kesilapan Pak Lah yang mengambil sikap melawan. Najib memberi ruang seluasnya kepada Tun M.

Aku rasa media tidak dihalang menyiarkan sebarang pandangan Tun walaupun ia mungkin berbeza dengan sikap kerajaan.

Di sini kebijaksanaan Najib terserlah. Diapun tahu ' mengusik ' Tun M akan melukakan hati umat Melayu. Luka hati umat Melayu, terjejaslah UMNO.

Jadi kepada juak juak  Pakatan, berhentilah bermimpi. Tun M sudah pasti tidak akan biarkan Kerajaan pilihan rakyat ini runtuh menyembah bumi...


3 comments:

  1. Baguihlah Najib hormat orang tua, lama. Jangan singgung hati depa...

    ReplyDelete
  2. Ini benda yang kena dipertahankan. Teguran adalah ubat walaupun kadangkala pahit..

    ReplyDelete
  3. DS Najib kena belajar daripada Tun M. Banyak pengalamannya, banyak ilmunya. Tak rugi belajar. Saya harap Najib juga akan cemerlang macam Tun M

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...