Boikot Barangan DAP

Boikot Barangan DAP

Sunday 9 March 2014

PINTU MH 370 DITEMUI DI PULAU THO CHU...


Ini berita diterima daripada media Vietnam awal malam tadi. Bagaimanapun lebih kurang dua jam kemudian, pihak berkuasa Vietnam mengeluarkan kenyataan rasmi bahawa objek itu tiada kaitan dengan pesawat MH 370 yang dilaporkan hilang.

Inilah yang berlaku dalam kita menghadapi krisis. Apa yang berlaku melibatkan nyawa 237 orang yang masih tidak kita ketahui statusnya. Kita mungkin tidak begitu terasa tetapi bayangkan kaum keluarga yang sudah tiga hari menanti dan masih menunggu jawapan apakah yang sebenarnya berlaku.


Dalam menghadapi situasi seperti ini, adabnya ialah hanya satu suara yang diamanahkan untuk mengeluarkan kenyataan kepada media dan orang ramai. Inilah yang kerajaan kita telah lakukan.

Dengan sendirinya apa jua kenyataan daripada mana mana sumber yang lain adalah tertolak dan tidak dapat dipertanggungjawabkan. Buat masa ini marilah kita terus berdoa. Ini senjata orang mukmin.

Kita berikan kepercayaan kepada pihak berkuasa untuk melakukan apa yang terdaya dan terbaik untuk menangani masa sukar ini. Insyaallah, Tuhan akan bersama kita, memenuhi doa dan harapan kita....



No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...