Boikot Barangan DAP

Boikot Barangan DAP

Wednesday 12 March 2014

MH 370 DS NAJIB BUAT PERSIAPAN...



Firman Allah,

" Adakah patut kamu menyangka bahawa kamu akan masuk syurga padahal belum sampai kepadamu ujian sepertimana yang telah berlaku kepada orang orang sebelum kamu. Mereka ditimpa kemusnahan harta benda( Kepapaan ),  penyakit dan diancam musuh sehingga berkatalah Rasul dan orang orang beriman yang ada bersamanya 'bilakah akan datang pertolongan Allah ?' Katakanlah ' Sesungguhnya pertolongan Allah itu dekat ( asalkan kamu bersabar dan berpegang teguh kepada Agama Allah )'
Surah Al Baqarah - 214

Korang baca kejap...di sini.

Korang baca ini pulak ...di sini...

Ada lagi la korang ! di sini...

Aku sentiasa percaya bahawa apa yang Allah jadikan di alam terbentang ini tidak berlaku secara sia sia. Samada kecil atau besar kejadian itu. Semua ada hikmah yang tersembunyi.

Kita bersedih, bersimpati dan sama sama berusaha menyelamatkan mangsa MH370 dengan cara masing masing. Dan kita tahu pihak berwajib menggerakkan segala kekuatan yang ada. Ini ujian Allah kepada kita...

Di satu sisi yang lain, aku nampak samada secara sengaja atau tidak, langsung atau tidak langsung DS Najib sedang melatih dan menyaring penggantinya. Ini fitrah, manusia tidak kekal. Sampai masa DS Najib akan diganti oleh orang lain.

Secara sengaja atau tidak juga kita kena akui DS Hishamuddin semacam ' diletakkan' di situ. Beliau Pemangku Menteri Pengangkutan, Menteri Pertahanan. Takdirnya beliaulah yang paling mungkin mengepalai gerakan menangani ujian besar ini.

Jika ukuran keberhasilan itu ialah MH370 dapat diselamatkan bersama penumpang
dan krewnya maka usaha ini belum lagi berhasil ( Insyaallah mari kita terus berdoa)

Tetapi jika kita melihat proses yang berlaku maka aku mendengar banyak pandangan bahawa DS Hishamuddin telah sangat berjaya menghadapi kesukaran ini bersama banyak lagi pihak lain.

Beliau tenang, beliau mesra, beliau jelas, beliau melegakan, beliau merendah diri, beliau mempermudahkan, beliau yakin , beliau memimpin dan sentiasa merangsang seluruh jentera di bawahnya.

Beliau turun ke lapangan. Bertemu anggota pasukan bertugas, beliau bertemu kaum keluarga yang resah, beliau menerima laporan dan beliau juga melaporkan.

UMNO selamanya tidak menyediakan pelapis secara jelas. Jika ini silap maka mengakulah melakukan kesilapan dan usah mengulanginya. Ini barangkali kelebihan
DS Najib. Beliau menyediakan pelapis dan melatihnya.

Sekali lagi , kita orang Islam sentiasa yakin bahawa segala sesuatu telah Allah tetapkan dan wajib kita terima. Percayalah, musibah ini adalah makmal semulajadi untuk semua kita belajar, jadi hamba yang tunduk kepadaNya...


19 comments:

  1. Allahhuakbar ! Percaya, yakin pertolongan Allah pasti datang, cuma tak tau dalam bentuk apa.

    ReplyDelete
  2. Ujian ini berat tapi hidup mesti diteruskan. Saya harap kita semua tak patah semangat, teruskan usaha selagi terdaya...

    ReplyDelete
  3. Hisham dah lain sekarang ni. Jauh beza dengan dulu. Nampak kematangannya...

    ReplyDelete
  4. Oklah Bro, apapun kita kena balik kepada Tuhan. Kita berserah sambil berusaha. Bab Najib latih orang ni akupun rasa memang elok sangat lah. Hishamuddin pun bukan macam zaman pemuda dengan aku dulu. Dia dah upgrade diri dia. Cuma aku harap Hishamuddin tak buat gila gila macam zaman pemuda dulu...

    ReplyDelete
  5. Teruskan berdoa, teruskan solat hajat. Allah sentiasa merahmati kita.

    ReplyDelete
  6. Ada orang tgh tunggu kerajaan silap sebab bila kerajaan silap dia dapat untung. Dia tak pulak tolong apa apa

    ReplyDelete
  7. Tahniah DS Hisham. Tabah sungguh dia.

    ReplyDelete
  8. Terkini...ada objek seperti pesawat dikesan di Laut Cina Selatan. Harap semua penumpang selamat

    ReplyDelete
  9. Teknologi hebat, pilot mahir tapi jadi jugak bendak macam ini. Allah nak kita insaf bahawa sebagai hamba kita sebenarnya tiada kelebihan apa pun kalau Allah tak izin

    ReplyDelete
  10. Saya terharu bila DS Hishamuddin berkata bahawa segala yang berlaku amat menginsafkan.

    ReplyDelete
  11. Peristiwa ini mendedahkan hati perut pembangkang di Malaysia. Sentiasa nak cari peluang untuk keuntungan peribadi.

    ReplyDelete
  12. Perkara ini bukan selamanya jadi misteri. Lambat laun terjawab juga. Tapi kita tau sapa kawan kita sebenarnya...

    ReplyDelete
  13. Nik Aziz buat lawak suruh penganut Pas solat hajat untuk Anwar. Apa punya wooranglah !

    ReplyDelete
  14. Hubungan baik msia dgn negara luar menyebabkan banyak negara nak tolong

    ReplyDelete
  15. Gerakan berasaskan ' mungkin ' memang sukar tetapi terpaksa dibuat. Sebab itu harapnya org tak main main dengan maklumat sebab maklumat mesri dikaji

    ReplyDelete
  16. Satu dunia sedang fokus. Selain operasi MH 370, perpaduan, keberkesanan agensi,ketelusan maklumat semua dinilai. Harap kita dapat berikan gambaran yang baik

    ReplyDelete
  17. Cumanye kita dicacatkan oleh kebodohan mahaguru bubu dan tikar terbang. Pihak berkuasa kena halang org gila seperti mahaguru sasau ni.....satu dunia dah tahu kita kononnye kita amat terdesak menggunakan sihir utk mencari mh370

    ReplyDelete
  18. Benar Anon, cuma aku rasa ' menghalang' bukan cara yang sesuai. Orang nak tolong dgn cara dia. Kalau ' amalan Islam' jadi alasan kita jugak kena tolak usaha Buddha, Kristian dan semua yang tidak berwajah Islam. Aku cadang kita abaikan. Pegang cakap Datuk Hisham, kita fokus usaha kita mencari dan menyelamat. Tak usaha berlaga dengan sesiapapun..pandangan akulah...

    ReplyDelete
  19. Aku suka ini " Percayalah, musibah ini adalah makmal semulajadi, untuk semua kita belajar, jadi hamba yang tunduk kepadaNya"...

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...